Followers

Sunday, March 20, 2011

Johan, Zizan dan Jamal Abdillah Wajib Minta Maaf!


Pentas akhir Raja Lawak Musim Ke-5 memalit aib terhadap Islam?

Hati bagai disiat-siat bila melihat kesucian Rabb, Allah Yang Maha Mulia dipersendakan dan dijadikan modal jenaka di pentas akhir Raja Lawak musim kelima. Entah di mana silapnya, hairan tak terkata. Adakah mereka tidak peka atau sengaja?

Intro pentas akhir itu nyata cacat, tempang dan mengaibkan. Dua orang jagoan lawak muktahir, Johan dan Zizan akhirnya mencalit arang di muka sendiri. Ditambah pula dengan aksi seorang penyanyi veteran, si empunya lagu itu, yang disudahi dengan dua orang rappers yang terkinja terpekik terlolong.

Mana malu kepada Allah Rabbul Jalil? Ini kebesaran Allah, tergamak anda permainkan? Kalau anda bukan Melayu, bukan Islam mungkin masih boleh diterima, tetapi hakikatnya, anda orang Melayu beragama Islam.

Rasulullah bersusah payah menyebarkan dakwahnya, dipikul kemudiannya oleh sekian banyak ulamak, lalu tersebar ke tanah air kita, dan nenek moyang meninggalkannya pula untuk kita, tetapi hari ini, orang Islam yang dikenali ramai sendiri yang merobek kesucian dakwah itu.

Sepatutnya, lagu Jamal Abdillah itu diharamkan sejak dahulu lagi. Ini perkara serius. Bagaimana sebuah lagu yang pada awalnya memuji memuja tuhan, mengagungkan kebesaran nama Allah SWT tetapi pada akhirnya, memuji kekasih hati bergelar manusia?

Ini dua perkara yang sangat bertentangan. Walau atas nama seni, hal prinsip tetap prinsip. Hal akidah dan tauhid tetap sama, tak boleh dicacamerbakan sesuka hati, apatah lagi untuk tujuan komersial semata-mata.

Memandangkan perkara ini sudah pun berlaku, maka tidak banyak yang boleh kita lakukan, melainkan bersama-sama mendoakan semoga mereka yang terlibat diampunkan Allah dan segera bertaubat dan meminta maaf terhadap seluruh umat Islam.

5 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..BILA TERRROVER EXCITED TU LE JADINYE..ADOIYAIII

dolly said...

ada filem ghazal utk rabiah lakonan jamal & wilma mohamad. filem tu guna lagu yg sama juga sbg lagu tema. so dgr la sbg 'rabiah' bukan 'rabbi'.

rizuan mh said...

saudari dolly, andai rabbi tu merujuk kpd rabiah, empunya nama dlm judul lagu Ghazal Untuk Rabiah tu, maka kenapa pd bahagian intro lagu tersebut, jelas kedengaran si penyanyi memuja rabbi?...isu ni pernah dibangkitkan sekitar tahun 1990-an klu tak silap oleh segelintir tokoh agama, tp tak tahu kat mana silapnya bila ia kembali senyap dan lagu ni terus hidup..sy tak salahkan lagu, ia sebahagian drpd seni..kalau betul pada 'rabbi' itu diluluhkan bunyi '-ah' (rabiah), kenapa intronya ditekankan pada suku 'rabb', yg disudahinya bunyinya seperti yang kedengaran iaitu 'rabbi'? Kalau rabbiah, mungkin boleh diterima kerana seni lagu mungkin meluluhkan bunyi '-ah' tersebut, tp apakah pula makna bagi 'rabbiah'? Klu rabiah, mungkin ada maknanya (harfiah ataupun konseptual) yg merujuk kpd nama seseorang..ini yg mengelirukan...hal prinsip tetap prinsip, tak boleh dihalal-haruskan.

RiMAu said...

die sebut rabbiah,,, bile rap,, jadi rabbi,, kalu die mengaji ke tengah azan ke,, pahtu wak main mcm tu,, mmg la niat wak main,, tp die tgh nyanyi lagu ghazal utk rabbiah,, jd dok kena langsung dengan rabbi tuhan tu,, berat la awk nie,,,,jgn gok semua bnda nak wak isu,,, sentuh la isu pasal bible dlm bhsa melayu ke,, pasal kalimah Allah ke,, yg terang2 doh nampak ade udang di sebalik batu,,,

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.tv/video/21310/anwars-ceramah-disrupted-by-fru.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...