Tuesday, November 9, 2010

Selamatkan Perjuangan Anti Islam Liberal AIDC!


Di luar sana, mungkin masih ramai yang belum mengenali AIDC tetapi bagi yang sudah mesra, weblog ini boleh dikatakan sebagai sumber politik paling ilmiah yang menyediakan info-info tentang DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia yang juga pemimpin de facto PKR.

Pendedahan demi pendedahan, pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh portal ini hingga kini tidak pernah dijawab oleh Anwar sendiri atau mana-mana cyber troopersnya. Hal ini menyebabkan AIDC terus diyakini kredibilitinya, bahkan dengan mengemukakan pelbagai fakta yang tidak terdapat dalam laporan media mainstream negara, AIDC sudah beberapa kali muncul di muka depan akhbar-akhbar utama nasional.

Inilah uniknya AIDC. Ia digerakkan oleh segelintir pejuang cyber yang sedia duduk bersama-sama membongkar sisi lain Anwar Ibrahim. Perjuangan mereka utamanya adalah untuk menentang gerakan Islam Liberal yang cuba diserap masuk ke nagara ini melalui pelbagai jaringan termasuk dari luar negara yang semuanya mempunyai kaitan langsung dengan Anwar sendiri. Rakyat yang tidak tahu apakah aktiviti Anwar setiap kali berkunjung ke luar negara akhirnya mendapat info yang sebenar, sekali gus memberikan lebih banyak ruang untuk menilai siapakah lelaki ini.

Namun, hari ini, sudah tersebar ura-ura yang mengatakan AIDC akan ditutup kerana berhadapan dengan masalah kewangan. Sejak seminggu yang lalu tiada lagi berita baru yang dikeluarkan menyebabkan ramai yang tertanya-tanya status portal ini. Pengunjung setia seperti saya yang sentiasa dahagakan laporan dari team AIDC pastinya mengeluh. Pastinya kami tidak rela melihat Anwar terus-terusan membawa proksi Islam Liberal ke negara ini dengan mudah tanpa sebarang tentangan.

Saya mengenali AIDC mungkin masih baru, tetapi dengan rahmat Allah, saya berpeluang berkenalan rapat dengan salah seorang pengendalinya yang bagi saya, juga manusia biasa di negara ini. Beliau berkerja untuk agama, bangsa dan tanah air, untuk Malaysia utamanya. Adalah sesuatu yang cukup merugikan jika komuniti Islam di Malaysia yang kuat berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah hilang daie seperti beliau dan rakan-rakan yang istiqamah menentang penyebaran Islam Liberal, dengan cara mereka sendiri.

Justeru, saya menyertai sahabat-sahabat blogawan yang lain, tampil menyatakan sokongan kepada AIDC. Teruskanlah perjuangan walau dengan apa jua cara sekali pun demi alif, ba dan ta. Pihak-pihak yang berkemampuan di luar sana, khususnya pihak kerajaan sendiri, sepatutnya menyalurkan bantuan terbaik kepada AIDC yang selama ini cukup membantu memulihkan sokongan rakyat seperti kami kepada BN dan UMNO sendiri.

Selamatkan AIDC demi Agama, Bangsa dan Tanah Air!!

2 comments:

Anonymous said...

Sangatlah ilmiah hahaha. Tulisan elok sikit dari sampah.

Anonymous said...

yg sampah tu rasanya anon yg komen tu kot hehe..berdosa jika membutakan hati kpd kebenaran..ayuh, keluarlah dari saf liberal dan munafik pas dan pkr..sy dulu pun pejuang jalanan, pernah bersama rakan2 membaling batu, berhimpun di sana sini untuk anwar tp kerana adanya AIDC, yg asalnya sy sendiri tak suka dan meluat kerana hati yg saya sendiri butakan, akhirnya sy sedar dan melihat dgn mata dan hati yg lebbih celik..anwar memang proksi islam liberal barat di malaysia dan nusantara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...