Trajedi Kg. Buah Pala seharusnya menyedarkan kaum India betapa kehadiran mereka hanyalah untuk memenangkan PR. Sudah terbukti jelas kepada kita semua bagaimana rakusnya Anwar dan kepimpinan tertinggi dalam PKR menabur janji semata-mata untuk meraih undi masyarakat India di Pulau Pinang.
Hari ini, kejadian yang hampir sama berulang lagi tetapi mangsanya ialah kaum Melayu pula. Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP membenarkan penjarahan fizikal dan mental ke atas kaum minoriti di Pulau Pinang memang kurang ajar dan mirip kepada tindakan binatang Zionis Israel yang menghalau bangsa Palestin di tanah air mereka sendiri atas nama pembangunan.
Kenapa hal ini dibenarkan berlaku di sebuah negeri yang kononnya mengutamakan kerajaan berkebajikan? Tidakkah ini kontradiks paling jelas nyata yang seharusnya dilihat oleh seluruh ahli PAS dan PKR berbangsa Melayu bahawa kerajaan PR terlalu zalim kepada rakyatnya sendiri yang susah?
Atas apa alasan sekali pun, ia tetap tidak boleh diterima. Tindakan ini terlalu jelas bermotifkan keuntungan untuk mengayakan mereka yang sudah kaya dan memiskinkan mereka yang sudah sedia miskin. Ini sekularisme tahap dajal. Mana PAS? Mana Anwar?? Mana air mata Azizah??? Semuanya puppet DAPigs.
1 comment:
Bila aku tengok Makcik dan Pak Cik tu ada la rasa tumpang sedih nak tau jugak mungkin anak depa ada kerja ket KL ka atau mana2 pun. Nak tanya gak kar orang tua tu anak-anak depa tu undi sapa dulu.....orang melayu bila dah jadi lagu tu mula la nak buat muka seposen....masa undi dulu dah pikiaq abis kaaa???
Post a Comment