Ada yang bercakap, kita harus tolak calon yang ada kepentingan. Dan ada juga yang cakap, kita mesti terima calon yang berkepentingan. Dan begitulah sebaliknya. Adakah dua situasi ini berbeza?
Calon yang ada kepentingan biasanya mengamalkan sikap turut memikirkan diri sendiri. Apa-apa sahaja yang dilakukan, mesti ada untung buatnya. Calon begini biasanya pandai bermuka-muka, bijak berstrategi dan besar pengaruh.
Tetapi benarkah juga, memikirkan tentang diri sendiri bermaksud pentingkan diri? Sejauh mana hal ini betul kita tidak dapat meneka dengan tepat kerana sesetengah pihak, atau individu memang selalu memikirkan tentang dirinya, tetapi bukan pula mereka dari kalangan yang pentingkan diri. Misalnya, memikirkan tentang prinsip perjuangan sendiri.
Dan bagi yang beranggapan kita harus memilih calon yang berkepentingan, golongan ini biasanya melihat kepentingan bersama setakah lebih atas dan mesti dilakukan. Ia bermaksud, mereka menginginkan calon yang berkepentingan tertentu sebagai pemimpin supaya mereka juga mendapat manfaat daripadanya.
Jadi, calon yang berkepentingan tentulah calon yang sudah mempunyai kedudukan, ada nama dan juga pengaruh. Dan lebih penting, calon ini mampu memberikan sesuatu kepada masyarakat, atau tepatnya meninggalkan impak kepada orang ramai. Namun adakah calon begini bagus? Dan bagaimana pula jika calon yang berkepentingan tertentu ini juga ada kepentingan peribadi yang lain?
Bagi calon begini, kita mestilah melihat kembali rekodnya. Dari situ kita boleh menilai sejauh mana kemampuan calon begini memimpin dan menguruskan tanggungjawabnya. Kita mungkin tidak mampu mengesan adanya kepentingan tertentu pada calon begini tapi kita boleh menilai antaranya melalui orang bawahannya, cara beliau bergaul dan sebagainya lagi.
Seperkara, cakap politik tak selalunya ikhlas. Ahli politik cenderung menggunakan teknologi bahasa. Kalau kita bijak menilai daripada kata-katanya, pasti kita boleh mengesan adakah calon tersebut mampu menyesuaikan diri dengan kehendak sebenar akar umbi dan orang ramai tentunya. Pokoknya, yang menilai adalah kita sendiri. Yang memberikan kuasa kepada calon sebagai pemimpin adalah kita.
4 comments:
trima kasih sudah follow me.aku follow kembali ya :)
salam kenal sob....
trima kasih sudah follow me.aku follow kembali ya :)
salam kenal sob....
salam saudara..
cukup sukar untuk menentukan siapakah calon yg paling sesuai.. seandainya diri kita dipilih maka akan ada kelompok yg bersetuju dengan pemilihan kita, dan akan wujud juga kelompok yg tidak bersetuju dengan kita. hal ini adalah lumrah..
sokongan akan wujud, di samping itu juga akan wujud tentangan..seseorang itu tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, sukar sebenarnya
yup...
sebenarnya npe ek sem lepas bnyak mpp yg dipilih tanpa ada rapat umum....tp sy amat respeklah kepada semua calon2 mpp yg berjaya berucap dirapat umum xkiralah dipihak promahasiswa atau aspirasi....tp sy kurang yakin dgn mpp yang dilantik tanpa melalui rapat umum...diharap bnyak calon2 mpp utk prk yg akan dtg akan melalui rapat umum..baru cool beb...
Post a Comment