Saturday, January 23, 2010

Hina Sungguh!!

Ada dua perkara yang tidak menyeronokkan berlaku hari ini yang memaksa saya menulis di sini. Bukan untuk meraih perhatian, tetapi menuntut sokongan.

Pertama, sewaktu saya jogging pagi tadi, saya melihat dengan mata saya sendiri seorang pekerja asing yang berkerja di dalam kampus USM membuang sampah di tepi lorong pejalan kaki dengan selambanya, betul-betul di di hadapan saya. Apa perasaan anda sebagai warga kampus?

Sudahlah sampah itu jenis plastik yang memang tidak digalakkan penggunaanya di USM, dibuangnya di tempat terbuka sedangkan tong sampah yang disediakan tidak jauh pun di hadapan. Keji sungguh manusia jenis ini bagi saya.

Kedua, yang ini teramat marah. Pulang dari jogging dalam keadaan penat, terbaca pula satu blog pro-PAS yang sangat kurang ajar telah menghina Al-Marhum Sultan Johor yang baru mangkat semalam. Mentaliti blogger ini pada saya sama seperti lembu. Hina sungguh.

Syukur, ada kawan-kawan dari Johor akan buat laporan polis selepas berita ini tersebar. Teruskan usaha murni anda. Saya tak akan link blog tersebut di sini. Hina sangat. Boleh cari sendiri di blog BPN yang lain.

7 comments:

zainal mohd jais said...

Salam ziarah,

Sangat malang, bila PAS & gengnya, masih tidak sedar, itulah model produk/generasi yang mereka lahirkan.

Rebel, ganas, tak ada perasaan, biadap, apa lagi..u just name it.
Itulah hasil 'terapi barbarian' yang sangat uncivilised yang berpanjangan oleh PAS/PKR/DAP.

10 BUDAK HITAM said...

Salam Ukhwah dr 10sibudakhitam.blogspot.com

10 Individu telah dihadapkan ke mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina SULTAN PERAK di laman web Sultan Perak.

Inilah hukuman yang telah dijatuhkan.

Sekiranya MENGAKU BERSALAH , denda Rm10,000 SAHAJA. Tetapi sekiranya diminta dibicarakan, dan didapati bersalah, denda RM25,000 atau 3 Tahun Penjara. Pilih beb!

Nampaknya kena mintak tolong Nik Aziz bayarla!

Anonymous said...

tangkap cepat budak ni...masuk gambar dia paper muka hadapan

Anonymous said...

astagfirullah

Anonymous said...

salam ya saudara rizuan...
smua posting awak panas btul...hmmm tapi sbgai sesama umat..saya ada beberapa perkara untuk dikongsi di sini...sedarlah wahai rizuan,kenapa kita perlu mencetus sesuatu yg tidak perlu...fitnah memfitnah sana sini...melaga-laga...saya x bias mana2..tp saya tidak suka bila2 kita sesama umat islam saling tuduh menuduh n jgn panjangkan sesuatu isu...umat islam bergaduh sesama sndr tetapi yahudi laknatullah sdg mrancang strategi n sedang bergelak ketawa mlihat keadaan umat islam sekarang...xperlu mencetuskan perkara yg xperlu...igt nak wat sesuatu igt allah...takut waktu kita dok kutuk org nyawa kita ditarik...xsempat nak mohon maaf...k,kn teguran untuk saudara shj..tetapi kpd smua blogger...n diri saya sndr...hidup kita dah x lama di dunia ini...lbh baik wat satu perkara yg berfaedah....ok,wassalam...
PENCINTA UMAT

adinda said...

salam sobat,

khususan ntuk akak yg menulis komen di atas.saya yakin beliau seorang kakak. saya kenal rizuan@che wan ni. Dia bukan suka menulis semberono. malah banyak juga entri yg dia tuliskan mendapat sokongan, sekali gus membuktikan che wan menulis secara berasas. misalnya, isu bai'ah dahulu, lihat komentar yg diterima. berapa ramai ahli PMI dan bekas ahli PMI sendiri yg mengakui perkara tersebut? akak nilaikanlah sendiri. mungkin usaha che wan mendedahkan hal ini tidak disenangi oleh sobat2 dlm PMI, tetapi kalau tdk didedahkan sekarang, bila lagi? ambillah ia sebagai iktibar dan pedoman untuk anda perbetulkan keadaan. che wan juga berkali-kali menegaskan "dari sumber dalaman", jelaslah di sini bahawa ada suara dalam PMI sendiri yg memberikan maklumat kpd che wan. fikir-fikirkanlah, mcm kata che wan dulu, musuh hari ini bebas bermain dlm selimut kita atau kubu kita..perkara berkaitan blogger yg menghina Al-Marhum Sultan Johor juga bukan fitnah yg disengajakan. Akak boleh folow isu ini di kebanyakan blog lain. Che wan ada hak untuk turut menyuarakan pandangannya. Satu yg saya kagum dgn che wan, walaupun nampak dia keseorangan baik di alam maya ini mahupun di luar sana, tetapi dia alert dgn sekitarannya. Apa-apa pun, nasihat saya kpd che wan sebagai sobat, banyakkan berfikir dan bermuhasabah diri. mcm saudara ckp, tak semua yg org buat itu tak betul dan tak semua yg kita buat itu betul selalu.

assalamualaikum.

(saya ahli aktif PMI)

rizuan mh said...

terima kasih kpd akak (saya x tau sape anda sebenar, tapi saya tak akan halang anda jika hendak komen di sini, baik nak keji ataupun puji, silakanlah..suma komen akan disiarkan kerana saya berpegang kukuh kpd prinsip demokrasi, dan biarlah ia pula bersyarat) dan juga buat sobat (sobat tu sahabat ke, maaf tak tau istilah dari mana). saya naif dan saya perlu ditegur. tujuan saya menulis pun untuk ditegur.diluar sana saya yakin ramai yg lebih tahu dan lebih faham ilmunya dr saya, sedang saya masih belajar, sungguh jurang ilmu masih besar, masih berbatas dlm byk hal.sumber2 saya pula mereka ada hak untuk didengar dan diberikan perhatian, mungkin saya salah dlm bersumber dan berujukan, jadi anda yg tahu hal sbnr, betulkanlah.
terima kasih yg tidak terhingga. kita mungkin berbeza langkah, tp halaan kita sama. kita mungkin berbeza akal, tp jurusnya masih sama. spt air dan minyak yg masih boleh disatukan, ke situlah kita patut kembali bila terlanjur bersisihan.

terima kasih, terima kasih, terima kasih..yg tak terhingga untuk 'akak'.


rizuan mh@che wan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...