UBU, ODC dan NED
Selain DEMA, SMM dan GAMIS, terdapat beberapa lagi gerakan yang berorientasikan mahasiswa yang bergiat aktif menyebarkan pemikiran, ideologi dan propaganda menentang pihak universiti dan kerajaan.
Antara gerakan tersebut yang paling menonjol ialah Universiti Bangsar Utama (UBU) yang dipimpin dan dilatih secara langsung oleh Hishamuddin Rais, bekas pensyarah UM, dan juga Open Dialogue Centre (ODC) yang lebih bersifat antarabangsa.
UBU secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2001 untuk menyebarkan dakyah, pemikiran dan ideologi sosialis yang didokong oleh universiti ini. Kebanyakan aktiviti mereka lebih berbentuk kuliah akademik yang mengajarkan teori-teori dan falsafah politik dan idelogi sosialis totok.
Antara individu penting yang menjalankan aktiviti tersebut tentunya Hishamuddin Rais, penulis buku Keganasan, Penipuan dan Internet yang khusus untuk menyerang peribadi Perdana Menteri DS Najib.
Beliau juga merupakan bekas aktivis reformasi totok pada tahun 1999. Hishamuddin juga merupakan salah seorang kolumnis di Malaysiakini.com dan bergerak aktif melalui Kelab Budaya Universiti Bangsar Utama (KUBU). Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kebudayaan termasuk menjadi tenaga pengajar di ASWARA.
Sementara itu, Open Dialogue Centre pula merupakan salah satu agenda tersembunyi peringkat antarabangsa yang digerakkan secara langsung oleh National Endowment for Democracy (NED). Apakah sebenarnya ODC dan NED ini? Apakah perkaitan gerakan-gerakan ini dengan mahasiswa IPTA di Malaysia hari ini?
Jika dilihat secara langsung, barangkali kita tidak akan nampak perkaitannya kerana ia melibatkan jaringan-jaringan yang sukar dikesan.ODC beroperasi sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad di negara ini, namun hakikatnya, ia wujud di kebanyakan negara lain termasuk Singapura dan Indonesia dengan menggunakan pelbagai nama.
Ia sangat rapat dengan gerakan mahasiswa yang berideologi sosialis dan sebagainya yang sentiasa berkobar-kobar menuntut ataupun mendesak pihak pemerintah mengikut kemahuan mereka. Mungkin kita boleh mengambil contoh gerakan mahasiswa yang pernah berlaku di Indonesia suatu ketika dahulu untuk lebih memahami hal ini.
Di Malaysia, ODC mempunyai gaya yang lebih terhormat. Ia membina reputasi dan pengaruh dalam kalangan mahasiswa dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang lebih ilmiah seperti forum, diskusi isu semasa, seminar, debat dan sebagainya lagi.
Walaupun jarang sekali kita dengar gerakan ini menaja atau menggerakkan perhimpunan mahasiswa di jalanan, tetapi hakikatnya, ia juga terlibat mendanai sebahagian besar aktiviti mahasiswa di negara ini. Bagaimana ia memperoleh wang dan dana yang besar?
Menurut sumber, ODC mendapat dana secara langsung daripada NED, iaitu sebuah tabung pembiayaan antarabangsa tajaan Amerika Syarikat dan juga individu-indvidu ataupun konglomerat Yahudi.
Di samping menerbitkan buku dan risalah berkenaan Demokrasi (gerakan ini berselindung di sebalik agenda DEMOKRASI untuk menutup agenda-agenda lain yang lebih besar dan sulit), ODC juga didapati menjadi satu lagi platform utama bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR untuk terus mendampingi golongan mahasiswa di negara ini. Pembabitan ini jelas sekali jika dilihat dari sudut organisasinya di mana hampir majoriti anggotanya terdiri daripada ahli AMK sendiri.
Sesungguhnya, jika kita terus menelusuri perkaitan demi perkaitan antara gerakan-gerakan ini, kita pasti akan menemukan lebih banyak fakta yang menarik dan mengejutkan. Beberapa nama pasti akan muncul baik di peringkat nasional mahupun di peringkat yang lebih global.
Semua ini tidak lain tidak bukan hanya akan meninggalkan lebih banyak persoalan kepada kita, misalnya, apakah sebenarnya yang sedang meracuni pemikiran mahasiswa kita pada hari ini? Siapakah sebenarnya bapak kepada segala agenda tersebut? Siapakah yang merancang semua itu, untuk apa dan kenapa? Apa perlu – juga pasti akan ditanya.
1 comment:
Kalau DEMA, GAMIS, dan SMM dikatakan membawa ideologi pihak pembangkang, bagaimana pula dengan Asprasi yang begitu menonjolnya UMNO-BN sehingga PRK dapat pembiayaan daripada parti ini. Bukankah mahasiswa tidak boleh menyertai politik? Bagaimana pula dengan pelajar yang menjadi Puteri UMNO boleh saja bukan, tapi kalau jadi Puteri PAS mesti dihentam.
Sebenarnya, isu yang paling utama adalah jika mahasiswa menyokong UMNO-BN, tidak mengapa kerana ini parti kerajaan tapi kalau menyokong parti pembangkang tidak boleh kerana melawan arus.
Hishamudin Rais menulis bukan untuk menghentam Najib secara peribadi, kerana itulah sifat peribadi pemimpin 1 Malaysia kita itu. Bukalah mata jangan terlalu sempit dengan ideologi Aspirasi yang entah apa-apa itu.
Post a Comment