Apakah ini usaha terdesak untuk memulihkan reputasi beliau yang teruk dihentam ataupun sememangnya beliau memang suka menunjuk-nunjuk? Muzakarah bererti perbincangan, mesyuarat, dan sesi bertukar-tukar pandangan, idea ataupun kritikan. Debat pula, berlawan hujah untuk mencari siapa benar dan siapa salah. Pada saya, Nik Aziz tentu lebih tahu mana satu yang lebih baik, antara berdebat ataupun berbincang.
Namun, saya sangat tidak faham dengan lelaki tua ini. Apabila pelawaan muzakarah dibuat demi kebaikan umat Islam dan orang Melayu di negara ini, beliau mati-matian menentang. Bahkan pelbagai hujah dikemukakan. UMNO dikritik kononnya cuba menangguk di air keruh, tidak ikhlas dan penuh muslihat terselindung. Mudahnya, UMNO hanya mahu permainkan PAS.
Kemudian, timbul pula idea ‘perpaduan’ yang juga bertujuan menyatukan dan mewujudkan satu ikatan yang lebih utuh sesama bangsa dan agama tanpa membelakangkan perjuangan masing-masing, pun beliau tentang habis-habisan. Kali ini lebih hebat. UMNO dilabel sebagai kotor, sesat dan terpesong. UMNO dituduh cuba memecah-belahkan kem Pakatan Rakyat.
Lebih dahsyat dan mengerikan, beliau telah memutar-belitkan hakikat. Idea ‘perpaduan’ itu yang jelas mentah dilontarkan oleh Presidennya sendiri, sudahnya dipusingkan dan dihempas ke muka UMNO. Katanya, UMNO yang merancang semua itu dan hampir-hampir terkeluar ‘akidah’ sebilangan besar penyokongnya yang menyokong idea daripada Presiden tersebut.
Label ‘boneka’ digunakan untuk melampiaskan kemarahan terhadap mana-mana penyokong PAS yang cuba-cuba bersetuju dengan idea tersebut. Lalu satu mesyuarat diadakan antara pemimpin tertinggi Pakatan. Keputusan dikeluarkan dan UMNO dituduh secara lantang sebagai tidak bertamadun, cuba bermain taktik kotor, dan mahu menggoyahkan perpaduan dalam Pakatan. Si Presiden senyap membisu dalam suara sokongan yang diberikan.
Hal ini secara jelas menunjukkan betapa terdapat pemimpin parti-parti dalam Pakatan yang memang berasa terancam, tidak suka malah mungkin benci jika usaha ke arah perpaduan orang Melayu dan Islam dibincangkan, apatah lagi dilaksanakan. Kita tidak hairan akan hal tersebut kerana semamangnya terdapat ramai pemimpin pembangkang yang tidak pernah senang dengan kesatuan orang Melayu.
Tapi apa yang menyedihkan, tentunya sikap segelintir pemimpin PAS yang jelas terang Melayu dan Islam turut bersekongkol dengan kebencian tersebut termasuklah yang paling lantang, tentu sekali Nik Aziz. Beliau paling banyak mengeluarkan hujah, fatwa dan dalil untuk menyokong usaha penentangan tersebut. Yang ditentang katanya UMNO, bukannya orang Melayu dan Islam dalam UMNO. Apakah ini bukti kedangkalan pemikirannya ketika ini?
1 comment:
Bukan apa2. Cuma kerja terrancang dalam strategi pemasaran nik ajih je.
Post a Comment