Friday, January 1, 2010

Saya Tak Redha Mereka!!!

Tahun 2009 sudah pergi. Tahun yang memenatkan bagi segelintir kita, dan memuaskan barangkali bagi segelintir yang lain.


Tahun 2010, kita umat Islam, diusik sedikit dengan kejutan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Judisiari akhirnya berfungsi lagi, dan kali ini, memberikan sangat besar erti kepada perjuangan Herald. Allah, Yang Maha Esa Maha Agung lagi Perkasa, akhirnya terpaksa kita kongsi dengan mereka. Adakah ini bagus? Tahun ini akan menjawab persoalan itu, selepas tahun 2009 menjadi medan perebutan.



Jesus Christ.

Mereka sudah mendapat nama Allah. Sudah tentu secara rasminya, Allah, satu nama yang tertinggi yang tidak ada lain dari-Nya yang lebih tinggi, akan digunakan secara meluas dalam Herald selepas ini. Satu kemenangan pasti untuk Herald dan Katholik. Mereka senyum, kerana Allah akan digunakan dengan senang dalam setiap penerbitan mereka selepas ini. Tapi bagi kita, ayuh fikirkan, adakah mereka bertujuan untuk mengesakan Allah?

Kenapa Herald dan Katholik begitu mahukan Allah? Tak cukupkah Jesus dan konsep 3 tuhan mereka? Kalau yang pernah mendengar atau menonton Ahmad Deedat berdebat dahulu tentang konsep tersebut, pasti tahu bahawa Kristian melalui mazhab-mazhabnya tidak pernah percaya ketauhidan Tuhan, apatah lagi Allah.


Kalimah suci ini akan digunakan dalam Herald selepas ini. Implikasinya belum kita tahu. Adakah akan disamatarafkan dengan Jesus dan konsep banyak tuhan?


Justeru selayaknya kita berfikir kenapa Allah mahu direbutkan oleh mereka? Adakah semata-mata untuk menulis dalam ruang koran? Apa isinya? Landas undang-undang pasti akan dipegang oleh mereka selepas ini dengan lebih kuat, sedang kita umat Islam, terus mempertikaikan banyak perkara yang sudah pun termaktub dalam perlembagaan negara. Kita pertikaikan bahkan, hak agama Islam sebagai agama persekutuan. Kita menjuarai hasrat mereka. Kita yang insipirasikan perjuangan mereka merebut nama Allah, dan hari ini, 1hb Januari 2010 di tahun Masihi, kita dengan rasminya berkongsi Yang Maha Pencipta, Allah. Akan jadilah, Allah bagi Islam dan Allah bagi mereka, Katholik.

Namun yang lebih penting selepas ini, mari kita renung-renung apakah implikasi yang bakal timbul. Hari ini ada ulamak yang menangis pasti, kerana terpaksa membenarkan nama Allah dikongsi ketika kerja dakwah dan tarbiyah masih jauh dari sasaran. Hari ini, ada alim-alim yang tergeleng-geleng tidak percaya. Kerja dakwah masih belum mantap, tapi hari ini cabarannya makin besar. Adakah kita mampu memastikan akidah umat terus terpelihara? Sejauh mana undang-undang akan menyelamatkan kita?

Subhanallah, Maha Suci Engkau dari kehinaan ciptaan-Mu.

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum... Sepertimana yang kita tahu, agama Kristian pada mulanya agama yang menyeru tuhan yang satu, iaitu Allah. Namun agama yang diturunkan kepada Jesus( nabi Isa) ini diseleweng dan injil ditulis semula dengan tangan manusia dengan konsep trinity.

Menurut kamus Oxford edisi kesepuluh Allah bermaksud 'the name of God among Muslims (and Arab Christians)'.Allah dalam bahasa arab, jika diterjemahkan kedalam bahasa melayu bererti 'tuhan'. Di dalam terjemahan Injil perkataan 'Tuhan' digunakan untuk merujuk kepada Allah iaitu tuhan bapa bagi kepercayaan mereka. Itu sebab mereka beria ia hendak menggunakan istilah Allah dalam penulisan mereka. Setahu saya, di indonesia, Allah telah digunakan untuk merujuk kepada tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian. Sekadar informasi.

Ini bukan bermakna saya menyokong apa yang dilakukan oleh Herald. Tindakan ini sedikit sebanyak akan mengelirukan umat Islam dan Kristian di Malaysia. Keadaan ini amat merbahaya kerana menganggu keharmonian agama dan mengguris hati umat Islam. Pihak berkenaan seharusnya lebih peka dalam isu ini lantas menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Akhir sekali, tuhan orang kristian adalah Allah, tuhan orang Buddha juga Allah, tuhan orang hindu juga Allah, tuhan semua makluk di muka bumi adalah Allah.

Panglima Perang Cyber said...

http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2008/5/6/KOLUM/Pendapat/PKPIM_persoal_hak_guna_nama_Allah&sec=mstar_kolum

sila rujuk link di atas...

Panglima Perang Cyber said...

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan terbaru Mahkamah Tinggi yang membenarkan penyemakan semula nama Allah yang digunakan oleh akhbar Heral Tribune.

Kes penggunaan nama Allah dalam akhbar Herald Tribune melalui siri yang kontroversi, apabila surat khabar Herald Tribune, yang berorientasikan agama Kristian mahu menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan mereka. Setelah keputusan kabinet pada 3 Januari yang menegaskan hanya Islam berhak menggunakan nama Allah, pihak Herald Tribune mahu mencabar keputusan itu dengan membawa ke Mahkamah Tinggi.

PKPIM menegaskan bahawa isu nama Allah ini bukan isu yang remeh dengan konteks agama Islam. Islam memperakui Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung bukan ‘nama’ yang baru dicipta, tetapi sudah bermula sejak sekian lama, sejak zaman Nabi Muhammad Sallahu’alaihi Wasalam secara rasmi, malah sejak Nabi Adam dicipta lagi.

PKPIM memberi hujah ilmiah bahawa nama Allah ialah nama Tuhan yang eksklusif kepada umat Islam sahaja. Tiada dalam sejarah agama Kristian mahupun agama lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka.

Jika ada pandangan mengatakan bahawa masyarakat Arab Kristian pun menggunakan nama Allah dalam percakapan mereka, seperti, “Yallah”, “Masyaallah” dan sebagainya, PKPIM menegaskan bahawa kalimah “Allah” yang digunakan itu bersifat populis dan ke’pasar’an.

Ini bukan bermakna masyarakat Arab Kristian menggunakan nama Allah itu dalam konteks yang berat dan sebenar, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, Yang Hanya Layak Disembah, Tuhan Yang Tidak Beranak dan Memperanakkan. Justeru, hujah ini dapat dipatahkan.

Keduanya, PKPIM memberi syarat kepada akhbar Herald Tribune, jika mahu menggunakan nama Allah dalam akhbar Bahasa Melayu mereka, maka hendaklah menggunakan dalam konteks ‘Allah’ yang sebenar, iaitu bukan Tuhan yang bernama Jesus, mempunyai anak dan Tuhan Yang Menebus Dosa. ‘Allah’ yang dimaksudkan mesti selari dengan kefahaman Tuhan Allah bagi umat Islam. Ini adalah kenyataan tegas daripada PKPIM.

PKPIM juga memberi amaran kepada Herald Tribune agar tidak menimbulkan kontroversi dan kekeliruan di kalangan umat Islam tentang penggunaan nama Allah. PKPIM tidak melihat apa tujuan Herald Tribune untuk menggunakan nama Allah kecuali bertujuan menyesatkan umat Islam secara terancang.

Misi Kristianisasi di kalangan umat Islam melanggar undang- undang Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

PKPIM mencadangkan Herald Tribune mencari nama yang sesuai selain Allah bagi nama Tuhan mereka. Ini sekaligus dapat memperkayakan istilah dalam perbendaharaan Bahasa Melayu.

Pengkayaan unsur ibadat dan ketuhanan bukan perkara yang baharu dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, sebagai contoh, rumah ibadat bagi agama- agama lain ialah ‘Masjid’, ‘Gereja’, ‘Kuil’, ‘Tokong’ dan sebagainya.

Orang yang alim atau agamawan juga cukup kaya, seperti ‘Ulama’ bagi orang Islam, ‘Rahib’ bagi agama Kristian, ‘Sami’ bagi Hindu dan pelbagai lagi. Maka, tiada masalah sebenarnya bagi Herald Tribune untuk mencari nama eksklusif Tuhan mereka.

PKPIM menegaskan bahawa tindakan Herald Tribune sebenarnya membuka kotak ‘paradox’ yang sebelum ini sudah sedia ada harmoni dan aman.

Kekeliruan dan strategi halus yang digunakan Herald Tribune atas nama Kristianisasi menimbulkan rasa marah dan kecewa umat Islam Malaysia secara khusus dan dunia umumnya. PKPIM memberi amaran supaya Herald Tribune tidak menimbulkan kerisauan dengan menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

Herald Tribune harus beradab dalam meletakkan nama Allah di tempat yang sebenarnya!

MOHD HILMI RAMLI
Presiden PKPIM

sumber : http://mstar.com.my/

YANG GAMBI said...

Salam bro, inilah jadinya apabila ada dikalangan orang Melayu, umat Islam terlalu bernafsu untuk berkuasa.....sehingga sanggup mengadai, menjual agama Islam itu sendiri....

Anonymous said...

ehhhh ada mamat ni tulis pasai anwar lah bro...

dia kata anwar menipu..hahahaha

Anonymous said...

ni link dia..tadi aku lupa...

http://novandri.blogspot.com/2010/01/pengerusi-maipp-pembohongan-anwar.html?

Anonymous said...

Penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald akan mengelirukan generasi masa akan datang.pihak kerajaan perlu memandang serius pada masalah ini...

gwkolonel said...

* Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.

Ternyata edaran majalah Herald Weekly oleh pihak gereja Roman Khatolik yang dibawah kelolaan Tan Sri Murphy Pakiam banyak membelit.. autar seperti nama ketua majalah itu sendiri yang sukar bercakap bahasa mudah.


http://airmata-darah-keringat.blogspot.com

Anonymous said...

salam..kita perlu menerima dan berlapang dada dalam setiap hujah yang di keluarkan,cumanya perlu ada dalil yang kukuh dalam tiap tindak tanduk...visit http://pmiusm.blogspot.com

Anonymous said...

salam..kita perlu menerima dan berlapang dada dalam setiap hujah yang di keluarkan,cumanya perlu ada dalil yang kukuh dalam tiap tindak tanduk...visit http://pmiusm.blogspot.com

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

Din's cheRRy said...

pengenalan.bagi saya..tuhan sekalian alam ialah Allah.xkira manusia,binatang dan lain2..dan agama ialah satu iaitu Islam.kitab taurat,injil cuma adalah kitab yg x menyeluruh.ia cuma sesuai utk bangsa ketika itu saja.Al-Quran lah kitab yg sempurna iaitu sesuai utk semua zaman..bilaperkara spt diatas terjadi.god=Allah.bkankah ia benar.walaupun pd mereka adalah trinity.kita doakan moga2 mereka mendapat hidayahnya.biarlah sedikit demi sedikit Islam itu tertanam dihati mereka,secara tidak sedar.amin

Din's cheRRy said...

maaflah jika kata2 sy salah.sila betulkan.

Anonymous said...

salam dins cherry,

god=Allah ialah satu persamaan yg kufur..

Allah ialah Allah, Esa, Tunggal.

Sedang Tuhan/God pd pengertian umum ialah kata nama ganti bg yg disembah oleh manusia. Ia hanyalah kata nama yg umum.

Allah tidak sama dgn pengertian tersebut. Sama sekali tidak kerana Allah itu Esa, tdk beranak dan tidak diperanakkan..Lam Yalid Wa Lam Yulaad. Sedang Tuhan bg kebanyakan agama lain semuanya mempunyai anak, saudara, ibu atau bapa. Jadi mana boleh sama sekali Allah disamakan dgn Tuhan atau God.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...