Thursday, October 15, 2009

Menjelang Pilihan Raya Kampus USM - Anjing Gampang Menyalak dalam Kampus

Sekali lagi pihak pro-M cuba memainkan isu yang basi menjelang pilihan raya kampus USM tidak lama lagi. Mereka cuba tampil sebagai jaguh dan mahu menjuarai beberapa isu yang antara lain tentunya berkaitan dengan hak dan kebajikan pelajar.


Apakah mereka ketinggalan selama ini kerana isu-isu tersebut sebenarnya sudahpun diusahakan oleh pihak MPP yang ditunjangi oleh pemimpin pro-Aspirasi sejak sekian lama? Adakah mereka lupa yang mereka cuma mengulangi skrip lama perjuangan yang ditolak oleh para pelajar USM?


Walaupun tidak dinyatakan siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan risalah haram terbaru ini (yang mula diedarkan sejak 14 Okt.), namun tidaklah sukar untuk mengenali ‘penulisnya’. Kita faham benar siapa yang menghasilkan risalah tersebut. Tidak lain dan tidak bukan tentunya SPF.


Persoalannya, kalau anda benar-benar pejuang mahasiswa, kenapa hendak berselindung? Kenapa setengah jam saja buka kaunter kemudian tutup? Tercapaikah matlamat anda sebagai pejuang? Apa hasil yang anda dapat? Apa hasil yang pelajar lain dapat daripada usaha dan tindakan anda itu?


Siapa SPF? (Definisi literal dan konseptual tentang siapa mereka ada saya ulas dalam artikel terdahulu). Mereka adalah kumpulan upahan (anjing) yang makan bersuap dan penyuapnya ialah pihak-pihak tertentu yang selalu saja cuba ‘memasuki’ arena politik kampus. Adakah mereka pemain ‘catur’ politik? Di dalam kampus, mereka jelas sekali berpolitik tanpa asas dan pengetahuan yang jelas.


Dan sebagai anjing pula, sudah tentu mereka lapar dan dahaga. Mereka tidak duduk diam. Mereka akan cari peluang untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap perkara-perkara tertentu (yang sebenarnya tidak ada ‘benda’ pun). Malangnya, isu yang mereka ‘kerumuni’ kali ini tidak ada yang baru melainkan sisa-sisa yang basi-basi saja.


Tetapi begitulah mereka diajar – memakan kesempatan di atas kekurangan musuh ketika musuh masih berusaha membaiki keadaan tersebut. Merekalah suara-suara yang ‘kufur’, yang tidak pernah mahu bersyukur, yang tidak pernah terfikir untuk berterima kasih, yang selalu menidakkan kebenaran.


PMI, anda pun terlibat sama selagi anda berada di bawah pro-M.





Kata artikel ini, pilihlah mereka yang dapat berinteraksi dengan pihak universiti, meluahkan suara hati pelajar dan membantah segala perkara yang yang membatasi hak pelajar. Setiap undi yang memihak kepada pro-M 'mungkin' :

1. Meningkatkan perkhidmatan sistem bas komuter.

2. Tidak perlu risau tentang masalah perkhidmatan wifi.
3. Meningkatkan tahap hidup dalam kampus.

4. Mempunyai lebih autonomi.


Tapi sedarkah wahai pro-M, wahai SPF bahawa;

1. 20 buah bas yang bergerak dalam kampus sekecil USM ini setiap masa lebih daripada cukup?

2. Perkhidmatan wifi sentiasa dipertingkatkan. Baru-baru ini MPP telah menganjurkan dialog bersama pihak pengurusan. SPF paling banyak bertanya pada sesi dialog tersebut. Pihak pengurusan juga mengumumkan peruntukan berjuta ringgit untuk mempertingkatkan kualiti sediaan wifi di seluruh desasiswa dengan tumpuan utama di RST. Tak cukup lagi ke?

3. Tahap hidup di dalam kampus sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Kualiti penginapan misalnya sentiasa diberi perhatian. CCTV dengan pemantauan 24 jam sudah bersepah di sekitar kampus. Tak cukup lagi? Cari sendiri.


4. Lebih autonomi? Setiap masa para pelajar melalui persatuan yang diwakili menganjurkan program dan aktiviti mereka. Pelajar bebas menyatakan pandangan mereka. AUKU yang dipinda juga membenarkan pelajar lebih aktif. Yang menjadi lesu, terkongkong adalah kerana sikap mereka sendiri. Jangan salahkan MPP atau universiti jika usaha anda memancing perhatian pelajar terhadap aktiviti 'haram' anda gagal setiap kali diadakan.





SPF juga 'memberi jaminan' jika pelajar mengundi pro-M, desasiswa pasti dapat. Masalah berkaitan penginapan tidak akan timbul. Semua pelajar akan diberikan kunci bilik.

Tapi tahukah SPF, urusan penginapan bukannya urusan kerja MPP? MPP hanya memperjuangkan hak pelajar. Dalam isu penginapan yang berlaku sidang lepas, MPP yang didokong oleh pro-Aspirasilah yang paling gigih berjuang menuntut kembali kunci-kunci bilik. Adakah anda faham situasi yang berlaku? Cukupkah dengan hanya menghantar reforandum, memo dan sebagainya?

Adakah SPF, dan pro-M amnya, faham bahawa terdapat kriteria tertentu untuk melayakkan pelajar mendapat bilik? Ini zaman kompetitif. Pelajar harus bersaing kerana tiada jaminan sepenuhnya untuk mereka mendapat keistimewaan sebagai penghuni 'dalam'. Bagaimana? Melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti dan desasiswa sendiri. Adakah ini adil? Terpulang kepada inidividu sendiri untuk menilai. Tetapi yang jelas, ia sistem yang praktikal.



Ini mungkin bahagian yang paling sinis dalam artikel ini. Bukan bernada sinis, tetapi meninggalkan persepsi sinis kepada pembaca bahawa ia hanyalah retorik semata-mata.

Tahukah SPF bahawa amalan demokrasi di kampus USM merupakan antara yang terbaik dalam kalangan IPTA yang ada di Malaysia ketika ini di mana suara dan hak pelajar sentiasa mendapat tempat dalam sistem yang diterjemahkan semasa pilihan raya diadakan? Sejak sekian lama, pilihan raya telah memberikan ruang kepada pelajar memilih pemimpin dalam MPP. Justeru kenapa hendak dipertikaikan lagi?

Tahukah SPF bahawa pilihan raya kampus jugalah yang pernah memberikan peluang kepada pr0-M 'berkuasa' dalam MPP tidak lama dahulu? Tetapi apa hasilnya? Kalau MPP pro-M efektif kenapa pelajar mula mengubah arah dengan mengundi calon-calon yang bersama aspirasi universiti sejak tahun-tahun ke belakang? Apakah yang pelajar inginkan daripada MPP?


Rayuan?



Fahami betul-betul tiga perkataan ini. Ia bukan hanya berkaitan dengan pilihan raya, tetapi lebih kepada usaha menentukan siapakah yang paling layak memimpin dan memperjuangkan kebajikan pelajar. Plihan raya hanya satu proses politik yang bersifat sementara, tetapi MPP ialah organisasi yang akan berkerja untuk satu sidang.

8 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, inilah sikap pewaris-pewaris pembangkang yang tidak pernah mengucapkan syukur dan berterima kasih, Melayu yang mudah lupa akan perjuangan pemimpin bangsa yang memartabatkan maruah bangsa, termasuk keturunan mereka.....

Teruskan perjuangan wahai anak bangsa.......

FataMorgana said...

salam
boleh saudara terangkan apa itu pro aspirasi dan pro-M?

fatin,pre-law, uitm
joan_fm05@yahoo.com

Anonymous said...

yes.. saya pun tak faham ....

rizuan mh said...

salam.

terima kasih Yang Gambi.

biasanya, saya tidak akan mengulas komen2 yg ditinggalkan di blog saya kerana saya mahu melihat perbincangan yang lebih terbuka. Tidak adil pula jika saya turut menghujahkan sendiri pandangan yg telah saya utarakan.

Dan untuk Famous serta Media Cyber, anda boleh rujuk semula artikel2 saya terdahulu tentang siapa pro-M dan siapa pro-Aspirasi.
Penting juga saya nyatakan di sini bahawa saya lebih banyak bertumpu kpd politik kampus di tempat saya. Mungkin tidak sehangat UM tetapi cabaran tetap ada.

Boleh juga rujuk blog 1aspirasi di http://1aspirasi.blogspot.com/

Terima kasih.


Assalamualaikum wbt.

rizuan mh said...

salam.

terima kasih Yang Gambi.

biasanya, saya tidak akan mengulas komen2 yg ditinggalkan di blog saya kerana saya mahu melihat perbincangan yang lebih terbuka. Tidak adil pula jika saya turut menghujahkan sendiri pandangan yg telah saya utarakan.

Dan untuk Famous serta Media Cyber, anda boleh rujuk semula artikel2 saya terdahulu tentang siapa pro-M dan siapa pro-Aspirasi.
Penting juga saya nyatakan di sini bahawa saya lebih banyak bertumpu kpd politik kampus di tempat saya. Mungkin tidak sehangat UM tetapi cabaran tetap ada.

Boleh juga rujuk blog 1aspirasi di http://1aspirasi.blogspot.com/

Terima kasih.


Assalamualaikum wbt.

rizuan mh said...

Mungkin juga anda boleh rujuk blog2 sahabat saya di mana perbincangan lebih hangat berlaku. Lihat blog saudara fauzan utamanya dan juga Syukri Saadon. Link ada di bahagian Minda Blogger Pilihan USM

Andin Muhammad Syukri said...

Walaupun saya tak mengundi sem lepas tapi saya rasa amat berpuas hati dengan MPP yang dipilih oleh anda semua..

Secara jelas kita dapat melihat budaya politik luar yang tidak beradab telah merebak ke dalam kampus..

Pilihan di tangan kita..sama ada hendak menerima ataupun menentang mereka..

Jangan terlalu asyik berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki kita dan mengaibkan orang lain.. kita kena hormat PMI sebab membawa nama ISLAM, tapi kalau mereka dah berlaku biadab maka kita kena menegur mereka..

Ahmed Fauzan said...

Salam Aspirasi...

Kuasa undian di tangan anda.. menjelang pilihanraya kampus nnt,pilihlah calon yang tidak akan semata-mata menabur janji...

Salam ASPIRASI!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...