Saya tergerak hati untuk berkongsi dengan pengunjung semua, khususnya rakan-rakan di USM, tentang beberapa pertubuhan tidak berdaftar yang kelibatnya wujud di kampus-kampus di seluruh tanah air. Semoga maklumat-maklumat ini dapat membantu kita semua agar lebih peka dengan kewujudan kumpulan-kumpulan ini dan mengambil maklum akan implikasi yang bakal timbul sekiranya kita terjebak dengan mainan politik songsang mereka. Insya-Allah, saya akan muatkan dalam artikel seterusnya tentang perkara ini.
1) SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
2) MALAYSIAN YOUTH AND STUDENT DEMOCRATIC MOVEMENT (DEMA)
3) GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
4) UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (SBU)
5) BARISAN BERTINDAK MAHASISWA NEGARA (BBMN)
6) FRONT ANAK MUDA UNTUK DEMOKRASI (FRAKSI)
7) GERAKAN MAHASISWA LANTANG NEGARA (GMLN)
8) JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA/I (JKMI)
9) GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP)
10) OPEN DIALOGUE CENTRE
Terdapat banyak lagi pertubuhan atau gerakan yang bertunjangkan mahasiswa yang bergerak aktif di kebanyakan kampus-kampus IPTA. Ada antaranya yang berjaya dikesan, dan masih banyak yang masih terus aktif menjerat mahasiswa/i dengan pelbagai program yang disulam dengan agenda-agenda tertentu yang tentunya berbahaya dan penuh risiko.
Misalnya, baru-baru ini, satu perkumpulan mahasiswa/i telah membuka kaunter secara haram di USM yang kononnya cuba membantu pelajar-pelajar baru khususnya dalam isu-isu kebajikan. Namun, di sebalik semua itu, mereka cuba membawa masuk ideologi songsang yang menentang konsep 1Malaysia dengan nama 1 Black Malaysia, iaitu satu keterbalikan secara langsung terhadap gagasan 1Malaysia.
Sungguh malang kerana kumpulan pelajar ini seolahnya tidak searus dengan tuntutan perpaduan yang cuba difahamkan terhadap kita semua. Lebih malang, mereka tanpa segan silu memakai t-shirt berlogokan 1 Black Malaysia. Apakah ini yang mereka cuba terapkan dalam minda para pelajar, yakni pemahaman yang menolak kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia?
Jelas sekali bahawa agenda ini sebenarnya merupakan satu usaha terancang pihak luar yang didalangi oleh parti-parti politik tertentu. Hal ini demikian kerana idea menterbalikkan konsep 1Malaysia memang dicetuskan oleh parti-parti tersebut. Perkara inilah yang telah meracuni minda kumpulan pelajar terbabit yang kemudian cuba menyebarkannya pula dalam kalangan pelajar di USM.
Para pelajar, khususnya pelajar-pelajar tahun satu juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan gerakan-gerakan ini jika mereka didatangi secara personal ataupun berkumpulan oleh mana-mana pihak yang diragui. Mereka dinasihatkan supaya matang dan berani bersoal-jawab secara terbuka dan tidak terus menerima tanpa menyelidiki terlebih dahulu perkhabaran yang disampaikan.
Selain itu, para pelajar juga perlu sedar tentang peranan PPSL (dahulunya dikenali dengan nama PPMS) yang sentiasa bersedia membantu masalah mereka. Setiap PPSL telah dilatih secara profesional untuk menangani sebarang masalah berbangkit yang dialami oleh para pelajar baru. Malah, anggota PPSL juga sebenarnya adalah lebih dekat dengan mereka sejak dari minggu suai kenal lagi. Perlu juga ditekankan di sini bahawa setiap PPSL dilatih bukan untuk minggu suai kenal saja tetapi berkhidmat untuk sepanjang masa.
2 comments:
jangan lupa senaraikan jugak PKPIM yang YDP kita join tuh...nampaknya YDP tgh mengkader anak2 buah supaya pewaris seperti dia terus ada di USM...hurmm.bahaya gak tuh...PKPIM ni kdg2 menentang jugak idea kerajaan...nnti jd duri dalam daging pada aspirasi usm..
kenapa saudara berkata demikian?? kenapa salahkan PKPIM??saya pernah join prog PKPIM wat pertama kali.. tiada apa yang salah..kebanyakan berunsurkan keislaman.. pada pendapat saya saudara tidak harus berkata demikian sebelum saudara menelitinya terlebih dahulu..
Post a Comment