Sunday, November 2, 2008

ingin mohon maaf.

ini mungkin kenyataan biasa-biasa, dan harus berbunyi begini kerana ini mungkin lahir dari rasa hati yang dingin, yang sedang gundah, yang sedang gelisah, menanti datang 3 Nov.
jika ada satu tarikh lain, pasti ada, namun jika ada kuasa, harus wajib ada, dan andai aku punya daya, mahu sahaja aku ganjak tarikh ini, dan sederetan tarikh lain yang akan mengikutinya selepasnya. mahu juga ingin rasa, tarikh lain yang lebihsegarmulus. mahu juga rasa ingin bernafas dalam hari-hari lain yang lebih indahsegartebus hari-hari yang sial.
ada bisik-bisikgersikhalus di telinga tak capang aku dengar. dengan tarikh 3 Nov itu apa ada? barangkali, sudah siap jadualnya, dan semahunya aku mahu menunjukkan jadual tersebut untuk menjawab kata tanya itu.
pada tarikh itu, di USM universiti dalam taman yang amat aku sayang dan kasih dan cinta ini, adalah hari mula bagi hari-hari yang semua siswanya akan menekuni lembaran-lembaran putih berisi soalan-soalan kritis bertaraf apex, iaitulah hari mulanya sesi peperiksaan bagi sidang akademik 2008/09 bagi semester pertama.
buat siswa siswai tahun satu, siaga siap kalian dengan peperangan ini.
maaf semua.

selamat menduduki peperiksaan!

2 comments:

Faridzul Nasaruddin said...

Salam...Terima kasih kepada CikWan atas komentar.

Saya melihat AUKU melalui kacamata seorang mahasiswa, dan kacamata seorang pelajar undang-undang.

AUKU diwujudkan dengan niat untuk menghalang mahasiswa terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti sosial luar kampus. (Sila rujuk perbahasan rang undang2 AUKU 1960 di Parlimen). Dokumen sejarah juga membuktikan hal yang sama. (Sila rujuk Peristiwa Baling, Tasik Utara dll...)

Dari aspek perundangan dan hak asasi, AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, UDHR, Piagm Bangsa-bangsa Bersatu dan prinsip kebebasan.

Benar,saya seorang Melayu Islam.Namun saya agak ralat menyaksikan anak bangsa melayu diperkotak-katikkan oleh bangsanya sendiri.

Mungkin kita boleh berbincang secara ilmiah berkenaan isu ini. Dan mungkin lebih mudah untuk kita berdiskusi andai Cikwan boleh berkongsi manfan dan jasa baik AUKU kepada mahasiswa dan negara :)

Terima kasih CikWan.
Salam

jelikweyh said...

slmt b'juang sahabatku ...
semoga allah berkatimu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...