Isu berkaitan kursus Biro Tatanegara nampaknya belum selesai. Ia masih dipolemikkan dan menjadi modal politik baru bagi pihak Pakatan Pembangkang. Yang paling lantang tentunya DAP. Di Selangor dan Pulau Pinang, DAP dilihat menjadi pihak paling bertangunggjawab di sebalik keputusan kerajaan negeri masing-masing mengharamkan kursus terbabit. Kenapa DAP begitu takut dengan BTN?
Menurut Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guang Eng, kursus BTN telah dijadikan medan oleh kerajaan pusat untuk menyemai sikap perkauman dan mengajak peserta membenci pembangkang khususnya DAP. Namun apabila dipelawa oleh TPM sendiri untuk menyertai kursus tersebut, Lim Kit Siang telah menolaknya pula.
Sebagai rakyat yang rasional, saya pasti ramai yang menantikan tuduhan tersebut dibuktikan oleh Kit Siang dan anaknya. Namun penolakan tersebut telah menunjukkan bahawa DAP sebenarnya tidak ikhlas dalam memperjuangkan isu ini, sebaliknya bertujuan menjuarai persepsi golongan bukan Melayu bahawa BTN mesti dihapuskan kerana menyemai sikap perkauman. DAP mahu menjadi juara isu ini.
Sepanjang penyertaan saya dalam beberapa siri kursus dan kem yang dianjurkan oleh BTN, secara jujur saya tidak pernah diseru supaya membenci mana-mana pihak termasuk DAP. Saya pasti ramai lagi individu yang pernah menyertai kursus BTN bersetuju dengan pandangan saya ini, namun mereka tidak mempunyai saluran yang betul untuk mengetengahkan pandangan masing-masing.
Rakyat perlu sebenarnya untuk diberitahu tentang kebenaran di sebalik isu ini. Rakyat perlu diberitahu tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sebalik pagar kem-kem BTN, bahawa semuanya adalah berkaitan dengan kenegaraan dan patriotisme. Kenapa mesti dirombak modul-modul yang digunapakai jika ia terbukti mengubah minda dan persepsi peserta selama ini terhadap nilai-nilai bertatanegara yang betul?
Adakah DAP takut rakyat Malaysia mempunyai nilai jati diri yang tinggi dan tebal semangat kebangsaan dalam diri masing-masing? Adakah DAP-PKR-PAS, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Khalid Ibrahim,Mansur Osman dan Halimah Ali tidak berani berhadapan dengan rakyat yang berpatriotik, yang arif dengan fakta dan kebenaran dalam soal politik dan kenegaraan?
Tun Mahathir turut menyatakan pandangan beliau bahawa modul-modul yang digunapakai selama ini tidak perlu dirombak kerana ia tidak berlaku seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang. Tun sendiri pernah bersyarah di pentas BTN, justeru mana mungkin seorang PM (ketika itu) hendak mengajak peserta kursus, yang juga rakyat beliau sendiri untuk membenci rakyatnya yang lain? Tak masuk akal.
Kenyataan Tun pada saya perlu diberikan perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab khususnya oleh Nazri Aziz. Hal ini penting supaya kerajaan tidak sekali lagi dilihat sebagai pemerintah yang lemah, yang tunduk pada tekanan pembangkang hingga memungkinkan lebih banyak kesilapan dilakukan. Biarlah era Tun Abdulllah dikenang sebagai pemerintahan BN yang paling lemah, sekali itu saja.
Isu BTN perlu ditangani dengan halus. Ia mungkin akan menjadi bom jangka yang diperam oleh DAP dan Pakatan Pembangkang, menunggu masa yang sesuai untuk diletupkan. Jika dibiarkan, pasti ia akan jadi isu nasional melebihi modal di pentas politik, atau setidaknya, menjadi bunga api kepada letupan yang lebih besar kelak iaitu isu perkauman.
BTN tidak perlu dirombak, apatah lagi dihapuskan. Apa yang perlu dilakukan mungkin penambahbaikan tehadap kualiti modul supaya selari dengan gagasan semasa. Ia sama juga seperti dasar pendidikan kebangsaan. Yang ditranformasikan hanyalah perkara-perkara berkaitan teknik, kaedah, kemahiran dan sebagainya. Perkara berkaitan dasar adalah cerminan kepada produk, yang harus ditetapkan supaya mencapai matlamat perlaksanaanya.
Kalau dasar BTN untuk memupuk patriotisme dirombak, justeru apakah yang boleh digantikan kelak supaya selari dengan kehendak DAP? Apakah salah atau berbahaya memupuk patriotisme di sebuah negara seperti Malaysia?
5 comments:
Asik nak dengar kata pembangkang ker?
baik nazri aziz keluar jer UMNO join DAP..
Melayu jual melayu...
Seriously Frankly Honestly
I never Like this Nazri
Who the hell is he anyway???
setakat menteri tanpa kementerian
I hope najib gam sikit mulut Nazri ni
..BTN tidak perlu dirombak seperti saranan Nazri tu..sebaliknya kabinet perlu dirombak untuk nyahkan Nazri sebab dia sudah tidak releven lagi duduk dalam UMNO parti racist...dalam DAP atau MIC pun dia tidak layak sebab mereka juga parti racist..dia cuma layak duduk dalam PKR untuk jadi tukang ampu bodek dan jilat atau terus pencen balik jaga anak jantan yang nakal seperti bapanya....
Wak Long
"Politik itu jijik. Kerana itulah aku mahu menulis tentang politik. Bukan kerana aku suka dengan kejijikannya, tetapi kerana aku mahu membersihkannya dari terus mengotori agama, bangsa dan tanah airku"
Sorry to digress a bit...I haven't been here for a long time. But I don't think politics is dirty...it is politicians who are dirty.
They are the one who make politics looks disgusting. Blame them, blame their brand of politics, not politics per se.
As for BTN, I haven't attended any of it...so I'll reserve my judgment.
mungkin perlu dirombak supaya sesuai dengan peredaran zaman dan tuntutan semasa. Sulibusnya ada yang amat bagus. Pemantauan juga perlu lebih terperinci agar tidak digunakan oleh golongan tertentu untuk agenda mereka. Aku amat tak suka jika politik dimasukkan dalam sulibus ni, dah 3 kali BTN aku masuk semua ada unsur hentam pembangkang..
Post a Comment