Followers

Wednesday, February 9, 2011

Tony Oh Tony, kalau ye pun bangang, janganlaa tunjuk sangat..

Memang ahli-ahli YB dari PR ni otaknya tak cerdas ke? Sahabat-sahabat, kalau anda ada jawapan, tolonglah khabarkan. Makin hari makin ketara kelembaman daya pemikiran dan kecaknaan minda mereka. Kalau berterusan begini, amat rugilah rakyat yang mengundi mereka dahulu.

Sebagai contoh, kenyataan yang kononnya berfakta daripada Tony Pua berkenaan isu kapal perang untuk TLDM. Tony ni kata, peruntukan RM1 bilion untuk setiap kapal yang berjumlah enam buah itu tak masuk akal dan wujud penyelewengan atau ketirisan yang dilakukan oleh kroni-kroni UMNO.

Rasanya, yang tak masuk akal cuma melibatkan akalnya seorang saja. Mungkin sebab tahap pemikirannya terlalu lemah sehingga tak mampu menaakul nilaian sebesar itu dari segala sudut dan perkara. Yang dia boleh fikir, bila wang banyak dibelanjakan oleh kerajaan, mesti untuk mengayakan orang-orang UMNO. Bangang betul.

RM6 bilion itu pada saya dan mungkin ramai lagi rakyat di luar sana adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan perbelanjaan mewah negara-negara lain seperti Singapura, China, Jepun dan Korea. Ini soal membeli kelengkapan peperangan. Ini soal equipment persenjataan. Bukannya macam bagi dana untuk Proton atau Produa buat kereta nasional!

RM1 bilion sebuah kapal itu dikira sudah cukup berbaloi kerana TLDM bukan saja bakal memiliki kapal perang baharu, malah juga kelengkapan persenjataan terkini dan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kos penyelenggaraannya pula sudah pasti tidak menelan sedikit duit, tetapi ia tetap berbaloi sebagai aset pertahanan negara. Bai, ini zaman moden, bukan lagi zaman Melaka!

Kalau kerajaan nak belanja 600 bilion pun saya setuju 100% asalkan ada barang yang dibawa balik ke negara kita. Dulu isu kapal selam, puak-puak ni jugaklah yang berkokok lebih dari ayam jantan tak dapat mengawan. Satu negara gempar dengan pendedahan mereka. Tapi bila kapal selam tu dah sampai Malaysia, mulut-mulut yang dulunya riuh rendah mula senyap kecuali anak beranak Anwar rakan kongsinya yang kedengki tak habis-habis.

Kita ragu, harus ragu, akan tahap patriotisme puak-puak ini. Tony sendiri saya yakin tak berani pun nak pergi berperang kalau tiba-tiba negara kita diserang. Silap-silap, awal-awal lagi blah masuk Singapork. Puak-puak ni bukannya boleh percaya sangat. Entah-entah jadi ejen Singapork dalam senyap untuk lemahkan usaha kerajaan meningkatkan aspek pertahanan negara.

1 comment:

Mohd said...

Ini seorang lagi mangkuk ayun!
PRU 13 dah dekat, lagi nak tunjukkan
kpd rakyat kebodohan.
PKR dgn partinya dah nak hancur.
PAS dgn tindakan2 bodohnya di PRK Tenang dan di masa Kerajaan membawa pulang pelajar2 anak2 Pas dari Mesir.
DAP pula dgn rakus meroboh Kg Buah Pala, perkampungan2 Melayu dan gerai2 Melayu.
Mana kaum Melayu nak sokong Pakatan Rakyat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...