Tuesday, March 26, 2013

BAGAIMAKAH HUKUM KAFIR BOLEH BERBALIK KEPADA ORANG YANG MENGHUKUM?

Beberapa dalil yang pernah digunakan secara konsisten oleh PAS sebelum ini untuk mengkafirkan UMNO adalah seperti berikut:

1. Surah An-Nisa', ayat 144

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil oranh Kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah (menyeksa) kamu?"

2. Surah al-Maidah, ayat 44.

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir."

3. Surah at-Taubah, ayat 29.

"Peranginlah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman pada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya."

Ini dulu. Ini waktu PAS belum tidur sekatil mimpi sebantal dengan kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat.

Jom kita cek apa pula kata Hadi Awang menjelang PRU 11 yang diucapkannya di hadapan petugas-petugas PAS pada Januari 2003 sempena Amanat Perdana Pemangku Presiden.

"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan  dan seperti yang diamanlkan kini. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada."

Nah!! Mana macai-macai ni?

Friday, March 22, 2013

ULAMAK PAS RESTU AIB ANWAR DIDEDAHKAN


Ni siapa kata?

Ulamak UMNO ke?

UMNO tak ajar buat kerja macam ni.

Cuma PAS saja yang berani ubah suai hukum hakam. 

Matlamat menghalalkan cara!

Thursday, March 14, 2013

SIAPA SAKSI ANWAR SEBENARNYA??

Mereka tinggalkan Anwar Ibrahim tetapi tetap cekal dalam perjuangan


Petang Rabu, 14 Mac 2013, saya berpeluang berdiskusi bersama beberapa orang tokoh penting di Pulau Pinang. Banyak perkara dikongsikan.

Tujuan utama pertemuan itu diaturkan adalah untuk memberikan pencerahan berhubung isu di Lahad Datu dan beberapa isu besar lain yang berlaku muktahir ini.

Namun, paling menarik perhatian saya ialah apabila salah seorang tokoh yang dijemput itu berjaya membuka minda para audien tentang pelbagai perkara membabitkan pembangkang di negara kita. Kunci pembukanya ialah hidayah, atau petunjuk daripada Allah SWT.

Sekadar memetik beberapa nama seperti CN Al-Afghani, Zulkifli Nordin, N. Gobalakrishnan, Ustaz Hafiz Nordin, dan dua tiga nama lagi, beliau mengajak kami melihat dari sudut yang lebih masuk akal, tanpa sebarang hujah dan fakta.

Zulkifli Nordin misalnya, disifatkan orang kepercayaan paling rapat dengan Anwar Ibrahim sehingga diibaratkan seperti jari tengah dan jari telunjuk yang sentiasa menyokong antara satu sama lain pada suatu ketika dahulu.

Namun sekarang, apa jadi pada beliau? Begitu juga dengan Gobalakrishnan yang sanggup dipenjarakan dan membelasah polis hanya kerana mahu mempertahankan Anwar Ibrahim.

Chegu Non, Ustaz Hafiz Nordin, Dr. Hasan Ali, Ustaz Hasan Basri dan beberapa orang lagi pula telah mula meninggalkan PAS termasuk berkempen kepada rakyat supaya menolak parti Islam ini.

Bila difikir-fikirkan, tentu ada kuasa pendorong yang mendorong mereka ini meninggalkan Anwar Ibrahim dan haraki perjuangan yang dibawa selama ini ketika bersama PAS.

Tanpa menjelaskan secara lebih terperinci, tokoh berkenaan mencabar audien melihat perkara tersebut dari satu sudut yang mudah tetapi amat meyakinkan, iaitu hidayah daripada Allah SWT. Kesemua mereka telah menerima hidayah dan kini mereka berusaha membaiki keadaan yang pernah dirosakkan oleh mereka sendiri dahulu.

KISAH PRESIDEN PALING TIDAK BOLEH DIHARAP



“Pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan yang demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada.”

Kalau baca tanpa mengetahui siapa yg mengungkapkan kata-kata di atas, pasti ramai yang terbayangkan dua wajah. Pertama, Anwar Ibrahim. Kedua, Karpal Singh.

Tapi bg yg tahu kisah sebenar, dah pasti akan geleng kepala. Kalau boleh geleng kepala, maknanya ada kesedaran dalam hati. Tahukah anda siapa yg cakap macam tu? Bukan Anwar dan bukan Karpal Singh. Tapi orangnya ialah Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Terkejut? Kalau anda mengikuti perkembangan PAS dan tidak terkejut, ia mungkin kerana anda sudah muak dengan parti tersebut, seperti saya. Muak dan mual.

Mari kita tinjauimbas. 1981, Hadi kata begini : “Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini (UMNO), kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.”

11 Januari 2003, sebelum PRU 11 pada 2004, ini pula kata Hadi Awang : “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yg telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yg diamalkan kini. Seandainya menang dalam pilihanraya akan dating, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada.”

Kejap, rewind dulu. 1981, apa Hadi kata? Politik suku, agama suku. Kan? Itu je? Ini bahagian awal dalam amanat yg disampaikan pada 1981 yang tadinya saya tak sebut. Perhatikan jelas-jelas : “Saudara-saudara sekalian, percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.”

Pertama, dia kata UMNO/BN mengekalkan peraturan kafir, jahiliah. Peraturan apa? Perlembagaan Persekutuan itulah. Yang asasnya ialah daripada  Perlembagaan Lord Reid. Kerana perlembagaan inilah, Hadi kafirkan UMNO. Ada orang tanya, part mana dalam amanat tu mengkafirkan UMNO? Ini orang bodoh. Kalau dah sifatkan mati melawan UMNO sebagai syahid, tak ke namanya tu mengkafirkan UMNO?

Kedua, dia kata politik suku, agama suku. Sebabnya, UMNO bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional. Habis tu, PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu apa?

Kita lihat dan bandingkan kenyataan Hadi Awang pada tahun 1981 dan 11 Januari 2003. Apa yang anda kesan? Saya melihat kona baring 180 darjah berlaku di situ. Dari titik A ke titik B, dari mempertahankan akidah kepada mempertahankan parti dan Barisan Alternatif. Hebat tak hebat Hadi Awang ni, memang terbukti.

20 December 2009, selepas terbentuknya pakatan haram PR, Hadi Awang bersetuju menandatangani  Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang yang antara lainnya, bersetuju tidak menjadikan hudud dan Negara Islam itu sebagai agenda utama. Lebih menarik, ia turut ditandatangi bersama oleh wakil DAP dan PKR.

Lagi sekali Hadi Awang berubah. Terkejut? Elok jangan terkejut sangat lagi kerana selepas ini mungkin lebih banyak aksi u-turn dan ludah sesama sendiri akan berlaku dalam PAS. 


Sumber rujukan ialah buku Asam Pedas dan Kafirkah Aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...