Tuesday, April 21, 2009

Berkongsi Satu

Bila Perdana Menteri bicara tentang satu, semua kita melihatnya sebagai plural. Satu dalam kepelbagaian nampak seperti sukar untuk diimplimentasikan. Inilah payahnya kita. Hasrat beliau sepatutnya menjadi mudah tetapi kita payahkan dengan kerisauan, ketakutan, ke-syak-wasangka-an, dan banyak lagi. Semuanya mendinginkan keinginan untuk kita capai hasrat itu.

Barang harus ingat betapa kemerdekaan kita asasnya pada satu hasrat dan matlamat, iaitu satu negara bangsa dengan satu pemerintahan yang menghimpunkan satu masyarakat yang boleh berkongsi-kongsi pada satu aspirasi dan satu sumber, iaitu kesatuan, iaitu perpaduan.

Tapi kita payahkan dengan seribu macam helah, telah, dan gugah. Kita takut dengan idea tersebut. Kita takut hilang jati diri. Kita takut asimilasi kepluralan dalam maksud menjadi satu bangsa Malaysia dengan penghapusan nilai-nilai etnik. Kita sebetulnya tebal etnosentrik dalam omongan bahawa kita majmuk yang saling faham dan prihatin.

Kita sering takut untuk berkompromi dalam berasimilasi dengan etnik. Budaya, dan agama, telah dan sering jadi dinding penghalang. Arkitek kepada pembinaan tembok keraguan ini ialah etnosentrik kita sendiri, nilai yang membunuh kemurnian hasrat kepada satu komuniti Malaysia. Sejak sekian lama, kita hanya berpura-pura.

5 comments:

D'Rimba said...

Ingin bertanya saudara apakah mereka memberi jaminan dan telahpun menampakkan tindakan mereka ingin mengutamakan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati dalam setiap hal? Inilah baru penyatuan sebenar bukan beralasan pelbagai kaum Islam kurang diutamakan sedangkan majoriti Muslim dan mereka semua hanyalah perlaksana tegar acuan barat.

ilah_nur ilham said...

huih..lama rasanya xziarah blog ni..lama juga habiskan ms meneliti kandungan hasil2 penulisan seorng kwn yg berbakat ni..bgs2..teruskan menulis,ini medium yang bagus untuk berkongsi cetusan rasa dan idea, biarla apapun komen..ambk jer sebagai satu yg positif, insyaAllah..jadikan ianya sebagai momentum untuk meningkatkan lagi mana2 kekurangan...
Bak kata Eleanor Roosevelt"
lakukan apa yang terasa dihatimu betul, krn kamu akan dikritik bagaimana sekalipun.kamu akan dikutuk jika melakukannya dan dikutuk jika tidak melakukannya..k.all d best!!

putehHitamMalaysia said...

kadang-kadang seruan kepada perpaduan tenggelam begitu sahaja dek keangkuhan UMNO bila berdegar-degar bercakap tentang bangsa Melayu, ketuanan yg mesti dipertahan, hak keistimewaan, ekuiti bumiputra, dan mcm2 lagi yg memanjang senarai alasan kenapa sukar sekali SATU Malaysia boleh dijayakan.

Anonymous said...

saya simpulkan mudah, sekali baca memang benar entry saudara rizuan mh ini dan memang itulah hakikat yg sedang melanda negara kita khususnya dlm soal perpaduan. namun, saya melihat betapa semua ini berpuca sebenarnya daripada dasar kerajaan itu sendiri.DEB umpamanya, adalah contoh persempadanan kasta kekauman yg hanya menatijahkan suatu perasaan yg tebal dlm erti syak wasangkaan antara satu sama lain. siapa mahu nafikan bahawa faktor ekonomi yg berjurang-jurang senantiasa itu bisa memuaskan hati melayu, cina dan india? siapa juga yg berani nafikan bahawa apabila wujud peluang untuk mencebur ekonomi ke dalam masyarakat, maka lalu di situ wujud juga penafian hak kerana terwujud atau termaktub sudah pengkelasan rezeki@kuota?hal inilah yg sebetul dan sewajar-wajarnya diperbetul dan diperwajarkan kembali oleh DSN hari ini.pemansuhan ekuiti 30% itu maka kita alu-alukan sebagai langkah pemula kepada langkahan seterusnya, inysa-Allah.

UMNO mesti terus HIDUP.

salam ziarah

mahfuedzha said...

izin laluan yang berhormat... hehehe... apa plak aku x pnh komen ko... ada jer yg aku komen sal isu2 pns tu p knala bayangan dlm samaran kn. aku ni liberal, x psl2 sbb komen2 aku ada lak yg hentam2 kpla kat dinding ke... malas la den! hehehehe... maaf ye tuan2 n puan2, komen kuar tajuk... aku malas nak menghuru-harakan hidup aku yg cukup harmoni ni dgn isu2 kowg ni... chow lu ek, cek wan! (aku dh komen yek! hehehe...) slmt bercuti... bubye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...