Kata ustat : Kita ini semuanya sama Tiada beza yang tua mahupun yang muda Jangan menyombong atau takbur Sesama manusia Sekalipun kita berpangkat atau berilmu Kerana disisi Allah Kita semuanya sama…
Kata ustat: Jangan kita hina orang yang lemah Yang kurang berada Mahupun yang kurang paras rupa Tiada beza yang mengerjakan sawah Mahupun yang membina perumahan mewah Kerana disisi Allah Kita semuanya sama.
Kata ustat lagi: Jangan kita hina Budak kecil yang comot lagi berhingus Kerana dia tiada dosa Sedangkan kita Setiap waktu dan ketika Memenuhi hati kita Dengan titik-titik noda Dalam tidur, dalam jaga…
Akhirnya ustat berpesan: Ingatlah! Kita manusia semuanya adalah sama Yang membezakan kita Hanyalah AMAL dan TAQWA Biarlah kita kurang dimata manusia
No comments:
Post a Comment