Friday, July 9, 2010

Takziah.

Puan Latifah bt Ahmad (Allahyarhamah)

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Puan Latifah bt Ahmad, Pengetua SMK Sungai Bayor, Selama, Perak yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada petang tadi (Khamis, 8hb Julai 2010) setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Pondok Tanjung, Perak.

Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taiping selepas selesai menjalankan tugas harian di sekolah apabila salah satu daripada tayar kereta yang dipandunya pancit sehingga menyebabkan beliau gagal mengawalnya lalu terbabas.

Butiran lanjut mengenai kejadian masih belum saya peroleh walaupun berita mengenainya sudah tersebar luas di laman sembang maya terutamanya Facebook. Rata-rata warga sekolah dan penduduk setempat masih terkejut kerana arwah baru sahaja ditukarkan ke SMK Sungai Bayor dan merupakan pengetua wanita pertama yang mengepalai sekolah yang terdiri daripada pelajar Melayu 100% itu.

Saya secara peribadi tidak begitu mengenali arwah berbanding suaminya yang juga merupakan bekas pengetua di sekolah yang sama ketika saya masih belajar di tingkatan empat hingga tingkatan lima sedikit masa dahulu. Walau bagaimanapun, arwah cukup disegani kerana kredibiliti beliau dalam pentadbiran dan pelbagai lagi gagasan baru yang sempat dibawanya selama berada di Sebayu.

Jazakallahu khairan kathiraa..hanya itu yang mampu kami ucapkan buat arwah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatehah.

Sunday, July 4, 2010

PAS Biar Zionis Bermaharajalela

Jika Khalifah Umar menzalimimu pak cik dan mak cik, Allah tetap ada.

Trajedi Kg. Buah Pala seharusnya menyedarkan kaum India betapa kehadiran mereka hanyalah untuk memenangkan PR. Sudah terbukti jelas kepada kita semua bagaimana rakusnya Anwar dan kepimpinan tertinggi dalam PKR menabur janji semata-mata untuk meraih undi masyarakat India di Pulau Pinang.

Hari ini, kejadian yang hampir sama berulang lagi tetapi mangsanya ialah kaum Melayu pula. Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP membenarkan penjarahan fizikal dan mental ke atas kaum minoriti di Pulau Pinang memang kurang ajar dan mirip kepada tindakan binatang Zionis Israel yang menghalau bangsa Palestin di tanah air mereka sendiri atas nama pembangunan.

Kenapa hal ini dibenarkan berlaku di sebuah negeri yang kononnya mengutamakan kerajaan berkebajikan? Tidakkah ini kontradiks paling jelas nyata yang seharusnya dilihat oleh seluruh ahli PAS dan PKR berbangsa Melayu bahawa kerajaan PR terlalu zalim kepada rakyatnya sendiri yang susah?

Atas apa alasan sekali pun, ia tetap tidak boleh diterima. Tindakan ini terlalu jelas bermotifkan keuntungan untuk mengayakan mereka yang sudah kaya dan memiskinkan mereka yang sudah sedia miskin. Ini sekularisme tahap dajal. Mana PAS? Mana Anwar?? Mana air mata Azizah??? Semuanya puppet DAPigs.

Saturday, July 3, 2010

Selamat Datang Ke USM. Sila Bawa Bersama Keunikan Anda.



Insya-Allah, hari ini seramai 2000 orang pelajar baru akan mendaftar masuk ke USM Kampus Induk di Minden, Pulau Pinang sementara bakinya pula akan mendaftar di kampus cawangan di Trans-Krian, Nibong Tebal dan Kubang Krian, Kelantan.

Uniknya di USM, pengambilan pelajar bermula sidang akademik lalu diuruskan sepenuhnya oleh pihak universiti. Walaupun berlaku sedikit kesilapan teknikal pada tahun lepas hingga mencetuskan kontroversi termasuk mengheret campur tangan Lim Kit Siang, namun masalah tersebut telah dapat diatasi dengan jayanya pada tahun ini. Dijangkakan lebih kurang 3000 orang pelajar baru akan mendaftar di USM pada sidang 2010/2011 yang akan bermula secara rasminya pada minggu hadapan.

Pun begitu, satu isu yang pasti kedengaran setiap kali bermulanya sesi pengambilan pelajar baru di mana-mana IPTA tentunya keseimbangan nisbah antara pelajar lelaki dan wanita. USM juga mengalami situasi ini di mana pada kali ini, daripada 2000 pelajar yang mendaftar di kampus induk, hanya 500 orang saja bergelar lelaki.

Saya tidak mahu mengulas tentang fakta ini secara panjang lebar. Pengalaman saya sepanjang berada di Bumi Minden, ia bukanlah satu isu yang menekan. Benar, nisbah itu ketara. Tetapi jika itu satu realiti yang mesti dihadapi dan diterima, apakah ia harus dipandang sebagai satu beban sosial di kampus? Tidak pada saya. Kuantitatif pada nisbah, tapi jauh bezanya pada aspek kualitatifnya. Bukan maksud saya yang ramai itu tidak berkualiti, cuma yang ingin saya bangkitkan ialah, bagaimana yang sedikit itu mampu menonjol di celah-celah yang ramai.

Saya yakin tidak ramai yang setuju dengan padangan saya ini, tetapi percayalah, kaum lelaki punyai kualiti yang jauh lebih baik berbanding wanita. Di kampus, nada ini harus dilihat berbaur bias, tetapi seperti yang saya katakan tadi, 1500 boleh saja ditenggelamkan oleh yang 500 itu, kalau diukur dari sudut-sudut tertentu.

Cabaran pendidikan tinggi di seluruh pelosok dunia ketika ini tidak lagi melihat kepada perkumpulan atau gerombolan mahasiswa yang boleh berada di dalam sebuah perahu yang sama dan mendayung bersama-sama hingga ke pantai. Ini dunia ketamakan yang menuntut perlumbaan individual. Kalau liberal itu maksudnya, maka saya rasa, lelaki jauh lebih ke depan berbanding wanita yang rata-rata masih konservatif dalam banyak hal asas.

Justeru, saya ingin berpesan kepada adik-adik yang akan mendaftar sebagai mahasiswa, apa yang anda perlukan ialah satu set pemikiran yang langsung keluar dari kepompong kebiasaan. Hanya itu sahaja yang mampu menjadikan anda unik kerana kita di USM menekankan salah satunya aspek keunikan dalam kepimpinan. Berbeza tidak bermakna anda pelik, tapi ia unik. Selamat datang ke USM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...