Thursday, March 12, 2009

MEMARTABATKAN BANGSA MELALUI BAHASA?


Bahagian 2

MELAYU AKAN PUPUS?

Prof. Anthony Milner, ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Australia dalam buku beliau The Malays, meramalkan bahawa manusia-manusia Melayu yang ada pada alaf ini akan pupus dan lenyap dan tinggal sebagai yang pernah ada nama dan catatan dalam sejarah sahaja.

Mengulas isu ini, Raja Nazrin Shah, sewaktu melancarkan buku tersebut di UKM pada 10hb Februari 2009, menyeru dengan bertitah ; Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan. Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai.

Bagi aku, yang pertama-tama akan pupus ialah Melayu-melayu yang ada dalam PKR, kemudian PAS, diikuti PMN dan seorang dua lagi dalam DAP. Mereka bukan pupus atau lenyap dari muka bumi, atau hilang di negara sendiri, tapi mereka pupus daripada parti-parti tin kosong tersebut. Mereka akan berduyun-duyun menyertai UMNO dan berjuang untuk bangsa dan agama dalam erti kata yang tulen, menentang kekafiran yang dibawa oleh rakan-rakan mereka sendiri.

Kenapa UMNO? Kerana inilah parti wadah ketuanan Melayu yang unggul yang berjuang memastikan tidak Melayu akan hilang. Anthony Milner benar pada kajiannya, tapi kita sebagai bahan kajiannya itu bertanggungjawab memastikan semua itu tidak akan berlaku. Sungguh malang jika orang luar sudah begitu berani menganalisis tentang bangsa kita sedemikian sekali, malah menentukan pula takdir kita selepas ini.

Yang pertama-tama akan masuk UMNO ialah pemimpin parti-parti tersebut, kemudian diikuti oleh para pengikut mereka pula.

9 comments:

Anonymous said...

Rata-rata mahasiswa sudah sedar akan korupnya UMNO, rupanya kamu buta dalam kecelikan. Malang sekali... Perlu ambil kursus Sains Politik di Uni Apeks saya kira

Anonymous said...

untuk pengetahuan saudara anon di atas, student APEX yg mengambil jurusan sains politik di USM hampir kesemuanya berada si sebelah kerajaan dan menyokong perjuangan politik yg di dokong oleh UMNO.bukan kerana salah fahaman atau hasutan para pensyarah jika itu yg saudara cuba bangkitkan selepas mengetahui hal ini, tetapi kerana ruang untuk kami berfikir secara rasional dan pentaakulan berdasarkan fakta-fakta kes, hujahan dan juga faktor sejarah yang pernah dan sedang mewarnai politik tanah air ketika ini menyebabkan kami memilih untuk berada dalam payung perjuangan UMNO.kerana itu, saya bersetuju dengan ulasan Rizuan ini walaupun nampak seperti beliau cetek ilmu, tapi ramalannya boleh berlaku kelak berdasarkan keadaan semasa dan juga faktor sentimen yang boleh tiba-tiba menjadi kukuh dan ampuh.kerja kami juga kadang-kadang menganalisis, dan dari analisis kadang-kadang kami tahu corak politik yg bakal berlaku.

jkl.
major sains politik.

Anonymous said...

Jangan salahkan pensyarah jika anda sendiri yang tidak mempunyai idealisme. Saya tidak tahu sejauh mana Apeks mampu membawa perubahan besar di universiti anda kerana daripada apa yang saya lihat universiti anda gagal melahirkan mahasiswa yang bertaraf Apeks. Apa yang saya dengar hanyalah mahasiswa Sains Politik di universiti anda hanya pandai mempolitikkan sesuatu isu dan bermain politik.

Anonymous said...

kepada mereka di luar yang hanya tahu komen buta, sila ler ke USM dan tgk sendiri budaya di sini.kemudian, boleh ler balik bermuhasabah dan insafi kenapa Allah rezekikan kami dengan APEX..ulang, APEX ye, not Apeks wahai kamu2 yg buta

rizuan mh said...

menyentuh soal APEX, perlu saya tegaskan bahawa saya menulis di ruang ini bukan mewakili pendapat universiti, tetapi saya berada di bawah payung universiti ini yg membenarkan kami, warganya, untuk bersuara..jika tak faham lagi kenapa USM dianugerahkan dengan APEX, silalah layati dan hayati 7 prinsip yang telah membawa kami sejauh ini..boleh tgk di website rasmi USM..pandai2 la cari ye

Anonymous said...

nak celah sekejap.untuk makluman anon semua, APEX baru berusia 4 bulan (mengikut usia pelaksanaan, bukan penganugerahan) di USM.kami cuma diberikan tanggungjawab untuk memacu kecemerlangan sahaja.bukan mudah dan bukan untuk dibanggakan.agak tidak adil untuk menghukum bahawa USM telah gagal sedangkan tempoh pelaksanaannya belum pun berakhir..

rizuan mh said...

betul liyana, APEX baru dimulakan untuk memacu kecemerlangan. USM sememangnya telah cemerlang dan maka itulah dianugerahkan APEX, direzekikan sedemikan sekali oleh Allah supaya boleh menyumbang kepada umat.sebuah badan penilai telah pun diwujudkan untuk menilai perjalanan USM dalam kerangka APEX, sedangkan pelaksanaannya baru sahaja empat bulan.inilah yang dinamakan kesungguhan dan iltizam.alhamdulillah

Anonymous said...

entah apa yang boleh dibanggakan sgt dengan Apeks... Waktu saya pergi prog di USM dewan lenggang. Lagi teruk terpaksa tunggu YDP2 persatuan korang panggil ank buah penuhkan dewan. Budaya universiti korang memang xminat ilmu eh? tapi kalau malam hiburan, tak muat tempat duduk. Apeks sangatla...

Anonymous said...

JKL: ko major sc pol tahun bape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...