Ketika window blogging sebentar tadi, sempat juga menapak ke AIDC. Ada berita menarik, tetapi langsung tidak mengejutkan. Jeffry Kitingan dah letak jawatan, semua jawatan dalam PKR. Namun beliau masih ahli PKR – buat masa ini.
Seperti yang dijangka, akhirnya Jeffry melangkah keluar juga, walaupun masih belum melepasi pintu sepenuhnya. Tapi siapa duga apa akan jadi pula lepas ini. Persoalannya, apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Jeffry mahu protes?
Ada beberapa isyarat jelas yang terkelihatan daripada episod ini. Pertama, Anwar perlu menerima hakikat bahawa kepimpinannya sangat bermasalah. Satu per satu melanda sekali gus melondehkan imej parti yang kononnya dipimpin oleh mereka yang professional, tetapi hakikatnya, dibarisi pemimpin yang kecewa dan penuh kepentingan peribadi. Adakah ini yang ditawarkan oleh Anwar kepada rakyat?
Selain itu, perletakkan jawatan Jeffry juga membayangkan Anwar bukanlah kebal dalam partinya sendiri. Justeru, bagaimana beliau hendak menangani Pakatan Rakyat keseluruhannya jika dalam partinya pun sudah gagal? Bagaimana beliau hendak mentadbir seluruh negara jika hal di Sabah, yang cuma di peringkat atasan saja, pun berkecamuk? Barangkali selepas ini makin ramai yang akan melawan cakap Anwar dan isterinya.
Dan yang pasti, Anwar perlu menerima hakikat bahawa politik di Sabah dan Sarawak mempunyai suasana yang sama sekali berbeza dengan semenanjung. Siapa Anwar untuk berlagak pandai di sana? Siapa Azmin untuk berpencak di sana? Siapa Azizah untuk menjadi jaguh di sana? Hanya orang Sabah dan Sarawak yang tahu apa yang mereka perlukan. Bukan Anwar, bukan Azmin dan bukan Wan Azizah.
Mungkin akan ada EGM dalam PKR pula lepas ini..
2 comments:
Blog tak laku. Kit pun kureng... Blog fitnah
Salam bro,
baru sekarang mereka sedar yang PKR tidak seperti yang mereka fikirkan tetapi kenapa tidak sejak dulu lagi.
biar apapun kita gembiralah dengan apa yang sedang berlaku dengan PKR di Sabah beberapa ini dan belum lagi meledak bom jangka yang dipasang khas untuk PKR di Sarawak ni...tunggu dan lihat saja apa tindakan Datuk Sri Hafshah Harun, Augustine Liom, Gabriel Adit selepas ini di Sarawak. Mereka ini mangsa tak terkata dalam PKR Sarawak.
Post a Comment