Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang diumumkan malam semalam. Khas buat jentera BN dan para blogger BPN yang bertungkus lumus memerangi kemunafikan PAS pula, syabas anda telah melakukannya! Bersyukurlah.
Tan Sri Isa merupakan calon popular di kawasan tersebut, mewakili pula sebuah parti keramat yang memang sudah kukuh dalam kalangan masyarakat tempatan, dan lebih penting, menjadi wakil kepada sebuah gabungan parti-parti dalam BN yang memang mempunyai reputasi baik serta diyakini oleh penduduk tempatan. Namun bagaimanakah kita boleh terjemahkan kemenangan semalam?
Dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini, BN ternyata sudah dibelasah teruk. BN seolah-olah hilang taringnya, gagal mengaum dan melawan kembali asakan-asakan pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. BN juga seolahnya sudah hilang kepercayaan rakyat yang selama ini begitu yakin dengan keupayaan pemerintahannya.
Lantas DUN Bagan Pinang digunakan sebaik mungkin untuk mengembalikan aura BN dan UMNO sendiri khususnya. Melihat kembali siri pilihan raya kecil yang lalu, hampir kesemuanya melibatkan calon daripada UMNO. Justeru, DUN Bagan Pinang yang sememangnya merupakan kubu kuat UMNO adalah peluang terbaik bagi memulihkan imej parti tersebut dan BN keseluruhannya. Sekurang-kurangnya, itulah yang bermain di minda para strategis UMNO kali ini.
Namun, bolehkah kemenangan semalam diinterpretasikan sebagai kejayaan? Adakah UMNO sudah benar-benar pulih, sudah mampu bersorak dengan gah seperti yang biasa dilakukan selama ini? Adakah UMNO benar-benar sudah mampu memenangi kembali hati pengundi?
Jika calon dilihat sebagai faktor, maka sudah pastilah UMNO dan BN telah melakukan tindakan yang betul. Mempertaruhkan seorang calon yang kuat di tempat beliau sendiri merupakah salah satu strategi bijak yang mesti dilakukan oleh jentera pilihan raya. Dan jika ini benar, maka sudah pastilah PAS gagal kerana calonnya bukan yang terbaik seperti yang diinginkan oleh para pengundi, bukan kerana faktor PAS itu sendiri sepenuhnya.
Walau apa pun terjemahan yang boleh dilakukan, UMNO pada pandangan saya masih belum mencapai sebarang kejayaan. Masih banyak yang perlu dilakukan. Kemenangan semalam masih boleh dirai dan disyukuri tetapi kita jangan lupa dengan kegagalan-kegagalan lalu. Saya juga tidak menolak mentah kata-kata yang diucapkan oleh Mahfuz Omar. Beliau bercakap dari sudut pandang sebagai pembangkang yang tidak berada dalam UMNO, dan mungkin apa yang beliau katakan itu ada benarnya.
Selagi palitan imej sebagai parti yang bergelumang dengan rasuah dan kini menanggung pelbagai liabiliti termasuk Ketua Pemuda UMNO itu sendiri, saya yakin parti ini masih belum mampu menawan kembali Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang. UMNO juga perlu lebih serius dalam BN dan mengambil berat masalah yang berlaku dalam parti kompenan yang lain khususnya MCA dan MIC.
* Tahniah kepada seluruh blogger BPN!!

1 comment:
salam saudara..
kemenangan BN memang telah dijangka..kini banyak pihak mempertikai bahawa bukan BN yg memenangi PRK tersebut tetapi ISA kerana ISA adalah seorang yang popular di Bagan Pinang..
walaupun begitu jelas terbukti bahawa BN masih mampu menarik minat para pengundi Bagan Pinang..jika ISA bertanding atas tiket bebas belum tentu beliau akan memperoleh undi yang sebegitu banyak..
apa2 pun faktor calon turut menyumbang kepada kemenangan BN kerana "rakyat didahulukan..".
rasuah itu ada dimana-mana..ketua umum PKR sendiri menang besar di Permatang Pauh walaupun beliau pernah menghuni penjara Sg. Buloh atas kesalahan salah guna kuasa, rasuah dan moral..begitu juga Lim Guan Eng. Mat Sabu ditangkap khalwat masih boleh dimaafkan jadi mengapa tidak ISA? Politik wang memang wujud di dalam UMNO tetapi sedarkah kita bahawa budaya itu wujud disebabkan Team Wawasan yang diketuai oleh Anwar?
Post a Comment