Wednesday, March 3, 2010

PKR Bakal Ke Arkib

PKR, parti yang wujud kerana kekecewaan yang terlampau, kini semakin parah. Parti ini juga menarik sekian banyak orang untuk bercakap mengenainya. Apakah masih ada masa depan bagi parti yang satu ini? Sejauh mana ia mampu bertahan sehingga PRU akan datang?

Apa yang pasti, jelas parti ini bakal jadi sejarah penting dalam catatan perjalanan demokrasi di Malaysia. Dunia tentu sekali akan melihat dari dua perspektif, pertama PKR dan Anwar sebagai de factonya dan PKR dan UMNO. PKR sedaya mungkin cuba mencabar langsung hayat UMNO yang hingga kini masih bertahan sebagai parti politik yang kekal memerintah Malaysia. Dunia sebenarnya lebih mengiktiraf UMNO.

Jika dilihat dari perkembangan sehari dua ini, ada saja yang dihujahkan oleh segelintir pemimpin PKR yang masih bertahan apabila seorang demi seorang wakil rakyatnya keluar dari parti tersebut. Ada yang tegas menafikan parti itu goyah. Ada yang tegas mendakwa PKR bahkan akan lebih kuat. Benarkah?

PKR sebagai enterprise seperti yang disiniskan oleh Rais Yatim juga menarik. Ada benarnya dakwaan tersebut kerana sejak awal penubuhannya, parti itu kekal dengan imej ‘keluarga besar’ yang mengaut senang walaupun berulang kali ungkapan nepotis cuba disembunyikan.

Yang sekerat dua itulah yang selalu jadi suara penting parti. Reformis lainnya dibisukan, diperlukan cuma bila bossnya buat onar tetapi tak nak ngaku salah. Maka ‘dijemput’ reformis untuk bertempik memekik melolong berbaring siang malam. Apa selepas itu? Habuk saja.

Jika beginilah terus-terusan PKR, maka bakal terperosok ke arkiblah sejarahnya.

4 comments:

10 BUDAK HITAM said...

Salam Sdr,

Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!


--------------------------------------------------------

10Sibudak Hitam Akan Terjah, Bongkar Dan Kerjakan !

Anonymous said...

Pakatan dalam proses pembersihan, individu yang bijak,tekal dan bersemangat serta setia sahaja yang mampu survive dalam pakatan. Di media memang nampak PR menuju kehancuran. Namun, hakikat sebenar rakyat masih lagi memberi harapan kepada PR dan belum boleh memaafkan UMNO dan Be eNd.

Saya cabar Budak Hitam ataupun saudara blogger pergi ke warung-warung, ke pejabat kerajaan, berbual dengan guru2 sekolah, orang orang kampung, petani, nelayan, pemandu teksi dan sebagainya. Lihat apakah persepsi masyarakat masyarakat terhadap pemerintah sekarang. Saya cabar sekali lagi..

Saya sebenarnya terkejut orang2 kampung sendiri pun sudah berani memprotes perbelanjaan untuk F1. Di sekolah pula guru guru sekolah sentiasa mengumpat kementerian kerana memotong bajet sehinggakan pelajar berasrama terpaksa pulang setiap minggu. Berbual pula dengan pegai kerajaan mereka seakan menempelak pemimpin sekarang.

Najib walaupun kepimpinannya seseluruhannya agak cemerlang namun imej serta reputasinya agak tercalar dengan tomahan rasuah serta konspirasi pembunuhan antantuya yang tak sudah2 meniti di bibir rakyat Malaysia. Rosmah pula dijadikan bahan2 jenaka rakyat malaysia.

Pakatan masih bernafas, harapan rakyat tinggi menggunung. Tranformasi Barisan Nasional begitu lembab, jika mereka masih lagi leka, rakyat akan terus menghukum....

-Mahasiswa Penang

Admin CCZ said...

Apa yang didengar oleh Mahasiswa Penang itu jika benar sila lampirkan di sini siapa guru-guru yang mengutuk Kerajaan. Namakan. Pegawai-pegawai Kerajaan juga yang mengkhianati tempat kerjanya sendiri. Perbelanjaan untuk F1 dipertikaikan. Bagaimana pula dengan pulangan masuk untuk penganjuran F1 pula? Adakah mat-mat saleh yang datang tidur dalam khemah, tidak makan dan tidak mandi? Adakah mereka membawa kenderaan datang ke sini? Duit mereka keluar poket masuk poket mereka semula kah?

Jangan jadi dangkal sangat dalam berhujah. Jangan fikir dengan menjejaki tangga universiti maka anda berhak untuk mempertikaikan kesenangan dan pembangunan hasil pemerintahan yang sedia ada. Adakah anda belajar di sekolah-sekolah kepunyaan negara-negara luar? Adakah anda berkayuh perahu untuk menyeberangi Pulau Pinang?

Jangan menafikan nikmat yang beribu banyak dengan nampak hanya kelemahan dan mendengar percakapan-percakapan manusia-manusia yang dilahirkan sudah senang di dalam sebuah negara yang merdeka.

Anonymous said...

Yang dimaksudkan oleh orang kampung tersebut adalah perbelanjaan yang menghampiri RM1 billion untuk pasukan F1 1Malaysia. Mereka merasakan dalam ekonomi yang tidak menentu, belum tiba masanya untuk melakukan belaburan sebesar itu. Mungkin CCZ berdebat dengan hujah ia akan menaikan nama Malaysia di mata dunia, ya, memang benar, tapi.. cuba fikirkan mengapa PETRONAS sendiri tidak menaja pasukan ini? Sudah tentu isunya adalah imej. Mustahil pasukan baru untuk muncul di petak hadapan perlumbaan dan sampai dahulu di garisan penamat. Persepsi akan mengambil tempat, jika asyik dibelakang sudah tentu imej pun sedikit tercalar. Namun ia satu percubaan yang baik dalam usaha memacu kecemerlangan kejuruteraan Malaysia. Ada pro dan kontra. Isunya adalah bajet... mengapa bajet untuk pendidikan
dikurangkan, sudah tiada duitkah kerajaan? Tapi dalam F1 boleh pula melaburkan beratus ratus juta? Syarikat gergasi dalam F1 seperti Toyota, Honda dan BMW sendiri menarik diri dalam perlumbaan F1 akibat kekangan kos...wah, begitu
kaya Malaysia, duitnya mana?.

Saya tidak menafikan sebarang pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah, itu tanggungjawab mereka. Mahathir begitu cemerlang dalam pentadbiran beliau, Najib pula menempakkan peningkatan. Namun, apa yg saya ingin nyatakan disini adalah pengalaman saya melalui pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarat..Mahasiswa perlu turun ke padang, bukan hanya bergaul dengan buku dan rakan rakan mereka sahaja, mereka harus pergi menyelam jauh kedalam hati masyarakat. Bertanyakan pendapat mereka...

Ramai yang menganggap pembangkang adalah jijik. Ini yang dipromosikan oleh saudara blogger, dengan tujuan menampakkan PR begitu busuk ususnya. Anwar kaki belakang, tidak boleh dipercayai, Pas pula talibarut DAP, Lim Guan
Eng menisdas melayu.. kata mereka. Inilah dunia politik, dalam politik setiap isu akan dicanang sejijik jijiknya.. PR mengkritik UMNO, UMNO membidas dan memburukan PR. Politik yang baik adalah politik yang saling hormat menghormati, isu hanya dicanang ketika pilihan raya untuk meraih undi, selepas pilihanraya, cubalah kita fikirkan cara bersama untuk membangunkan negara, pembangkang adalah satu sistem dalam demokrasi. Pembangkanglah yang turut bersama membangunkan negara dan bertindak sebagai kuasa 'check and balance' kepada kerajaan.

Ramai yang tersalah anggap pembangkang muncul dengan tiba tiba dan tidak diundang untuk melakukan kekacauan dan gangguan kepada pemerintah. Kami di PR tidak pernah menidakkan kejayaan pemimpin kita membawa Malaysia menuju kejayaan, apa yang kami inginkan adalah keadilan, intergriti, urus tadbir kerajaan yang baik dan pelaksanaan undang2 Islam (Hudud dah Qisas) secara serius. Perkara ini kami tidak perolehi dalam perjuangan UMNO dan Be ENd.UMNO dan Be ENd telah gagal dalam tuntutan ini, rekodnya kurang cemerlang. Dimana lagi untuk kami begantung harap.PR merupakan harapan kepada kami. harapan baru rakyat Malaysia.


Jadi saya nasihatkan kepada saudara blogger dan seangkatan dengannya agar insaf, fahami demokasi, amalkan politik yang adil dan baik. Berfikir secara kritis dan perbanyakan belajar agama. Benarlah kata Nik Aziz blogger suka mengumpat. Pembangkang juga mengkritik kerajaan, itu memang kerja dan peranannya, mana pun Pembangkang. Mengkritik untuk membina, untuk membina Malaysia yang lebih maju dan berjaya..

-Mahasiswa Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...