“Pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan yang demokratik
dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan
sedia ada.”
Kalau baca tanpa mengetahui siapa yg mengungkapkan kata-kata
di atas, pasti ramai yang terbayangkan dua wajah. Pertama, Anwar Ibrahim.
Kedua, Karpal Singh.
Tapi bg yg tahu kisah sebenar, dah pasti akan geleng kepala.
Kalau boleh geleng kepala, maknanya ada kesedaran dalam hati. Tahukah anda
siapa yg cakap macam tu? Bukan Anwar dan bukan Karpal Singh. Tapi orangnya
ialah Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Terkejut? Kalau anda
mengikuti perkembangan PAS dan tidak terkejut, ia mungkin kerana anda sudah
muak dengan parti tersebut, seperti saya. Muak dan mual.
Mari kita tinjauimbas. 1981, Hadi kata begini : “Percayalah
saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma
kita adalah jihad. Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini (UMNO), kalau
kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah
mati Islam. Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita
tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir
dengan mengatakan politik suku, agama suku.”
11 Januari 2003, sebelum PRU 11 pada 2004, ini pula kata
Hadi Awang : “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan
syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu
membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan
persoalan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di peringkat persekutuan.
Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yg telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan seperti yg diamalkan kini. Seandainya menang dalam
pilihanraya akan dating, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik
dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan
sedia ada.”
Kejap, rewind dulu. 1981, apa Hadi kata? Politik suku, agama
suku. Kan? Itu je? Ini bahagian awal dalam amanat yg disampaikan pada 1981 yang
tadinya saya tak sebut. Perhatikan jelas-jelas : “Saudara-saudara sekalian,
percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN
bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan peraturan
kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang
mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.”
Pertama, dia kata UMNO/BN mengekalkan peraturan kafir,
jahiliah. Peraturan apa? Perlembagaan Persekutuan itulah. Yang asasnya ialah
daripada Perlembagaan Lord Reid. Kerana
perlembagaan inilah, Hadi kafirkan UMNO. Ada orang tanya, part mana dalam
amanat tu mengkafirkan UMNO? Ini orang bodoh. Kalau dah sifatkan mati melawan
UMNO sebagai syahid, tak ke namanya tu mengkafirkan UMNO?
Kedua, dia kata politik suku, agama suku. Sebabnya, UMNO
bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional. Habis tu, PAS bersama
DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu apa?
Kita lihat dan bandingkan kenyataan Hadi Awang pada tahun
1981 dan 11 Januari 2003. Apa yang anda kesan? Saya melihat kona baring 180
darjah berlaku di situ. Dari titik A ke titik B, dari mempertahankan akidah
kepada mempertahankan parti dan Barisan Alternatif. Hebat tak hebat Hadi Awang
ni, memang terbukti.
20 December 2009, selepas terbentuknya pakatan haram PR,
Hadi Awang bersetuju menandatangani
Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang yang antara lainnya,
bersetuju tidak menjadikan hudud dan Negara Islam itu sebagai agenda utama.
Lebih menarik, ia turut ditandatangi bersama oleh wakil DAP dan PKR.
Lagi sekali Hadi Awang berubah. Terkejut? Elok jangan
terkejut sangat lagi kerana selepas ini mungkin lebih banyak aksi u-turn dan
ludah sesama sendiri akan berlaku dalam PAS.
Sumber rujukan ialah buku Asam Pedas dan Kafirkah Aku.
No comments:
Post a Comment