Followers

Saturday, June 6, 2009

‘Kerajagaan’ Yang Bakal Dilupakan

Keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan semula kerusi empuk MB Perak kepada Pakatan Rakyat ternyata mengejutkan, sekurang-kurangnya buat seketika, dan menggembirakan juga, kepada para penyokong mereka. Tidak disangka-sangka akhirnya apa yang ditaburkan oleh pemimpin mereka dalam setiap siri ceramah dan penerangan yang dilakukan menjadi benar nyata.

Dan untuk seketika juga, Mahkamah Rayuan memulangkan semula keempukan kerusi tersebut kepada BN. Individu yang bertuah melabuhkan dirinya di kerusi tersebut tentunya lawan si MB Pakatan Rakyat. Semua sudah tahu akan hal ini. Inilah keajaiban politik. Meskipun ia politik dan yang menentukan corak warnanya ialah rakyat, namun ada ketikanya, kuasa perundangan lebih berhak memuktamadkan siapa yang layak untuk diletak pada kedudukan selaku pemimpin dan siapa pula yang perlu dinyahkan.

Kita lupakan dahulu keputusan tersebut kerana siapa pun yang menang, cerita politik dan demokrasi di Perak tidak akan senyap dengan mudah sehinggalah pilihan raya umum akan datang. Dan inilah ajaibnya mainan politik di Malaysia apabila sentimen menjadi modal paling ampuh sebagai daya pendesak menjatuhkan lawan. Maka kita dapat lihat aliran-aliran ini saling bertentangan. Sentimen menongkah legislatif. Emosi melawan kuasa perundangan.

Pun begitu, sayugia juga untuk diajak para pembaca menyorot kembali, secara sempat dan sepintas lalu, akan kisah-kisah drama politik yang pernah dimainkan oleh MB Nizar sebelum beliau dititahkan meletak jawatan (ulang suara: dititahkan meletak jawatan). Semasa beliau menjadi MB, Nizar telah membuat banyak keputusan yang tidak adil terutamanya terhadap kaum Melayu dan India di Perak, antaranya:

1. Pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru. Untuk siapa? Orang-orang Cina. Dan untuk makluman sebanyak 19 geran hak milik telah pun sempat dikeluarkan. Nilaiannya? Pertama, sila hitung pada nilai semasa, dan kedua, selepas 999 tahun. Dan untuk India? Melayu? Rasanya ramai lagi yang merempat menumpang melukut di tanah air sendiri. Di Bukit Gantang pun khabarnya ramai.

2. Perancangan pemberian tanah kepada sekolah PERSENDIRIAN Cina sebanyak 1000 hektar. Masih perancangan dan bakal disusuli dengan tindakan jika keputusan Mahkamah Persekutuan kelak memihak kepada mereka. Hindraf tidak berhajat samakah? Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok tassawuf persendirian? Nizar belum dapat senarainya barangkali, atau tidak sempat? Atau bakal? Semoga lebih adil.

3. Mengunci sekolah TABIKA KEMAS dan dewan-dewan serbaguna. Pernah diulas isu ini. Rasanya tak perlu dibincangkan lagi, cuma sekadar renungan sahaja.

4. Dasar parti campuran atau mudah sebutnya, Pakatan Rakyat di Perak sebenarnya didalangi DAP. MB Nizar hanyalah pak turut, atau dalam bahasa yang lebih kelas, BONEKA. Hal ini demikian kerana, DAP sememangnya menuntut jawatan MB kerana dalam Pakatan Rakyat di Perak, merekalah yang paling banyak kerusi berbanding PAS dan PKR. Namun kerana Sultan masih paling utama di negeri ini, maka mahu atau tidak, DAP terpaksa merelakan jawatan penting tersebut diserahkan kepada PAS, atau dalam erti kata perundangan, untuk Melayu. Pun tentu, ia tidak semudah yang disangka kerana DAP mahukan MB itu kelak ialah yang boleh mendengar kata dan menurut perintah. Jadi siapa sebenarnya Tuan dan siapa pula Kerajagaannya? Siapa bosnya dan siapa pula kulinya?

5. Ketika demonstrasi jalanan galak digerakkan, siapa kaum dominannya? Ternyata, orang Melayulah yang paling riuh bertempik bersorak bertempur. Hakikatnya, ini bukan budaya rakyat Malaysia apatah lagi orang Melayu sehinggalah ia dipelopori oleh DSAI suatu ketika dahulu dan terus menjadi ‘trade-mark’ partinya sebelum berlaku ‘joint-venture’ secara aktif oleh penyokong-peyokong PAS yang pastinya Melayu dan Islam. Jika benar parti-parti ini sepakat seiya sekata, mengapa kaum lain tidak turut serta semasa demonstrasi ini dilakukan? Sama ada sedar atau tidak, orang-orang Melayu tersebut telah dipergunakan dan kononnya, demi Nizar.

6. Nizar juga terpengaruh dengan perjuangan DAP yang ingin menghapuskan Institusi Raja dan menubuhkan sebuah negara Republik melalui Malaysian Malaysia. Bunyinya hebat bukan? Tapi malang jika Melayu tidak nampak hal-hal yang tersirat. Sila bertandang ke negara jiran jika berhajat melihat pelaksanaannya. Apakah DAP lupa pada sejarah bahawa negara ini asalnya milik siapa dan siapa pula mereka untuk menuntut yang demikian itu? Apa bukti pernyataan bahawa Nizar sedang terpengaruh dengan agenda besar tersebut?

Barangkali rakyat belum lupa dengan klausa “Patik mohon derhaka” yang ternyata berlawanan sama sekali dengan ikrar sumpahnya semasa menjadi Adun dan MB dahulu, iaitu: “Sesungguhnya saya Mohd Nizar bin Jamaluddin bersumpah akan taat setia kepada Sultan”, sekali gus melanggar sumpah tersebut seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak Perkara 47 (1). Hal ini juga menunjukkan betapa Nizar tidak adil terhadap orang Melayu yang pernah memberikan undi kepadanya.

Kepada kita, renung-renungkanlah. Apakah layak kita bertuankan lelaki ini? Misalnya, untuk perkara 1 dan 2 di atas, kita boleh berfikir secara rasional adakah keputusan-keputusan tersebut datang daripada seorang MB bernama Nizar? Hal ini bukan lagi menjadi rahsia sebaliknya telah diriuhkan dalam kalangan rakyat di seluruh negara dan telah pun dibincangkan oleh kebanyakan bloggers yang lain. Ambil masa dan renung-renungkan supaya nampak jalan yang benar.

Satu hal yang kita harus bimbang ialah jika wujud tangan dan suara ghaib di kiri dan kanan individu ini seperti yang pernah berlaku terhadap Gus Dur di Indonesia suatu ketika dahulu. Kesannya tidak banyak yang baik. Kita mahu biarlah pemimpin tersebut berkerja atas kapasiti dan kemampuan beliau sendiri tanpa perlu menjadi pak turut atau boneka sahaja. Secara peribadi, saya tidak kisah jika Nizar terus menjadi MB asalkan beliau mampu mencontohi MB Kedah sekarang ini.

9 comments:

Anonymous said...

umno 50 thun wat aper brader..tanah2 di perak juai kt cine..kampar 5400 ekar..kt pangkor satu pulau bg kt cine..tksoh jd racist ckp nizar jd boneka dap..umno lg lamer jd barua cine..nk ngeyangkn perut kroni2 hangpa jer..sy tk lupe kejadian mb mahkamah rayuan terjerit2 dlm msjid simpang..menampakkan sikap jrg ke masjid pemimpin umno..mangkaq hehehe..lagii satu brader toksah le ckp "bakal dilupakan"..mb mahkamah rayuan yg bakal tk dihormati..nk tau sbb aper ? sbb dia bkn mb mahkamah rakyat..pnjg lebaq brader tulih pun tkkn dpt mengekang fenomena aura hj.nizar kini..nk tau sbb ape? sbb brader bute mata hati..brada selesa tanpa hidayat Allah untuk melihat kebenaran..Allahuakbar!!!

Tulih panjang2 pun kalo takut nk bertanding di mahkamah rakyat yakni pilihanraya negeri nk wat aper..umno tkder teloq..hehehe..majoriti 3 org yg mangkuk dan terpalit dgn rasuah tu yg majoriti?? umno tong najis rasuah..

Anonymous said...

THURSDAY, JUNE 4, 2009

SURAT AKUAN

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG YANG BERNAMA AHMAD SUFFIAN B. ZULKIFLI ( PENAMA ADALAH ORANG YANG SAYA KENALI SELAMA 6 TAHUN DAN RAKAN SEPERMAINAN BADMINTON DALAM PASUKAN KAMI).
Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail (juga rakan sepermainan kami) beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:
i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.
ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.
iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak
iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.
v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.
vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada Ahmad Suffian bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.
vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.
viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.
ix) Ahmad Sufian juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.


http://peraknangis.blogspot.com/2009/06/surat-akuan.html

Anonymous said...

Kenapa BN tak berani bubarkan DUN? sebab takutkan rakyat, bro, nak tanya kerajaan apakan yang takut mendapatkan mandaat rakyat? sapa baik sapa teruk, tanya rakyat, mereka akan memberitahu kamu..

Anonymous said...

penulis blog just jd tali barut umno bn yg ingin menyampaikan fitnah besar pd hj.nizar..saya berharap penulis insaf dan memohon maaf secara peribadi kdp hj nizar,mb rakyat perak..

tahukah penulis blog 1000 ekar pd cina itu tanah type mcmane??ia diluluskan oleh hj.nizar utk cina2 miskin yg telah mendiami tanah kg.baru selama hampir 60 thun.permohonan mereka saban hari hari diabaikan dan dijanjikan pd setiap pilihanraya oleh umno..tahukah penulis hj.nizar tlh memberikan lebih kurang 10 kali kali ganda dr kelulusan itu utk tanah2 pd melayu yg 50 thun duk mohon pd umno dan diabaikan..mcm kata pemberi komen pertama tadi..umno lebih teruk menggadaikan tanah2 di perak..utk pembesaran perut dan kaum keluarga utk jadi kaya..knp nk menafikan hak kaum cina?? knp nk jd racist? bknkah cina juga warganegara malaysia??nampak gayanya umno tkkan dpt undi kaum cina lagi lah pru13 ini..sbb umno racist! pr perak di bwh hj nizar tlh memberikan keadilan..seluruh kaum cina sedar akan hal ini..carilah isu lain brader..buat kajian dlm mencari cahaya kebenaran..jgn ambil info dr tong najis yg sememang dh kotor..jgn setakat sambil main gitar jer lepas tu nk kata dan fitnah..takut sok nk ajal susah nk mohon maaf .. :)

Anonymous said...

Dan jangan lupa generasi baru cina semuanya fasih Bahasa Melayu, mereka juga membaca blog-blog UMNO dan pembangkang, UMNO ingat zaman ni masih tahun 50'an dan boleh perbodohkan orang lain, mereka tahu apa yang UMNO caci maki terhadap mereka, tapi itulah UMNO, dah pijak orang nak mintak undi pulak, jangan haraplah korang dapat undi daripada orang yang korang perlekehkan !

Anonymous said...

salam ,saya sokong semua komen diatas..baik insaflah UMNO.mengaku jelah bangkai yg.ditutup sudah berbau..baik ramai- ramai kita sokong PR bagi dia perintah satu, dua penggal amacam setuju..?dalam umno/BN tak da tempat bagi orang jujur..

Anonymous said...

Undilah PAS/DAP/PKR supaya semua tanah diberikan kepada orang cina.Orang melayu dan india akan tinggal di tanah kubur atau hutan,itupun kalau masih ada.Masih lagi ramai penyokong PAS yang buta dan tak nampak perkara ini.BN tidak pernah memberi tanah sebegini besar nilai walaupun kepada orang melayu kerana berlaku adil.Kalau sudah terantuk, baru nak mengaduh, sudah terlambat.Tanah dah habis diberikan.

mawar berduri said...

fuhh..isu panas nih..hang tuduh aku, aku tuduh hang..2x5 je sume..politik oo politik..memang membuatkan manusia hanyut tanpa pedoman..emosi melebihi fakta..sape yg betul pun ntah..

Anonymous said...

aku xkisah siapa pun yg pegang Perak. asalkan kebajikan rakyat terjamin. masa umno jaga perak pun byk tanah diorg ambik bg konco2 diorang gak. mn ad dah tanah org Melayu dkt Prk. dr zmn seblm nizar lg tanah org Melayu xd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...