Sunday, September 6, 2009

CCTV Bukti Kebajikan Pelajar Sentiasa Diutamakan

Ketika ini, kebanyakan desasiswa di kampus induk USM sudah pun dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup atau CCTV bagi memantau setiap pergerakan keluar masuk dan aktiviti-aktiviti penghuninya.

Inisiatif pemasangan kemudahan kamera litar tertutup ini pada dasarnya adalah bagi mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan sedia ada di dalam kampus di samping memastikan kebajikan dan keselamatan para penghuni desasiswa yang juga pelajar USM sentiasa terjaga dengan baik.

Sebagai contoh, di Desasiswa Fajar Harapan saja terdapat sekurang-kurangnya empat lokasi CCTV yang dipasang di setiap blok yang boleh dilihat oleh orang ramai sementara beberapa buah lagi CCTV dipasang secara tersorok di beberapa lokasi rahsia dan hanya diketahui oleh beberapa individu penting sahaja.

Ketika saya bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan dipanggil oleh Penggawa Dr. Yahya Mat Arip baru-baru ini, beliau telah mengesahkan tentang perkembangan ini.

Beliau menjelaskan antara lain, setiap desasiswa terutamanya desasiswa yang sering merekodkan aktiviti tidak sihat termasuk ancaman keselamatan terhadap para penghuninya telah pun dipasang dengan sistem pemantauan tersebut.

Beliau juga turut memberikan jaminan bahawa keselesaan penghuni dan pelajar tetap terpelihara dan ia tidak sepatutnya menjadi isu yang berbangkit kerana tujuan utama pemasangan sistem pemantauan itu dibuat adalah untuk keselamatan mereka sendiri.

Ditanya siapakah yang bertanggungjawab ke atas sistem tersebut, beliau menjelaskan terdapat sekurang-kurangnya tiga individu yang boleh menerima akses terus kepada sistem yang dipasang menggunakan protokol internet itu bagi setiap desasiswa.

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pihak pengurusan sentiasa mengambil berat isu-isu keselamatan dan kebajikan para pelajar bukan sahaja di kampus induk malah melibatkan semua kampus USM.

Inisiatif pemasangan sistem keselamatan ini juga tidak akan menjadi kenyataan jika tidak ada usaha berterusan daripada Majlis Perwakilan Pelajar USM dan BHEPP USM yang terus-terusan berkerja meningkatkan taraf kebajikan para pelajar amnya dan warga kampus khususnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kepimpinan pelajar dalam MPPUSM dan terima kasih kepada BHEPP USM atas keprihatinan ini.

1Siswa 1Malaysia. Mahasiswa Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

3 comments:

dekna said...

tahniah abg syafik YDP.. harap lepas ni MPP baru akan lebh agresif.jangan jadi mcm pro-M yg tahu menyalak bukit jeh

IMANSHAH said...

hurm terkenang zaman kampus dulu di Desasiswa Cahaya Permai..(YDP CAHAYA PERMAI 2002/2003)

IMANSHAH said...

Ridzuan, sama2...semoga berjaya menjadi pemimpin yang disegani.Zaman saya dulu, Cahaya permai (sekarang dah jadi Cahaya Gemilang rasanya) kita memang selalu johan banyak perkara samaada festival tari, debate, TOT USM, sukan antara desa dan banyak lagi..asasnya sebagai ketua kita kena selalu turun padang..hurm, dulu penggawa kami (Pfof Madya Dr Sohaimi) sangat terkenal dengan kecengilannya..)

Selamat berjaya menjadi seorang pendidik yang cemerlang..

p/s : terkenang nasik goreng kat cafeteria BAKTI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...