Wednesday, February 4, 2009

BOIKOT MPD FH SIDANG INI

Sila boikot MPD FH sidang ini. Ulang suara, sila boikot MPD FH sidang ini. Kenapa? Sebab ada dua orang, sekurang-kurangnya, dan mereka ini orang atasan dalam organisasi ini yang boleh dipertikaikan secara konkrit tentang semangat dan kesetiaan mereka terhadap Fajar Harapan. Kenapa? Sebab mereka inilah yang sebenarnya sedang memboikot semangat Fajar Harapan yang selama ini cukup sebati dalam diri semua exco. Boikot MPD bererti kita semua sedang menyelamatkan seluruh kewibawaan MPD dan penghuni. Kita sayangkan MPD ini. Kita mahukan MPD terus menjaga kebajikan penghuni, bukannya menjaga kepentingan peribadi sendiri seperti yang dilakukan oleh dua orang manusia s***n ini.

Isu bilik tidak perlu timbul sebab ini dasar yang tidak adil, malah penggawa sendiri telah sedar akan hal ini. MPD harus berkerja tanpa sebarang keinginan kepada upah. MPD dilantik atau dipilih, semuanya kerana semangat dan kesukarelaan. Bukannya menagih jawatan daripada YDP kemudiannya meletakkan syarat yang khas pula, kemudian bila dah dapat apa yang dihajat, terus menikam YDP seolah YDP tidak wujud. Siapa yang buat macam ni? Seorang inilah, yang seorang lagi pun barangkali sama jugak. Isu bilik telah dijanjikan sebagai isu yang tak perlu wujud lagi dalam pemilihan MPD kali ini, malah dalam perjumpaan tak rasmi yang pertama lagi penggawa sudah mengingatkan supaya setiap exco tidak mengharapkan lagi dengan bilik. Semua penghuni sememangnya mendapat bilik. Kenapa perlu ada double standard kalau kerja tidak pernah buat, tahu hentam dan hentam sahaja. Terima kasih penggawa sebab prihatin.

Ulang suara, sila boikot MPD FH saat ini juga. Kepada semua exco lebih-lebih lagi, sila sedar anda sekarang sebenarnya sedang keliru. Persetankan dengan dua orang ini. Anda hanya perlu taat setia kepada YDP dan MT yang ikhlas berkerja untuk Fajar Harapan. Anda hanya perlu belajar tentang kemampuan diri sendiri, bukan hanya menurut setiap kata orang yang dua orang itu. Sila boikot MPD saat ini juga, dan jalankan kerja kita atas nama semangat dan kesetiaan tanpa perlu berorganisasi dengan MPD jika ini yang sedang melanda MPD kita, sekurang-kurangnya untuk semester ini.

Usul pembubaran sebenarnya sudah kami buat tapi ditolak atas nama diplomasi. Usul tidak percaya juga pernah kami syorkan dengan setuju daripada YDP sendiri serta MT yang lain, namun lain pula yang dijanjikan. Lain pula yang jadi. Senior exco yang tidak berkepentingan sebagai MT dimaki dihambur kata kesat dan dilemparkan kertas ke muka di dalam mesyuarat, di hadapan exco-exco junior dan seorang lagi ecxo senior yang berjawatan paling rendah. Oleh siapa? Oleh manusia s***n itulah, yang seorang itu yang jantan, bukan yang betina.

Persoalkan apakah kewibawaan mereka berdua ini? Yang betina itu untuk makluman, baru inilah beliau kenal dengan MPD. Pertama kali dilantik, dan terus kepada jawatan paling kanan kepada YDP. Besar suara yang beliau terima. Tapi pengalaman, hampas belaka. Tahu bercakap. Tahu membebel itu ini. Tahu datang mesyuarat dengan muka suci. Tahu datang dengan agenda nak itu nak ini. Tahu mintak exco itu ini bila buat kerja. Tapi, projek dipantaunya semuanya sakit. Exco yang mengurus projek bersengkang mata ke hulu ke hilir, berpenat lelah, berpanas hujan mencari peserta tapi beliau hanya tahu mintak laporan. Kenapa? Sebab beliau sendiri pun tak tahu apakah kerja beliau sebagai pemantau.

Yang seorang lagi yang lelaki, duduk nombor tiga. Penting juga sebenarnya kalau ikut hierarki tugas. Tapi lebih hampas daripada hampas basi. Serabai. Jadi fasilitator motivasi pakai jeans, niat nak betulkan adik-adik sekolah tapi diri sendiri ikut perangai jin. Dalam mesyuarat dihentam Setiausaha dibaling kertas ke muka. Dipertikaikan salah ejaan. Dipertikaikan isu pemantau tidak hadir majlis penutup program. Entah apakah yang beliau ini sedang cakap. Exco, alert! Learn!! Jerit beliau ini kepada exco senior yang berjawat Setiausaha dalam projek tersebut. Segar lagi semua yang berlaku sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah mesyuarat MPD macam yang beliau ini buat.

Seperkara lagi, tidak faham jugak bila NYDP yang dua orang ini mula terasa dan mula nak tunjuk simpati dengan projek-projek lain yang di luar pemantauan mereka. Yang terdekat ini apatah lagi. Projek bertaraf lima bintang dan termuat dalam agenda universiti dengan perasminya Prof. Tan Sri Ayahnda kita sendiri. Kenapa nak tanya sekarang? Ada kurang dua minggu je lagi projek ni nak dilangsungkan. Anda berdua tak perlulah nak masuk campur, nanti habis tepung berselerakan sebab anda berdua tak tahu macam mana nak tarik rambut kalau pun ada rambut tersebut.

Kami tak perlukan anda pun. Jadi silalah berdiam diri sahaja ok, sebab inilah yang anda rancangkan sebaik sahaja memegang mandat selaku NYDP. Anda memulakan dasar pengasingan projek mengikut pemantau. Anda sengaja memecahkan tradisi MPD dengan mengarahkan setiap pemantau tidak boleh mencampuri projek pemantau yang lainnya. Ini tradisi kesatuan. Ini tradisi kekitaan. Ini tradisi yang telah lama subur tak kira mantan ataupun exco adik yang muda belaka. Kami matang dengan tradisi ini. Kami berkerja dan bersaudara dalam tradisi ini. Kenapa anda begitu angkuh membuang jauh-jauh tradisi kami ini. Anda berlagak seperti bijaksana, sedangkan pemikiran anda hanya on the spot. Anda membuat keputusan yang segera tapi anda tidak fikirkan kesan lamanya. Anda memecahkan kebahagian kami dalam MPD. Sekarang anda memang wajar kami BOIKOT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...