Ruang merupakan perkara paling kita mahu dalam setiap hari yang kita ada. Ruang untuk memilih. Ruang untuk memutus. Ruang untuk bernafas. Ruang untuk berfikir. Ruang untuk mengerti. Ruang untuk difahami. Ruang untuk bersendiri.
Sunyi adalah perkara yang paling kita mahu jauhi. Tapi sunyi datang juga. Tapi sunyi masih datang juga. Sunyi bila salah memilih. Sunyi bila silap memutus. Sunyi bila bernafas seorang. Sunyi bila berfikir tentang kesunyian. Sunyi bila tidak dimengerti dan difahami dan sunyi paling datang bila mahu bersendiri.
Rindu juga dalam daerah sunyi. Rindu mulus. Rindu tulus. Rindu datang walaupun hati dibusuki benci. Rindu tak bertempat. Tapi rindu ada ruang dalam diri kita. Kita rindu bila yang dipilih tidak memberikan sesuatu yang lebih indah daripada yang kita tolak. Itu rindu bila kita salah memutus. Kita rindu bila kita bernafas seorangan bila selalunya kita berdua berjalan di bentangan bumi ini. Kita rindu bila yang kita fikirkan setiap masa dan ketika adalah tentang sesuatu yang kita kejauhan dengannya. Kita rindu tatkala kita mahu dimengerti tapi kita menerima sebaliknya. Kita rindu, yang kita rindu adalah sesuatu, mungkin seseorang, jika kita tidak difahami oleh sesuatu atau seseorang yang lain.
Kita semua pencinta. Kita pencinta yang setia. Ruang untuk sunyi, rindu sering jadi ornumennya. Kita lurus. Kita pencinta yang jujur dan lurus. Kita adalah pencinta.
No comments:
Post a Comment