Saturday, March 21, 2009

HANG jEBAT WIRA?

Aku tertarik dengan satu komen balas terhadap entry aku sebelum ini. Memang, sebetulnya aku tidak menolak hal penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan didorong oleh faktor Sultan itu sendiri. Kita tahu bahawa Sultan berlaku bias dalam baginda menghukum Hang Tuah kerana tidak banyak melakukan kaji siasat. Dan natijahnya, diberitakan Hang Tuah telah mati dibunuh lalu Hang Jebat selaku penuntut bela telah menyerang balas kezaliman Sultan itu.

Kita harus melihat peristiwa ini melalui lebih dari satu sudut. Pertama, kenapa Sultan begitu alpa? Kedua, siapakah yang telah menghasut Sultan? Apakah tujuannya? Ketiga, respon kita terhadap tindakan memanda Bendahara menyembunyikan nyawa Hang Tuah dan kenapa beliau berbuat demikian. Adakah memanda tahu atau sudah menghidu akibat yang bakal berlaku?

Kita kesampingkan dahulu pendapat yang mengatakan Hikayat Hang Tuah sengaja ditulis (baca: dihikayatkan sedemikian rupa) untuk membangkitkan semangat Melayu selepas tahun 1511 Masihi. Dan kita terbalikkan situasinya untuk melihat keadaan hari ini.

Kita terima niat murni Jebat untuk menuntut bela kematian saudaranya. Kita faham perasaannya. Malah kita kagum dengan keberaniannya menyanggah perintah Sultan. Tapi bolehkan kita terima segala apa yang Jebat lakukan itu atas nama menuntut keadilan? Hang Jebat berjuang menuntut keadilan untuk seorang sahaja, bukannya seluruh isi negeri. Tapi implikasinya, seluruh negeri telah menjadi huru-hara. Sebabnya, Jebat memiliki kuasa yang telah disalahgunakan. Kita mendengar kesaktian Taming Sari, dan keris itu adalah lambang kekuasaan, simbol pengaruh yang hebat.

Kuasa dan pengaruh betul jika diletakkan di tangan yang betul. Hanya Hang Tuah yang tahu mengendalikan Taming Sari dan Jebat, dengan sisi hitam seperti yang diceritakan juga, yang ada dalam dirinya, telah gagal dalam ujiannya memegang kuasa tersebut. Hura-hara. Hanya huru-hara yang berlaku. Sultan, dan rakyat seluruh negeri Melaka pernah berduka dengan pemergian Hang Tuah dan kembali menyandar harap kepada Hang Jebat.

Hang Jebat waktu itu adalah simbol harapan baru kepada seluruh Melayu Melaka dan juga bangsa-bangsa lain yang menumpang tuah di bumi subur ekonomi tersebut. Tapi lihatlah apa yang berlaku. Hang Jebat terlalu beremosi dan penuh dengan dendam menuntut keadilan dengan beliau sendiri memberikan pengertian terhadap keadilan yang beliau mahukan itu. Sudahnya bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

isu ko ni sampah je

Anonymous said...

salam.saya lihat ada kecenderungan saudara rizuan untuk bias dlm isu ini.rizuan cuba mengaitkan situasi tersebut dengan keadaan politik hari ini.rizuan, hati-hati sbb mungkin pemahaman saudara masih rendah.saudara cuma berjurusan sastera, bukannya sejarah.ada artikel tentang jebat atau kasturi yg bertikam dengan tuah oleh prof.abdul rahman.elok saudara kaji dahulu artikel tersebut.carilah sendiri sbb Uni. APEX mesti byk bahan kan..=)

rizuan mh said...

terima kasih ang yi bat.sebetulnya saya memang sedang mengkaji artikel tersebut.tambahan pula Prof.Abd Rahman memang pensyarah di USM dan saya sgt mengenalinya walaupun tidak berkuliah dengannya. pemikiran beliau sangat kritis.terima kasih sekali lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...