Layakkah anak seusia enam tahun menjadi mangsa mainan politik orang yang lebih dewasa? Layakkah mereka yang baru belajar mengenal alam persekolahan dinafikan haknya? Menuntut ilmu sedari buaian, sabda Rasulullah, dan ketika di Palestin dan sekalian banyak lagi bumi anbia, satu-persatu, sekolahnya ditutup, anak-anak bertebaran lari bertempiaran dikejar bom dan peluru gila, namun tanpa sebab yang munasabah di Perak anak-anak kecilnya sedang mengalami nasib yang serupa. Di sini, anbia tak pernah jejak. Namun kuasa Allah, sinar ilmunya sampai. Para ulama bebas mengajar ilmu, malah berpolitik. Malah menterinya yang konon aula, alim dan ustaz takzim, simpan janggut sejemput. Namun minggu ini, beliau tergamak menolak sabda Rasulullah. Beliau angkuh menutup sekolah-sekolah tadika (taman didikan kanak-kanak) KEMAS. 700 buah semuanya. Tak terhitung dek akal jika mahu dinilai ilmu yang bakal tersebar jika sekolah-sekolah ini dapat beroperasi seperti selalu. Layakkah beliau ini berlaku sedemikian rupa? Allah sahaja yang tahu motif beliau. Nauzubillah..
3 comments:
wei jangan memalukan university apex ngan artikel2 yang sampah macam nie... nampak sangat pemalasnya ko nie nak cari maklumat...
ni macam kes cancel jambatan bengkok la nie...lebih kurang je....
yup...
artikel sampah!!
Post a Comment