PERPADUAN : SIAPA YANG TIDAK BERTOLERANSI? Begitulah bunyi tajuk perbincangan yang dikumpilkan semalam dalam satu forum di Dewan Budaya USM. Saya sebetulnya punya hal lain, namun setelah diejas-ejaskan sedikit masa yang ada, akhirnya dapat juga saya bertamu ke majlis ilmu tersebut.
Forum ini dipengerusikan oleh Dr. Siva, pensyarah dari PPSK yang juga merupakan penganalisis politik terkemuka manakala panelisnya pula terdiri daripada para pelajar USM sendiri. Panelis pertama merupakan YDP PMI, Saudara Hanif sementara panelis kedua ialah mantan NYDP MPP sidang lalu, Saudara Ramanathan. Turut berbicara ialah Saudara Vincent selaku wakil daripada Kelab Debat USM. Melihat kepada nama, kesemua mereka memang berwibawa dan layak untuk ditampilkan sebagai panelis pada forum tersebut.
Saya tidaklah berhajat mengupas panjang lebar tentang isi perbincangan yang dibentangkan kerana saya yakin, beberapa orang rakan blogger yang turut hadir semalam pasti menyentuh isu ini dalam ruang masing-masing. Tujuan utama saya datang ke majlis tersebut juga sebenarnya adalah untuk mencari jawapan disebalik persoalan yang dikemukakan, iaitu siapakah yang tidak bertoleransi? Ini adalah isu pokok yang seharusnya menzahirkan setidaknya satu frasa jawapan yang tersimpul rapi pada akhir perbincangan.
Namun, apa yang mengecewakan saya, saudara panelis pertama iaitu YDP PMI, sebaik diajukan soalan ini pada pertengahan diskusi tersebut, cuba mencari jalan selamat. Beliau mengeluarkan sedemikan jawapan yang boleh dianggap sebagai menyelamatkan diri, dan lebih kerap bermain dengan teori-teori sehingga para penonton tertunggu-tunggu apakah penghujung isinya. Yang ditunggu ialah jawapan langsung kepada soalan siapakah yang tidak bertoleransi. Tetapi beliau tidak menutup soalan tersebut dengan jawapan yang kuat, sebalikya membiarkan terlohong ternganga. Perlukah menggunakan teori untuk menjawab soalan sebegini?
Sementara panelis kedua, saudara Ramanathan, kelihatan lebih berani. Beliau melihat dari sudut yang lebih realistik. Pun tentu, masih ada lohong yang ditinggalkan. Misalnya, beliau meletakkan soal siapa yang tidak bertoleransi ini pada pandangan dan persepsi individu yang membenarkan setiap orang mendefinisikan sendiri makna perkataan tersebut. Bagaimanapun, saya tertarik dengan bukaan konsep beliau, di mana beliau tidak melihat kepada isu toleran semata-mata, sebaliknya penerimaan antara kaum dalam aspek-aspek tertentu sebagai satu keperluan yang mampu mewujudkan perpaduan.
Manakala saudara Vincent pula agak kabur. Banyak pandangan beliau tidak terfokus dan lebih berhati-hati dengan hujah-hujah yag dikemukakan. Mungkin beliau kurang bersedia berbanding dengan saudara panelis pertama dan kedua. Pun saya tetap tertarik dengan contoh diri beliau sendiri sewaktu menghuraikan persoalan yang diberikan. Saya yakin, jika beliau lebih bersedia, pasti banyak hujah yang bernas dan menarik mampu dikemukakan.
Secara keseluruhannya, saya melihat penganjuran program yang seumpama ini sebagai satu inisiatif yang sangat bagus dan wajar diteruskan dari semasa ke semasa. Ia harus dijadikan sebagai wadah mencungkil idea-idea kritis daripada golongan pelajar yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak. Ternyata, program sebegini sebenarnya lebih baik jika dibandingkan dengan demontrasi dan sebagainya yang lebih bersifat emosional semata-mata.
Tahniah kepada sahabat saya, Saudari Elfarida yang telah mengepalai Convex selaku pengajur utama forum tersebut.
6 comments:
npk sgt agenda aspirasi semua tu.awal2 lagi dah bias.cikwan oi hang x payah la jd balaci.apa hang dapat?? awek pun dah lari.hang jadi hamba ke, anjing ke, sudahnya nanti hang juga yang tanggung.daripada dok cakap pasal aspirasi yang xdak pekdah tu baik hang cakap pasal ex hang tu.jaga siket.
salam...
menarik..biasanya rialiti akan menceritakan segalnya..fantasi mungkin pada sauadar yg merespon tak bernama......khusus untu saydara yg merespon..x baik cakap yg x elok kat sahabat kita ni......pegangan dia ada terasnya....mungkin buah ati dia...amanah hidup yang perlu di jaga...saudara tak bernama x da buah hati ker?..hehehe..jawab klaa sendir.....
teruskan cek wan..biarlah perbincangan ini menjadi akademik..mmm..mungkis sedikit emosi...tapi x pe..asalkan profesional..saya sokong!!!!
tah apape komen tah.woit anonymous (hantu sial), kalu ko x puas ati kat cikwan, x perlu nak beremosi kat sini.sini tempatnye bincang2 berhemah, ilmiah, akademik.setuju dgn fikrah fikiran.
alo kwn xde nama...kuang aja nmpk???jaga skit bahasa tu...
nk komen tolong ilmiah skit...nk campur peribadi org nape??
thanx geng..xpe bior je deme tu. Allah je yg tahu
Post a Comment