Followers

Monday, April 26, 2010

Masa Untuk UMNO Bermuhasabah Lagi

Apa yang boleh dikatakan ialah, PRK Hulu Selangor telah menunjukkan kuasa orang Melayu telah kembali beraksi dalam kancah pilihan raya.

Pola undi jelas memberikan isyarat kepada semua parti bahawa orang Melayu tetap menjadi faktor penentu kemenangan, dan pada masa yang sama, jangan dilupa DAP dan parti dominan Cina yang lain juga sedang giat mendaftarkan bakal-bakal pengundi muda mereka di seluruh negara.

Jika diambil Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Bukit Gantang sebagai contoh situasi ini, maka parti-parti politik tanah air harus segera mempersiapkan jentera pilihan raya mereka untuk memenangi hati orang Melayu dalam PRK-PRK selepas ini (jika ada lagi) sehingga PRU akan datang.

Pun tentu, apa yang berlaku di Hulu Selangor sebenarnya sangat menarik untuk diperkatakan. Walaupun peratus undi Melayu sangat menggalakkan, tetapi alirannya bukanlah kepada calon daripada orang Melayu (PKR) sebaliknya menjurus kepada calon bukan Melayu iaitu daripada BN. Situasi ini jelas menunjukkan betapa sokongan kepada BN telah mula kembali.

Jika dahulu BN diprotes, kali ini undi tersebut telah berbalik dan menjadi protes paling pedih pula kepada pembangkang khususnya Anwar Ibrahim sendiri. Dalam beberapa keadaan, jelas sekali politik gaya Anwar sudah gagal meraih simpati dan strateginya akhirnya diterjemahkan oleh pengundi sebagai tidak laku lagi oleh 1725 pengundi. Majoriti rakyat Hulu Selangor telah menyedari pihak mana yang lebih patut dipilih untuk mewakili mereka.

Dalam hal ini, BN khususnya UMNO sangat-sangat tidak boleh leka lagi dan harus mengatur langkah pantas untuk memastikan orang Melayu kembali kepada BN dan sokongan kaum lain tidak terus lari. Banyak strategi baru perlu difikirkan khususnya apabila melihat kepada kesedaran yang ditunjukkan oleh pengundi muda ketika ini.

Semua parti perlu sedar bahawa pengundi muda bakal menjadi faktor paling ampuh kepada kemenangan masing-masing. Di kampung-kampung, golongan muda sebenarnya sangat jauh daripada akses maklumat yang biasa diperoleh di kawasan bandar. Dalam hal ini, pihak pembangkang telah lama bergerak memenangi hati golongan muda ini. Jentera penerangan mereka sangat hebat berkerja.

Banyak sekali sekali siri ceramah diadakan saban waktu berbanding pihak BN khususnya UMNO sendiri, dan lebih penting untuk diambil maklum, golongan muda sangat diambil berat dan sering diberikan peranan penting oleh pihak pembangkang sekali gus memastikan mereka berasa dihargai dan disedari kehadirannya. Alternatif sebegini agak kurang disambar oleh UMNO berbanding PAS dan PKR.

Sebaliknya, kita masih boleh melihat bagaimana Pemuda UMNO di banyak tempat termasuk di peringkat cawangan terus dengan imej elitis mereka. Setiap kali dianjurkan program, jarang kita dapat bertemu dengan pemimpin yang berimej sederhana sedangkan inilah imej yang mampu menundukkan persepsi golongan muda terhadap UMNO. Bersederhana tidak akan menghilangkan kredibiliti seseorang pemimpin bahkan akan meninggikannya lagi.

Apa-apa pun Hulu Selangor sudah berlalu dan bakal menjadi sejarah dalam siri PRK Malaysia dalam penggal ini. Inilah peluang terbaik kepada semua parti politik khususnya UMNO dan BN untuk meningkatkan keyakinan rakyat terbawah agar kembali memilih perikatan ini dan menolak pembangkang. Banyak lagi yang masih perlu diperbaiki dan langkah kearahnya mesti digerakkan segera.

Sunday, April 25, 2010

Nik Aziz Celaru Lagi?

Kenyataan Nik Aziz bahawa Sultan Selangor telah mengikut gaya pemikiran penjajah pada saya perlu dibaca dari sudut politik, bukannya agama, meskipun beliau mendakwa Nabi Muhammad juga berpolitik di dalam masjid.

Nik Aziz mungkin terlupa bahawa situasi politik yang sedang berlaku pada hari ini di Malaysia sama sekali berbeza dengan situasi politik di zaman Rasulullah. Baginda berpolitik untuk menyatukan ummah dan menolak politik kebencian, jauh sekali personal attack terhadap lawan.

Baginda Rasulullah juga berpolitik bukannya untuk bermusuh-musuhan atau mencari lawan. Ia berbeza sama sekali dengan situasi politik kita kerana apa yang berlaku di sini, jelas, banyak simpang siur termasuk yang dicetuskan oleh Nik Aziz sendiri.

Misalnya, apabila calon PKR diserang dan didedahkan tabiat buruknya sebelum ini, Nik Aziz segera menyifatkannya sebagai menyerang personaliti calon sehingga mengaibkannya. Maka itu, kata Nik Aziz ia bukan amalan politik yang bersih dan mesti dijauhkan.

Apakah Nik Aziz lupa, PAS juga menggunakan strategi yang sama dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini? Paling diingat tentunya di Permatang Pasir dan Bagan Pinang apabila peribadi calon BN yang juga beragama Islam diserang habis-habisan oleh pihak pembangkang khususnya PAS?

Jadi dalam hal ini, stand manakah yang Nik Aziz gunakan? Apakah kerana politik dan perjuangan Islam versi PAS, maka ada perkara boleh dan ada perkara yang tidak boleh meskipun pada hakikatnya, kedua-duanya tak boleh kalau mengikut kaedah Islam yang sebenar?

Nik Aziz sepatutnya lebih cermat dan berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata kerana setiap katanya akan dinilai oleh orang ramai, apatah lagi apabila beliau memetik sirah Rasulullah dalam komentarnya. Ketinggian Islam jauh lebih tinggi dan penting daripada PAS. Bayangkan kalau semua mimbar masjid dibenarkan digunakan sebagai pentas politik, apa akan jadi?

Esok pembungan undi PRK Hulu Selangor. Insya-Allah, BN boleh menang.

Wednesday, April 21, 2010

Mentaliti Politik PAS Yang Semakin Pelik

Gambar olok-olok

Sejak akhir-akhir ini, ada semacam yang tak kena dengan PAS. Parti yang mengaku memperjuangkan syariah Islamiah ini kelihatan agak kelam kabut dan sesekali tersasar dalam tindak tanduk dan pendirian politik mereka.

Tak perlu pergi terlalu jauh, cukup saja kita ambil contoh mudah dah terhampir iaitu calon PRK Hulu Selangor. Calon ini dahulu pernah dicaci-mercakan oleh pimpinan PAS. Tetapi apa yang berlaku hari ini jauh berbeza. Calon ini ditatang ke hulu ke hilir semata-mata untuk memenangkannya dalam pilihan raya kecil kali ini. PAS bahkan sudah sanggup bermatian-matian dan berjihad menentang tentera kufar UMNO seperti yang diftawakan oleh Ketua Pemudanya.

Di luar saya pasti, ramai ahli PAS yang menggelengkan kepala dengan pendirian pucuk pimpinan mereka dalam hal ini. Tetapi bilangan yang meranduk membuta tuli dan enggan berhujah dengan pendirian tersebut sebenarnya lebih ramai sehingga sanggup melakukan apa saja atas nama perjuangan. Calon tersebut seolahnya mendapat pengampunan dari ulamak-ulamak PAS, jadi harus tidak boleh ditentang-tentang lagi oleh mana-mana ahli. Mesti terima. Pengampunan yang diberikan telah menyuci segala dosa calon tersebut dan beliau layak untuk duduk bersama PAS.

Dalam hal ini, suka untuk saya bandingkan dengan gelagat para Syiah apabila kita bercakap tentang style politik dalam PAS. Syiah amat mengutamakan baiah dan menaruh sepenuh keyakinan terhadap para Imam mereka yang ternyata sudah jauh sesat dari jalur sunnah Rasulullah. Apa yang dikatakan oleh Imam-imam mereka, itulah yang mesti mereka patuh tanpa boleh ditidak-tidakkan walau dengan sebarang hujah. Jika lawan, jatuh hukum kafir.

Jadi apa yang samanya dengan PAS? Mungkin ajarannya tak sama. Saya percaya PAS masih berjalur sunnah. Tetapi dari segi amalan politik dan siyasah, nampak ketara beberapa persamaannya. Misalnya, ahli PAS sentiasa percaya dan yakin pada kata-kata Tuan-tuan Guru mereka. Martabat Tuan-tuan Guru begitu ditinggikan meski pun dalam banyak hal, pada orang yang boleh menilai, masih ada simpang-siurnya. Dalam hal calon ini, kita lihat bagaimana ahli-ahli dan para penyokong PAS begitu mudah melupakan sejarah silam calon tersebut selepas pimpinan tertinggi mereka memfatwakan ‘boleh sokong’ kerana beliau sudah berubah. Satu saja pertanyaan, sejauh mana perubahan itu sudah berlaku dan apa jaminan ia tak akan berulang?

Kesimpulannya, mentaliti politik PAS sangat pelik.

Tuesday, April 20, 2010

Edisi Khas : Mengapa Kita Menolak Syiah [Bah. 4]

Imamamah dan Imam

Imamah atau khalifah menurut keyakinan Syiah adalah sebahagian daripada ushuluddin, atau salah satu rukun agama. Justeru sesiapa yang ingkar terhadap imamah maka orang tersebut akan menjadi kafir. Imamah menurut Syiah ialah kelanjutan atau kesinambungan daripada Nubuwwah. Pada waktu-waktu tertentu mereka sendiri tidak dapat membezakan antara imamah dan Nubuwwah. Mengikut pegangan mereka, imamah ditentukan oleh Allah sama seperti Nubuwwah atau kenabian. Justeru Syiah percaya bahawa Allah yang menentukan atau melantik orang yang akan memegang peranan imamah sementelah Nabi juga berwasiat kepada orang yang dimaksudkan sebelum baginda wafat.

Jalan pemikiran sebegini pertama kali dicetuskan oleg Abdullah bin Saba’. Maka Abdullah bin Saba’ diikuti oleh orang-orang Syiah dan mereka menyalahkan secara total terhadap tindakan ketiga-tiga Khalifah sebelum S. Ali yang mengangkat imam (ketua/khalifah) melalui jalan pemikiran atau musyawarah kaum muslimin.

Kaedah ini dianggap oleh orang-orang Syiah sebagai melawan atau menentang wasiat Nabi SAW. Justeru mereka menganggap ketiga-tiga khalifah tersebut telah murtad atau kafir dari jalan Islam termasuk juga kita semua kerana mereka percaya, semua pengikut jalan ini (sunnah) adalah kafir hingga ke hari Kiamat.

Padahal, S. Ali, yang diangkat sebagai imam Syiah yang pertama juga sebenarnya terlibat dalam perlantikan dan pemilihan tiga khalifah sebelumnya, dan beliau juga turut membaiah mereka serta tidak pernah menyampaikan tentang adanya wasiat daripada Nabi Muhammad SAW dalam urusan tersebut.

Sejarah juga ada mencatatkan sewaktu beliau diangkat mnjadi Khalifah setelah Uthman dibunuh kejam, beliau mengatakan bahawa orang-orang yang memilihnya adalah orang-orang yang memilih Abu Bakar, Umar dan Uthman. Siapakah yang ditakuti oleh S. Ali? Bukankah beliau itu Asadullah, Harimau Allah? Jika orang Syiah mengatakan S. Ali selama itu melakukan taqiyah, sehingga Al-Quran yang asli, yang sangat diperlukan oleh manusia pun beliau tidak berani mengeluarkannya maka memang jelas nyatalah Syiah sendiri telah menghina beliau, iaitu Imam mereka yang pertama. Jelas nyata jugalah bahawa Ahlus Sunnah Wal Jamaahlah yang sebenarnya yang mencintai Ahlul Bait, bukannya Syiah seperti yang didakwa oleh mereka.

Kedudukan Imam di mata Syiah juga sangat tinggi. Bahkan ada yang menyamakan Imam dengan Nabi di samping beranggapan bahawa Imam lebih tinggi darjatnya daripada Nabi sendiri. Bagi Syiah, Imam adalah segala-galanya. Lihat kenyataan-kenyataan berikut :

  • Imam Syiah adalah maksum, tidak melakukan dosa baik kecil mahupun besar, hatta bermaksud dosa (berniat jahat) juga tidak pernah. Imam tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak lupa. Justeru semua yang dikatakan oleh Imam wajib ditaati seperti sabda Nabi. Hakikatnya, konsep Imam sebegini bertentangan dengan realiti sejarah para Imam Syiah sendiri.
  • Imam-imam itu menerima wahyu. Bahkan mereka mengatakan bahawa imam-imam itu tidak bercakap-cakap kecuali dengan percakapan wahyu (Bihar Al-Anwar, 17/155).
  • Seorang Nabi disiksa kerana tidak menerima tawaran wilayah S. Ali. S. Ali berkata : “Bahawa Allah menawarkan wilayah (kedudukan) saya kepada penduduk langit dan penduduk bumi, maka ada yang mengakuinya (menerima wilayah saya) dan ada tidak mengakui. Nabi Yunus mengingkari wilayah saya, maka Allah tahan (penjarakannya) dalam perut ikan sampai Nabi Yunus menerima dan mengakui wilayah saya” (Bihar Al-Anwar, 26/282).
  • Al-Majlisi mencantumkan bab dengan judul : Bab bahawa Imam-imam itu lebih utama daripada para Nabi dan semua makhluk. Para Nabi, Malaikat dan semua makhluk diambil janji setianya (baiah) untuk Imam-imam, dan bahawa sesungguhnya di antara para Nabi ada yang menjadi Ulul’azmi kerana mereka mencintai Imam-imam (Bihar Al-Anwar, 26/267).
  • Ibnu Babawaih berkata : “Seandainya tidak ada mereka (para imam) maka Allah tidak akan menciptakan langit dan bumi, tidak pula syurga dan neraka, Adam dan Hawa, juga malaikat” (I’tiqadat Ibnu Babawaih, h.106-107).
  • Akhirat adalah milik Imam, beliau akan meletakkannya menurut perintah dan kemahuannya, memberikannya kepada orang yang dikehendakinya. Beliau boleh melakukan semua itu dari Allah sendiri.
  • Allah SWT menciptakan syurga daripada nur (cahaya) Hussein (Al-Ma’alim al-Zulfah, h.249).

Nota: Banyak lagi keterangan boleh ditemukan dalam kitab-kitab Syiah seperti Al-Fushulu Al-Muthimah fi Ushulil Aimah, Bihar Al-Anwar, Ushulul Kaafi, Mir’atul Anwar dan sebagainya.

Monday, April 19, 2010

Edisi Khas : Mengapa Kita Menolak Syiah [Bah. 3]

Syiah dan Hadis (Sunnah)

Syiah pada prinsipnya hanya menerima hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan melalui jalur Ahlul Bait. Sebaliknya, hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat yang bukan Ahlul Bait akan ditolak oleh mereka. Hal ini bermakna, Syiah telah membuang ribuan hadis Nabi SAW kerana seperti yang kita sedia maklum dari fakta sejarah bahawa S. Ali tidak selamanya mendampingi Nabi Muhammad. Beliau sebagai contoh pernah ditugaskan untuk menetap di Madinah ketika Rasulullah melaksanakan misi jihad bersama para sahabat yang lain. Saidinia Ali juga pernah ditugaskan ke Yaman. Hal ini bererti beliau tidak dapat mendengarkan hadis-hadis Nabi kecuali melalui para sahabat yang lain.

Hadis menurut pemahaman Syiah bukan hanya datang daripada Nabi Muhammad semata-mata, sebaliknya lebih banyak yang terbit daripada Imam-imam mereka sendiri. Syiah menganggap Imam mereka sebagai maksum dan setaraf dengan Nabi, justeru setiap perkataan yang keluar dari mulut Imam-imam mereka juga adalah hadis. Lebih dahsyat, orang Syiah juga percaya ‘hadis’ daripada Imam-imam mereka ialah firman daripada Allah SWT sendiri..

Abu Abdillah berkata : “Hadisku bererti hadis ayahku, hadis ayahku bererti hadis datukku, hadis datukku bererti hadis S. Hussein, hadis S. Hussein bererti hadis S. Hassan, hadis S. Hassan bererti hadis S. Ali, hadis S. Ali bererti hadis Rasulullah, dan hadis Rasulullah bererti firman Allah” (Al Kulaini/Al-Kaafi, 2/271-272).

Syiah juga menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bukan Ahlul Bait kerana mereka menganggap para sahabat itu telah murtad atau kafir seperti yang diterangkan sebelum ini. Syiah bahkan menganggap semua perkataan Imam-imam adalah hadis kerana mereka yakin bahawa syariat selepas kewafatan Baginda Rasulullah terletak di tangan Imam Dua Belas dan mereka juga berpendapat bahawa ucapan Imam Dua Belas adalah seperti sabda Nabi dan firman Allah SWT. Selain itu, Syiah turut percaya catatan-catatan Imam-imam mereka sewaktu menjawab sesuatu pertanyaan adalah hadis pada dasarnya. Oleh hal yang demikian, sumber hukum Syiah jauh berbeza dengan sumber akidah dan hukum Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Oleh kerana Syiah mewajibkan bahawa Imam mereka adalah maksum dan perkataannya sama dengan firman Allah SWT, maka mereka tidak perlu menyandarkan ucapan para Imam kepada Nabi. Abdullah Faiyadh dalam Tarikh al-Imamiyah halaman 14O mencatatkan seperti berikut : “Keyakinan bahawa Imam itu maksum, menjadikan semua hadis yang keluar dari mereka adalah sahih, maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah SAW seperti yang dilakukan oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah”.

Dalam masalah perawi hadis (pembawa asal hadis), Syiah mempunyai konsep yang sama sekali bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bagi Syiah, tidak diperlukan criteria-kriteria seperti dalam kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Yang penting ialah perawi tersebut mestilah Syi’I atau berpihak kepada Syiah. Oleh itu, tercetuslah banyak perbezaan dan perselisihan dalam hadis dan masalah keagamaan mereka, dan semakin bertubi-tubi jumlah hadis maudlu’ tanpa ada alat penyaring sebagaimana yang dimiliki oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Banyak perawi yang terdiri daripada orang-orang yang beraliran rosak seperti yang dilakukan oleh at-Thusi (Al-Fihris, 24-25).

Al-Faidlul Kusyi berkata : “Kau melihat mereka berselisih dalam sesuatu masalah sampai 20 pendapat, bahkan sampai 30 pendapat atau lebih. Bahkan kalau saya katakan : Tidak ada satu masalah far’iyah pun yang mereka tidak berselisih, paling tidak pada perkaitannya…” (Al-Wafi, al-Muqaddimah, m/s 9).

Sementara itu, dalam masalah banyaknya hadis maudlu’ dalam kalangan Syiah, al-Mughirah bin Sa’id, seorang perawi hadis Syiah berkata : “Aku telah memalsukan ke dalam hadis kalian, hadis-hadis yang banyak mendekati seratus ribu hadis” (Tanqihul Maqal, 1/174).

Jaafar Shadiq berkata : “Kami Ahlul Bait adalah orang-orang yang benar. Tetapi kami tidak boleh terlepas dari orang yang berbohong atas nama kita. Maka gugurlah kebenaran kita sebab pembohongan orang tersebut” (Rijal al-Kusyi, h. 108, al-Majlisi dan al-Bihar 25/363).

Perlu juga diketahui bahawa sejarah buku-buku acuan Syiah yang muktabarah dalam bidang hadis sangat jauh terkemudian dari masa Imam-imam mereka. Justeru bagaimanakah boleh dipercayai sesuatu riwayat yang tidak dicatat selama 11 hingga 13 abad? (Masalatu al-Taqrib, 2/284).

Jumlah hadis Syiah juga berkembang (semakin bertambah). Hal ini demikian kerana wujudnya hadis-hadis maudlu’ yang banyak. Lihat catatan berikut ;

Al-Kaafi pada tahun 460H terdiri daripada 30 kitab sedang pada tahun 1076H telah bertambah kepada 50 kitab.

Tahdzibul Ahkam menurut pandangan pengarangnya berisikan 5000 hadis tetapi menurut pandangan ulama Syiah pada masa sekarang kitab tersebut berisikan 13,590 buah hadis.

Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa Syiah ‘berkembang’ kerana keupayaan mengubah-ubah dan menambah-nambah ini. Pada waktu-waktu tertentu mereka dapat mengubah fahaman yang dianuti khususnya bagi melawan kritikan-kritikan yang ditimbulkan terhadap Syiah. Ia bukan hanya terhad dalam persoalan hadis bahkan turut berlaku dalam kitab-kitab tafsir Syiah sendiri. Mengikut catatan, terdapat sebuah kitab yang dianggap sebagai kitab pertama Syiah berjudul Salim Bin Qais tetapi kitab tersebut tidak mencatatkan siapakah pengarangnya sekali gus membuka ruang untuk ‘penambahbaikan’ (Masalatu al-Taqrib, 2/284).







Edisi Khas : Mengapa Kita Menolak Syiah [Bah. 2]

Syiah dan Al-Quran

Potret gambaran Imam Ali dan 11 Imam Syiah yang lain.

Mengikut ajaran Syiah, Al-Quran yang ada sekarang ini sudah diubah, ditambah dan dikurangi pada bahagian tertentu oleh para sahabat Nabi SAW. Al-Quran yang asli (lengkap) dipercayai oleh mereka berada di tangan S. Ali yang kemudiannya diwariskan kepada putera-puteranya dan kini berada di tangan Imam Mahdi al-Muntazhar (Ushul Madzahibi al-Syiah, 1/202).

Abu Abdillah berkata : “Bahawa surah al-Ahzab membuka keburukan wanita-wanita Quraisy. Surah itu lebih panjang daripada surah al-Baqarah tetapi telah dikurangi dan diubah oleh para sahabat” (Bihar al-Anwar, 89/50).

Abu Jaafar berkata : “Seandainya kitab Allah tidak ditambah dan tidak dikurangi, maka tidak akan tertutup hak kami bagi orang yang berakal. Dan apabila Imam Mahdi sudah datang, kemudian beliau berkata, maka akan dibenarkan oleh al-Quran” (Bihar al-Anwar, 89/55).

Ada orang bertanya kepada Amirul Mukminin iaitu S. Ali ra : “Bukankah al-Quran ini seperti yang diturunkan?” S. Ali lalu menjawab : “Tidak, telah dihapus dari al-Quran tujuh puluh dari orang-orang Quraisy dengan nama mereka dan nama ayah-ayah mereka, dan tidak disisakan kecuali Abu Lahab, untuk menghina Rasululllah, kerana Abu Lahab adalah bapa saudaranya” (Bihar al-Anwar, 89/60).

Abu Abdillah berkata bahawa : “Al-Quran yang dibawa oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ada 1000 ayat” (Ushulul Kaafi, 2/134). Jadi beliau menuduh para sahabat secara tidak langsung telah membuang atau merubah lebih kurang 10,000 ayat lebih.

Seorang ulamak Syiah, al-Khu-I berkata : “Tidak diragukan lagi bahawa Quran S. Ali berbeza dengan al-Quran yang ada sekarang ini, baik dalama susunan surahnya mahupun tambahan-tambahan yang tidak terdapat dalam al-Quran ini” (Al-Bayan, 1/223).

Menurut Syiah juga, al-Quran yang ada sekarang ini tidak dapat dijadikan pedoman (hujah) kecuali dengan juru tafsir, dan juru tafsirnya ialah S. Ali ra. Al-Thariqah telah mentafsir perkara ini sebagai tafsir kebatinan, yang hanya boleh dilakukan oleh S. Ali ra saja setelah Nabi SAW wafat.

Al-Kusyi berkata : “Tidak ada sedikitpun dari Al-Quran yang dapat kita buat pegangan”. Oleh hal yang demikian, atas dasar ini boleh saja terjadi bahawa tiap-tiap ayat sudah diubah, tidak sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Maka Al-Quran sama sekali tidak dapat dijadikan hujah atau pegangan. Maka tidak ada faedahnya dan tidak ada gunanya untuk memerintahkan mengikuti al-Quran ataupun memegang teguh dengan al-Quran dan lain-lain (Ash Shafi, 1/33).

Al-Mirza al-Nuri al Thabarsi menetapkan bahawa Al-Quran telah diubah. Oleh kerana itu dia mengarang sebuah kitab bernama Fashlul Khithab fi Itsbati Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab pada tahun 1292H.Al-Jazairi berkata : “Bahawa hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Al-Quran telah diubah mencapai dua ribu lebih”.

Dan masih banyak lagi ulamak Syiah yang mengatakan bahawa al-Quran telah diubah sekaligus menunjukkan kepada kita sejauh mana keyakinan mereka terhadap kitab suci Al-Quran yang kita pegang pada hari ini.

Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, orang yang meragukan keaslian satu kalimat saja daripada al-Quran, atau satu ayat saja daripadanya maka dia sudah menjadi kafir. Ia juga sama seperti berbohong kepada Allah SWT yang telah berfirman: “Kamilah yang menurunkan al-Quran itu, dan kami pula yang memeliharanya”.

Sunday, April 18, 2010

Edisi Khas : Mengapa Kita Menolak Syiah [Bah. 1]

Ajaran Syiah Yang Bertentangan Dengan Ajaran Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi SAW dan semua orang Islam yang mengikuti sahabat-sahabat baginda.

1. Berkata al-Majlisi : “Bahawa mereka (Abu Bakar, Umar dan Uthman) adalah perompak-perompak yang curang dan murtad, keluar dari agama. Semoga Allah melaknati mereka dan semua orang yang mengikuti mereka dalam bertindak jahat terhadap keluarga Nabi baik orang-orang dahulu mahupun yang kemudiannya” (Bihar al-Anwar, 4/385).

2. Abu Bashir berkata : “Sesungguhnya penduduk Makkah telah kufur kepada Allah secara terang-terangan, dan bahawa penduduk Madinah lebih hina daripada penduduk Makkah, lebih hina tujuh puluh (70) kali daripada penduduk Makkah” (Ushulul Kaafi , 2/410).

3. Pada masa Jaafar As-Shadiq, orang Syiah berkata tentang penduduk Makkah dan Madinah pada zaman keemasan Islam : “Penduduk Syam lebih hina daripada penduduk Rumawi (lebih hina daripada orang Nasrani), penduduk Madinah lebih hina daripada penduduk Makkah, dan penduduk Makkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terangan” ( Ushulul Kaafi, 2/409).

4. Al-Majlisi berkata : “Mesir menjadi negara yang paling hina pada masa itu (era kejayaan Islam) kerana penduduknya menjadi orang yang paling celaka dan paling kufur” (Bihar al-Anwar, 5/208).

Hal ini berlaku kerana mengikut catatan sejarah, Kerajaan Syiah Ismailiyah/Fatimiyah telah ditumbangkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi yang merupakan pengikut Sunnah sehingga mewujudkan perasaan dendam dan benci dalam kalangan orang Syiah terhadap pengikut Sunnah hingga ke hari ini.

5. Al-Kulani telah mentafsirkan sepotong ayat dengan maksud : “Bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman telah keluar (murtad) daripada iman mereka kerana tidak mahu mengangkat Saidina Ali r.a menjadi Khalifah setelah Rasulullah SAW wafat” (Ushulul Kaafi, 1/488).

6. Abu Jaafar berkata : “Semua manusia (kaum muslimin) menjadi Ahlul Jahiliyah (murtad) kecuali empat sahaja iaitu; Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar. Aku (perawi) berkata : Ammar termasuk? Abu Jaafar berkata : Kalau kau bermaksud yang murni (bersih) sama sekali maka mereka bertiga itu saja” (Tafsir al-Iyasyi, 1/199 dan Tafsir asy-Shafi, 1/389).

7. Al-Kulani menetapkan dalam bukunya Al-Kaafi, bahawa : “Setiap orang yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas, maka dia adalah kafir, sekalipun dia adalah keturunan Ali dan Fatimah” (Al-Kaafi, 1/372-374).

8. Al-Khomeini berkata dalam sebuah pidatonya yang terkenal tidak lama dahulu : “Aku katakan terus terang wahai saudara-saudaraku kaum muslimin di seluruh dunia, bahawa Makkah al-Mukarramah sebagai tanah haram Allah yang aman sedang diduduki oleh sekelompok manusia yang lebih hina daripada Yahudi”.

Sebelum itu, Khomeini menyebutkan bahawa apabila revolusinya sudah stabil maka dia akan mengeksportkannya (revolusi) ke Al-Quds, Makkah, Afghanistan dan negara-negara lain. Pidato beliau telah disiarkan di Suara Revolusi Islam.

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa ulamak-ulamak besar Syiah dan para pemimpin mutakhir mereka hingga ke hari ini masih menghukum dan melabelkan para sahabat Nabi SAW yang mulia dan sekalian orang Islam di dunia yang tidak mengikut jalan akidah mereka iaitu Syiah Rafidah atau Syiah Imamiyah Itsnaa Asyariyah sebagai kafir. Justeru tertolaklah pandangan segelintir kita yang cuba menganggap ajaran Syiah sama dengan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Saturday, April 17, 2010

PAS Di Persimpangan.

Saya membesar dalam sebuah keluarga pejuang UMNO yang berjuang sejak daripada zaman awal penubuhannya lagi. Arwah atuk merupakan ulama dan pejuang kemerdekaan yang disegani di tempat saya. Saya juga membesar dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik tetapi hidup harmoni. Keharmonian inilah yang mendewasakan saya sehingga mengenali apa itu UMNO dan PAS sebelum kemudiannya PKR dan DAP dan lain-lain parti.

Saya mengenali parti PAS secara dekat melalui masyarakat di tempat saya. Untuk ke masjid, saya perlu melintasi sebuah markas yang letaknya hanya beberapa meter saja daripada masjid tersebut. Dari situ, lama-kelamaan, saya mula berfikir, Islam bentuk apakah dalam PAS ini? Azan dilaungkan seiring dengan laungan di masjid saban waktu, jemaahnya pula berketayap putih sama seperti jemaah di masjid dan saya pasti, surah-surah yang dibacakan dan ilmu-ilmu yang dikuliahkan sama seperti yang berlaku di masjid tersebut.

Kemudian, saya mengenali PKR tidak lama selepas mantan Timbalan Perdana Menteri yang begitu saya kagumi dahulu, dipecat. Ketika itu, saya masih belajar di sekolah rendah dalam darjah lima. Cikgu-cikgu masuk ke kelas tetapi lebih seronok bercakap tentang reformasi. Saya ingat lagi, seorang ustaz yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan begitu saya minati dan sekelas pula dengan saya, telah ‘dihantar’ ke tempat lain kerana begitu taksub berpolitik, disusuli beberapa lagi siri pertukaran termasuk melibatkan bekas guru kanan sekolah.

Pada waktu itu, yang saya fikirkan ialah, kerajaan dan kementerian pendidikan sebenarnyalah yang zalim kerana menukarkan guru-guru sekolah yang begitu banyak berjasa dan disayangi murid-murid ke tempat lain semata-mata kerana mereka ‘mengajar’ tentang politik dan reformasi kepada budak-budak mentah seperti saya. Kesannya, pelajaran banyak yang terganggu sebelum kami ‘diselamatkan’ oleh guru besar baru yang lebih tegas. Guru-guru lelaki tidak lagi tuang kelas pergi ke kedai kopi di luar sekolah ataupun sibuk bereformasi di hadapan audiens kecil yang tak faham apa-apa seperti kami.

Pada waktu itu jugalah, saya sudah berani nanar memberontak dan membenci pihak kerajaan khususnya parti UMNO. Saya berasakan memang benar apa yang hendak direformasikan. Saya kagum sekali dengan pemuda-pemuda Melayu yang berucap membela Anwar Ibrahim, lebih-lebih kagum dan tersentuh melihat air mata isteri yang membasahi pipi Kak Wan. Saya selalu bertanya, apa salah Anwar dan keluarganya? Kemudian, saya semakin berani ‘berkelahi’ dengan ayah kerana hal tersebut tetapi ayah hanya diam dan langsung tak mengendahkan sebaliknya lebih banyak akhbar dibawa pulang ke rumah termasuk Harakah. Rumah saya juga sering menjadi tempat bersidang orang-orang kuat UMNO kampung. Hal ini ternyata membuatkan saya semakin membenci parti ini.

Pengalaman pilihan raya umum pertama saya ialah pada PRU 10. Ketika ini, banyak yang saya lihat dengan mata kepala sendiri. Reformasi masih kuat bergema dan ketika itu juga wujud kerjasama antara PAS dan ‘syaitan’ atas nama Barisan Alternatif, tetapi UMNO tetap utuh. Saya melihat kesungguhan jentera BN di kampung saya berkerja siang dan malam. Ayah sentiasa pulang lewat tetapi emak tidak pernah bising, sebaliknya turut membantu mengacip poster Ahli Parlimen kami ketika itu iaitu YB Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bersama kaum wanita yang lain. Kenapa UMNO masih kukuh? Saya merumuskan, sokongan penduduk kampung terhadap UMNO dan BN belum tergugah oleh gerakan reformasi dan percaturan Tun Mahathir ketika itu ternyata lebih bijak mengatasi serangan pihak pembangkang.

Pada pilihan raya 2004, ketika era Tun Abdullah, UMNO dan BN meraih kejayaan yang besar. Gelombang Biru bahkan hampir-hampir menenggelamkan arus hijau di Kelantan dan berjaya merampas Terengganu semula. Ketika ini juga, orientasi politik saya terhadap pembangkang semakin pudar khususnya selepas melihat sendiri bagaimana jentera PAS berkerja. Saya masih ingat, seorang penyokong kuat PAS (seorang tua) yang sememangnya ‘digeruni’ oleh penduduk kampung bertindak mencabut bendera-bendera BN yang dipacak di sepanjang bahu kiri di sebuah jambatan. Kerana lelaki itu membawa bersama sebilah parang, maka tiada siapa yang berani bertindak. Pihak polis juga hanya membiarkannya saja kerana sudah faham akan sikap lelaki tersebut. Bendera-bendera PAS di bahu kiri pula terus megah berkibar.

Pun begitu, pada pilihan raya umum baru-baru ini, saya tidak dapat ‘bergiat aktif’ kerana sudah terikat dengan AUKU. Tetapi sempat juga pulang pada hari raya tersebut kerana mahu merasai kemeriahannya. Calon Ahli Parlimen dari BN sudah berubah, begitu juga kawasan DUN sudah dipecahkan kepada DUN Selama, DUN Kubu Gajah dan DUN Batu Kurau. Berkat usaha gigih semua pihak, kesemua kerusi dimenangi oleh BN. Ahli Parlimen Larut juga telah dilantik menjadi Timbalan Menteri, satu pengiktirafan selepas sekian lama Larut memastikan kawasan parlimen ini tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang.

Namun semakin banyak cerita tidak sedap tentang penyokong-penyokong PAS kedengaran. Antara yang benar-benar mengejutkan saya ialah, pengerusi persatuan belia kampung telah bertukar kapal. Cerita sahih kemudiannya terdedah juga iaitu beliau sudah ‘dibeli’. Tetapi kerana akrabnya hubungan masyarakat kampung, hal ini hanya didiamkan saja. Tak cukup dengan itu, satu lagi ‘insiden’ yang memilukan berlaku apabila sebuah markas penyokong PAS yang dibina oleh kaum India menghidangkan minuman keras. Penyokong-penyokongnya pula ramai yang berketayap dan boleh bertakbir sewaktu berkonvoi atau berkempen. Semua ini berlaku kerana janji yang ditabur oleh calon Ahli Parlimen dari PAS yang juga merupakan bekas orang kuat UMNO sendiri yang kecewa untuk membina kuil Hindu jika beliau menang.

Semua ini semakin ketara mewujudkan persepsi dalam diri saya bahawa PAS hanya menunggang nama Islam untuk meraih cita-cita kuasa mereka. Politik itu kuasa dan ia sentiasa berkaitan dengan kuasa. Tujuan PAS selama ini jelas sekali adalah untuk mendapatkan kuasa. Sudah banyak yang dapat disaksikan apabila kita mahu bercakap tentang proses perubahan yang berlaku dalam PAS khususnya pada alaf baru ini. PAS sendiri wujud atas sifat kecewa, justeru tidak hairanlah jika orang-orang yang kecewa bertindak melampaui batas-batas agama dan budaya meskipun mereka berserban dan berkopiah kerana fitrah orang kecewa sering dicemari hasad, lebih-lebih lagi bila ia bersangkut dengan dendam kesumat.

Kejadian di sebuah masjid di Perak pada hari Jumaat lepas seperti yang dilaporkan oleh media menyerlahkan lagi diri dan wajah PAS yang sebenar. Mungkin keterlaluan untuk ‘menghukum’ PAS kerana ia hanyalah sebuah parti politik yang mempunyai cita-cita dan matlamat. Tetapi tangan-tangan dan suara-suara ahlinyalah yang telah mencemarkan imej PAS. Kita lihat bagaimana mereka begitu ghairah dan seronok meluahkan amarah di hadapan masjid yang merupakan rumah Allah SWT. Kita dapat lihat sendiri betapa tegarnya mereka melunaskan dendam. Semua ini berlaku kerana dalam hati mereka sudah tertanam kukuh perasaan benci, dendam dan amarah yang meluap-luap, baik lelaki mahupun wanita.

Malangnya, mereka hanya berani apabila yang ditentang itu ialah UMNO. Siapa UMNO? Tak lain tetapi bangsa seagama dengan mereka sendiri, yang sama-sama bersolat di masjid tersebut dan masjid-masjid lain di negara ini. Tetapi kenapa meraka hanya berani berhadapan dengan UMNO? Mana suara mereka apabila ‘syaitan’ yang menjadi sahabat mereka berkata bahawa ‘langkah mayat saya dahulu jika mahu wujudkan negara Islam’? Bahkan, mana pergi perjuangan mereka untuk membina sebuah daulah Islamiah? Sudah terkuburkah? Mana pergi perjuangan Hudud dan Qisas bahkan?

PAS seolah-olah sudah teruk ditunggang oleh sahabat-sahabat mereka dalam Pakatan Rakyat. Lihatlah ketika kerajaan PR tumbang di Perak, yang paling lantang ialah penyokong-penyokong PAS malah sampai sanggup berbaring di jalan raya yang tentunya kotor dan hina. Malangnya kuasa yang mereka cuba pertahankan itu bukanlah kuasa mutlak mereka, sebaliknya milik ‘syaitan’ besar yang telah mempermainkan iman mereka selama ini. Inikah perjuangan sebuah parti yang kononnya mendokong Islam? Beginikah contoh teladan yang hendak ditunjukkan kepada daie-daie muda, anak-anak muda dan seluruh dunia Islam?

Dalam isu 1Malaysia dan APCO, jelas sekali PAS sudah keliru dengan teruk. PAS gagal memahami isu ini dengan hati dan minda yang lapang, sebaliknya keras menolak berita yang benar apabila disampaikan kepada mereka. Telur busuk yang dibaling di hadapan masjid itu sebenarnya adalah kebodohan-kebodohan dalam diri mereka sendiri. Tidakkah mereka boleh melihat dengan hati yang waras akan hubungan akrab antara Anwar Ibrahim dan sahabat-sahabat Zionisnya di Barat? Gambar sudah berpuluh didedahkan, bahkan cerita-cerita yang sahih sudah beratus kali didedahkan. Adakah penyokong PAS sengaja membutakan hati mereka? Sudah tentu itu satu dosa yang berat jika benar.

PAS sendiri ibarat menjilat kahak yang pernah mereka ludahkan ke muka calon PR di Hulu Selangor dahulu. Calon tersebut dahulunya pernah menentang keras usaha kerajaan PAS Kelantan menggazetkan Hudud di negeri tersebut sehingga ke peringkat saman-menyaman atas nama hak asasi manusia. Calon itu juga yang pernah ‘membenarkan’ gejala murtad atas nama kebebasan beragama manusia. Hidup calon ini bahkan sangat berbeza dengan amalan PAS, tetapi kerana hari ini beliau berada dalam kem Pakatan, maka PAS memilih untuk ‘menyokong’ calon ini menentang BN yang disifatkan sebagai zalim dan kejam terhadap Islam selama ini. Beginikah wajah sebenar PAS?

Pasti ramai yang faham kenapa calon ini dahulu begitu keras menentang Hudud dilaksanakan di negerinya itu. Mungkin kerana tidak mahu gaya hidup elitis dan liberalnya terkongkong. Tetapi apabila melihat fungsi dan orientasi perjuangan PAS semakin hari semakin longgar dan bernada liberal juga, maka calon ini sudah boleh bermesra dengan parti tersebut. Begitu jugalah PAS, sudah boleh menerima ahli baru ini dalam ‘keluarga majmuk’ mereka. Atas nama politik, semuanya boleh termasuk berpelukan dengan ‘syaitan’.

Saya percaya, masa untuk PAS berubah akan sampai, lambat-laun. Ahli-ahli PAS akan sedar bahawa penglibatan mereka dalam Pakatan Rakyat ialah satu kesilapan taktikal yang perlu diperbaiki. PAS akan lebih kuat dan gagah jika mereka tegas dengan prinsip perjuangan sendiri dan tidak nampak terlalu bergantung kepada sokongan daripada parti lain. Sokongan kepada PAS akan menjadi lebih jitu jika parti ini benar-benar berjuang menegakkan Islam dalam erti kata yang sebenar melalui proses demokrasi yang betul tanpa sebarang bentuk kekerasan dan provokasi murahan seperti yang berlaku pada hari ini.

Saya juga percaya, UMNO tidak pernah mahu bermusuh dengan PAS ataupun menolak Islam dan perjuangannya. UMNO itu Melayu dan Melayu itu Islam. Teras utama UMNO selama ini ialah prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam. Bezanya cuma kerana UMNO tidak meletakkan apa yang dicita-citakan oleh PAS selama ini dalam perjuangannya kerana beberapa keadaan, bukannya bermakna UMNO menolak terus Islam. PAS sendiri sudah terbukti terpaksa bertolak ansur dengan ‘rakan-rakannya’ apabila tiba soal menegakkan daulah dan undang-undang Islam, sedangkan hal ini telah lama dilalui oleh UMNO sekali gus mematangkan parti keramat ini berbanding PAS. UMNO sendiri sebenarnya sudah berjaya menegakkan Islam di negara ini apabila meletakkan ia sebagai agama rasmi federal dalam Perlembagaan Persekutuan. Toleransi beragama yang dibawakan oleh UMNO ini jelas selari dengan tuntutan sebenar dalam Islam.

Seperkara, PAS juga tidak boleh terus-terusan mendabik dada kononnya Islam yang diamalkannya ialah Islam yang syumul sedangkan UMNO itu Islam yang sesat. Rakyat tidak boleh terus dikaburkan dengan pernyataan begini kerana adalah jelas, kualiti iman seseorang bergantung pada nilai takwanya sedangkan, takwa itu ternilai pada neraca timbangan Allah SWT, bukannya PAS. Kita sendiri boleh melihat berapa banyak akhlak dan akidah para penyokong PAS di peringkat akar umbi yang rosak, justeru bagaimana pemimpin-pemimpinnya boleh mendakwa sedemikian? Persoalan akidah tidak harus menjadi modal politik kerana ia bersifat amanah yang mesti dipikul secara dakwah oleh semua umat mukmin, bukannya dipolitikkan di pentas-pentas ceramah sehingga menjadi lelucon pula.

Kepada PAS, kembalilah kepada perjuangan anda yang asal jika benar anda mahu menegakkan Islam. Anda lebih mulia jika istiqamah dengan perjuangan sendiri tanpa bersengkongkol dengan ‘syaitan’ dalam PR.

Saman je tahu



Khalid mahu saman Mufti Perak

KUALA LUMPUR 15 April - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria kerana mendakwanya tidak beriman seperti yang disiarkan akhbar tabloid Selangor Kita bulan lalu.

Beliau berkata, berikutan laporan dan kenyataan Harussani yang tidak berasas itu, ia telah memberi kesan dari segi persepsi masyarakat ke atas dirinya dan keluarga.

"Saya memberi tempoh seminggu kepada Harussani untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar tabloid Selangor Kita edisi Mac 2010.

"Jika tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa saya tidak beriman itu, saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Khalid, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang mufti kerana ia dibuat tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu.

"Harussani tidak mendapatkan penjelasan dari saya berhubung kenyataan saya sebelum ini mengenai isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor.

"Beliau seolah-olah membuat fatwa berdasarkan laporan akhbar dan khabar angin. Apa yang saya katakan ialah kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor adalah satu peraturan, ia bukan ditetapkan al-Quran, sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," katanya.

Ulasan Saya

Baru-baru ini, seorang bekas mufti mengusulkan saman ke atas seorang tokoh agama kerana sedikit masalah yang meilbatkan kepentingan individu terbabit.

Bagai satu trend, tup-tup hari ini dalam satu kes yang berasingan, kedengaran pula usul mahu saman dari seorang tokoh agama terhadap seorang mufti yang cukup dikenali iaitu Shahibul Samahah Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Kita boleh terima jika ada asasnya. Kita juga boleh terima jika kaedah ini diyakini boleh memberikan keadilan. Kedua-dua belah pihak juga tentu mengetahui implikasi yang akan timbul, kerana masing-masing secara peribadi pastinya tahu siapa yang benar.

Tetapi ia akan menjadi satu fenomena yang menjengkelkan apabila melibatkan tokoh-tokoh masyarakat seperti kedua-dua mereka. Baik Ahli Parlimen terbabit mahupun Mufti Perak sendiri, kedua-duanya dikenali sebagai tokoh Islam di negara ini yang memegang pelbagai kepentingan dalam masyarakat, justeru, di mana letaknya kredibiliti individu seperti ini apabila ia mesti berakhir dengan ‘perbalahan’ di mahkamah?

Kita tidak menolak proses kehakiman bagi menyelesaikan masalah sebegini, tetapi bukankah lebih molek jika jalan yang lebih utama dianjurkan oleh Islam didahulukan? Apakah niat sebenar untuk menyaman ini adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran atau sengaja dipilih cara ini atas dasar dendam politik bagi membolehkan lebih banyak aib didedahkan, dan lebih banyak ruang perdebatan diwujudkan? Pada saya, inilah yang dikatakan menjengkelkan.

Friday, April 16, 2010

Kencing Berlari

Amerika akan terus ikuti kes Anwar

WASHINGTON 15 April - Amerika Syarikat (AS) akan terus mengikuti perkembangan kes liwat pemimpin pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun hubungan dua hala AS-Malaysia, semakin baik.

"Saya ingin jelaskan bahawa kedua belah pihak cuba untuk tidak mengenepikan isu tersebut kerana ia akan melibatkan perbincangan, mungkin juga kesukaran dan cabaran, di mana hubungan yang baik mampu berhadapan dengan isu tersebut.

"Di sini saya juga ingin katakan bahawa Anwar sangat dikenali, beliau juga mempunyai ramai kawan bertaraf tinggi di AS yang sangat mengambil berat tentangnya dan kami mahu proses kehakiman yang adil selain terus memerhatikan perkara ini," kata Penolong Setiausaha Hal Ehwal Negara-Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Anwar berhadapan perbicaraan berhubung dakwaan liwat dengan seorang bekas pekerjanya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pemimpin pembangkang berusia 62 tahun itu menyifatkan, perbicaraan kes liwat tersebut yang boleh memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan, merupakan satu komplot untuk mengakhiri karier politiknya.

Beliau dipecat pada 1998 atas dakwaan liwat dan rasuah, namun dibebaskan pada 2004 selepas mahkamah membatalkan dakwaan salah laku seksual.

Satu kumpulan AS, Pemerhati Hak Kemanusiaan mendesak Malaysia menggugurkan dakwaan liwat tersebut dengan mengutuk kes itu sebagai 'penghakiman palsu'.

Perbicaraan itu dimulakan awal tahun ini dan dijangka berakhir 10 Mei depan.

Campbell yang berucap pada satu forum tentang hubungan AS-Malaysia bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kes Anwar disebut Isnin lalu semasa pertemuan Presiden Barack Obama dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis sampingan sempena sidang kemuncak nuklear.

Najib semalam turut menyampaikan ucapan pada forum tersebut yang dianjurkan Pusat Strategik dan Pengajian Antarabangsa di Washington. - AFP

Ulasan Saya

Sebelum ini ramai penyokong Anwar yang susah nak percaya dengan cerita keakraban dan keintimannya dengan orang asing khususnya di Amerika Syarikat dan Britain. Jika diberitahu, balas mereka, ia hanyalah cerita yang diada-adakan untuk memburukkan imej Anwar. Paling ramai tertipu pastinya orang-orang kampung yang terhad akses maklumat mereka.

Tetapi hari ini, jika mereka membaca akhbar Utusan Malaysia di ruangan Luar Negara, pasti mereka akan terkedu kerana jelas, seorang pegawai tinggi di AS sendiri yang mengakui wujudnya amalan ‘ambil berat’ terhadap Anwar di negara sekutu kuat Israel tersebut dan Barat sendiri umumnya.

Anwar memang diakui kerap ke luar negara dan dia sendiri begitu bangga melaporkan kegiatannya di sana dalam blognya. Semua rakyat sudah tahu dan boleh menilai. Masalahnya, di kampung-kampung masih ramai yang enggan menerima hakikat ini. Ramai yang menganggap Anwar adalah tokoh pemimpin tempatan yang unggul ciri-cici Islamnya, justeru mana mungkin Anwar sanggup bersahabat dengan musuh-musuh dunia Islam.

Jumudnya pemikiran dan tanggapan begini berlaku kerana Anwar sendiri berjaya membina persepsi umum bahawa dia ialah tokoh yang sering teraniya dan menjadi mangsa pelbagai konspirasi. Lebih dahsyat, dunia turut termakan tipu helahnya. Lihatlah bagaimana AS begitu percaya Anwar tidak bersalah sehingga sombong dan angkuh menuntut kes liwatnya digugurkan tanpa memberi ruang kepada keadilan untuk ditegakkan.

Inikah yang dikatakan sebagai keadilan? Kita sudah tentu tidak boleh menerima budaya mereka yang membenarkan amalan songsang atas nama hak asasi manusia. Soal liwat bukan soal main-main dan boleh dijaja-jaja begitu mudah di dunia Islam. AS perlu sedar hakikat ini dan menghormati proses perundangan negara lain, lebih-lebih lagi di negara berdaulat seperti Malaysia.


Jika ada lagi selepas ini orang Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam yang seronok membaca kenyataan-kenyataan bangang daripada orang asing begini, maka jelaslah, mereka juga bangang dan sudah teruk ditipu sehingga tepu akal fikirannya. Cerdik sungguh Anwar. Anda boleh tipu orang asing berapa kali pun tapi anda tidak boleh terus menipu kami di sini.

Wednesday, April 14, 2010

Zaid Bukti Keangkuhan PR


Saya memetik laporan daripada blog Papa Gomo berhubung pencalonan Zaid Ibrahim sebagai wakil PR di Hulu Selangor. Selepas membacanya, kesimpulan saya mudah, Pakatan semakin angkuh dan sombong untuk mengejar impian ke Putrajaya.

Hulu Selangor adalah contoh tipikal keghairahan para pemimpin parti-parti dalam PR untuk menumbangkan kerajaan BN yang dipilih secara sah pada hari ini. Dalam keghairahan itu, mereka sering saja bertindak melangkaui hasrat rakyat bawahan tetapi pada masa yang sama, menunggangi golongan ini untuk meraih undi.

Angka 5000 orang yang hadir seperti yang dilaporkan oleh Papa Gomo juga tidak mengujakan berbanding 1500 yang keluar sebaik saja nama Zaid diumumkan sebagai calon dalam majlis tersebut. Ceramah-ceramah yang dihadiri oleh ketua-ketua parti PR memang biasa mendapat sambutan hangat kerana penyokong mereka suka mendengar retorik-retorik yang disampaikan.

Tapi jika benar seperti yang dilaporkan bahawa 1500 orang telah keluar dari dewan, pada saya itu adalah satu simbolik kesedaran yang ditunjukkan secara langsung kepada pemimpin-pemimpin parti PR. 1500 itu sudah tentu penduduk tempatan. Kenapa mereka bertindak sedemikian? Kerana mereka sedar, Hulu Selangor ialah tempat mereka tetapi ia hanya dipergunakan oleh pemimpin tertinggi parti untuk mengejar cita-cita politik yang masih kabur.

Di Kulim, sudah ada gelombang kesedaran besar. Sudah ramai yang bertindak keluar dari keangkuhan PKR. YB mereka dipersalahkan kerana tak jenguk kehidupan anak-anak tempatan yang telah memilihnya dahulu. Di tempat-tempat lain juga mungkin hal yang sama sedang berlaku. Ia akhirnya membawa kita kepada akar punca iaitu kesilapan memilih calon kerana terlalu ghairah mengejar angan-angan tersebut.

Harapan saya semoga penduduk di Hulu Selangor dapat membuka mata mereka dan menginsafi kesilapan lalu. Seburuk-buruk BN pun, ia hanyalah persepsi akibat fitnah yang tak sudah-sudah daripada jentera PR. Sedangkan BN sudah membuktikan kemampuannya memerintah negara sehingga kita mampu hidup makmur pada hari ini. BN sudah melalui banyak ujian dan perubahan demi perubahan terus dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. Hulu Selangor mesti diserahkan semula kepada BN.



Thursday, April 8, 2010

PM Yang Buat Keputusan, Ikut sajalah

Jika dihitung dicongak, BN sudah pun tewas di Hulu Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan blogger, orang Hulu Selangor mahu BN letakkan calon dari kompenan UMNO, bukan MIC seperti yang diumumkan. Tetapi calon sudah ditetapkan dari kompenan mana, jadi apa yang akan berlaku ialah pertandingan. Lawan tetap lawan.

Agak menarik bila PM selaku ketua BN berani meletakkan ‘calon bukan pilihan’ dalam PRK ini tatkala sokongan sudah dilihat kembali kepada BN. Ia dilakukan selepas Presiden MIC terlebih awal bersuara, diikuti kemudiannya walkabout mesra PM sendiri ke Parlimen tersebut.

Yang menuntut ialah Presiden MIC, yang mengumumkan ialah TPM dan yang memutuskan ialah PM. Ini kerja pemimpin-pemimpin tertinggi negara. Sudah pasti mereka tahu implikasinya. Dalam pertandingan sebegini, antara dua saja yang sedang menanti, kalah atau menang. Tak mungkin PM mahu kalah, sama juga PKR. Yang kita pasti, PM kita orang cerdik dan berkuasa mengemudi strategi yang bakal dilaksanakan kelak.

PM tentu juga akan mengoptimumkan penggunaan senjatanya - 1Malaysia. Parlimen ini adalah kawasan majmuk yang ketara sekali nisbah komposisi penduduknya. Justeru hanya idea dan gagasan 1Malaysia yang akan menguatkan perjuangan BN dalam PRK kali ini, pertama seumpamanya di Selangor pasca PRU 12. Sudah tentulah PM bersedia bila diputuskan MIC yang akan bertanding.

Kuatnya BN adalah kerana ia mewakili sejumlah besar parti kompenan. Bayangkan jika kekuatan ini benar-benar digunakan di Hulu Selangor. Bayangkan jika MIC disokong secara padu oleh UMNO, MCA, Gerakan, dan parti-parti lainnya. Makkal Sakti mampu menjulang BN pastinya.

Jadi pada saya, kalau UMNO tak bising-bising, eloklah para blogger yang lain pun tak bising-bising. Kita seharusnya mewajarkan sebab musabab pilihan PM ini. PM adalah ketua kita, pemimpin negara ini. Kalau cakap PM kita tak hendak dengar, cakap siapa lagi? Susahlah kalau semua nak bertegas dengan pendapat masing-masing.

Sunday, April 4, 2010

Nasib Anak-anak Melayu Di Tangan Menteri-menteri Melayu

Gambar olok-olok

Tidak ada yang lebih menggembirakan apabila melihat PERKASA semakin gagah perkasa dan Utusan Melayu semakin prihatin dengan nasib dan masa depan anak-anak Melayu di negara ini. Kempen Selamatkan Mereka (maaf jika silap) pada saya adalah momentum penting yang akan menggerakkan kesedaran bangsa Melayu, sedikit demi sedikit.

Namun, ketika turun ke Kompleks Bukit Jambul petang tadi bersama teman, saya berasa seperti dipermainkan. Hati menjadi remuk redam melihat ramai sekali anak Melayu yang naik ke pentas, berbaris menunggu giliran, semata-mata untuk merebut gelaran KBJ Idol. Saya tak nampak langsung kelibat anak-anak Cina, India dalam program ini.

Bukanlah niat saya hendak mempertikaikan hak individu dan masyarakat melakukan aktiviti riadah sedemikian, yang legal pula. Tetapi kenapa mesti setiap kali dianjurkan program sedemikian, muka anak bangsa sendiri yang paling terhegeh-hegeh terkial-kial di atas pentas? Sampai bila kita mesti jadi hamba hedonisme? Sampai bila kita mesti jadi hamba eksploitasi? Relakah kita terus-terusan diperguna oleh sistem kapitalis yang hanya mengenyangkan mereka yang sudah kaya-raya?

Barat jahanam kerana dasar dan sistemnya yang gagal. Anak bangsanya pula hanyut dengan kelalaian dan keseronokan yang mereka ciptakan sendiri. Hedonistik mengambil alih kemurnian sistem sosial yang sepatutnya melestarikan kehidupan sejagat. Hari ini, ia sudah merebak ke sini. Yang membawanya siapa? Saya pasti, KBJ Idol bukanlah idea daripada orang Melayu kerana ia melibatkan kos yang besar. Sama juga seperti Akademik Fantasia dan sebagainya lagi. Tetapi atas nama hiburan dan mengetengahkan bakat semula jadi, kita rela diperhambakan dan dipergunakan.

Mungkin sudah sampai masanya Menteri-menteri Melayu di Kabinet mula serius memikirkan nasib dan hala tuju anak-anak muda seperti ini. Usah difokuskan lebih-lebih kepada mereka yang tahap akademiknya cerdik-cerdik dalam peperiksaan besar-besar. Di luar sana, ramai yang sedang hanyut dan hilang arah.

Tentera Kufar daripada Golongan Munafikin Melayu?

Dunia Barat tak pernah mengakui bahawa ketamadunan mereka telah lama runtuh di sebalik rancaknya pembangunan yang sedang dibina dan New World Order ciptaan kufar Amerika juga telah menemui kegagalan. Mereka enggan mengakuinya, kerana jika mereka mengakui maka mereka juga sebenarnya memahami bahawa sistem kehidupan yang berteraskan sekularisme dan kapitalisme, yang dahulunya dibentuk supaya mampu menggantikan sistem komunisme oleh Soviet, adalah sistem yang gagal sama sekali.

Jika mereka mengakui hal ini,maka tidak dapat tidak, mereka harus juga menerima hakikat bahawa satu sistem baru yang jauh lebih baik dan seimbang dalam segala aspek, adalah amat-amat diperlukan ketika ini. Sistem itu tentunya sistem yang berteraskan kehidupan beragama, yang memurnikan amalan-amalan sebagai manusia yang insani, tetapi agamakah yang paling sesuai kecuali Islam? Inilah hakikat yang mereka lemas untuk menerimanya. Kristianisme bukanlah opsyen terbaik dalam hal ini.

Malangnya hari ini, kita sendiri sebagai umat Islam dapat melihat betapa ramainya saudara seagama yang begitu terhegeh-hegeh bersahabat dengan kufar musyrikin ini sehingga sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara sendiri semata-mata mahu mendapatkan kuasa? Segalanya menjadi begitu rendah nilainya pada mata mereka. Tidakkah golongan ini sedar mereka sebenarnya sedang menjerumuskan diri dan keluarga bahkan seisi negara ke dalam perangkap yang dipasang?

Kepada golongan ini, segeralah insaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...