Monday, February 23, 2009

AKU MEREKAYASA CINTA

Barangkali untuk tidak cinta ialah tiada. Tetap. Untuk itu, aku sediakan sedikit ruang dengan harapan, ruang dalam hati ini, boleh kembalikan sejuta malah jutaan kenangan bersamanya.

Aku terkenang dengan coklat M&M yang kecil dan comel. Makan sebijik dikongsi bersama dari Bakti pulang ke H7.

Aku terkenang bukit Minden, dan minit-minit kami mendaki dari kakinya ke puncak. Penat? Hanya indah.

Aku terkenang Dabong dan Gunung Stong. Dan detik-detik kami menunggang motosikal dalam aksi lumba.

Aku terkenang Tilawah, dan hari-hari kami menguruskannya. Dan detik perkenalan yang membuah kenangan-kenangan selepasnya.

Kini, selepas dua tahun, aku ingin kembali walaupun kami tidak pernah pergi untuk meninggalkan sesiapa antara kami. Aku mahu kembali merekayasa supaya cinta ini tetap gagah. Aku perlu kembali kepadanya, kerana dia tahu aku cuma perlukannya. Terima kasih. Cinta!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...