Followers

Friday, June 26, 2009

Anwar Ibarat Pesalah yang Sedang Gelabah – Anu dalam Botol

Membaca keluhan saudara Saiful sungguh membuatkan siapa sahaja akan faham maksud hatinya. Sebagai mangsa yang teraniaya, sungguh sakit jika melihat si pemangsa bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah sudah makan besar dan kenyang pula.

Tidaklah diketahui sepenuhnya akan tujuan Anwar ke sana ke sini. Sekejap di dalam negara, sekejap lagi ke luar negara pula. Sungguh aktif dan bersemangat orang tua ini mengalahkan Perdana Menteri ataupun Menteri Luar. Nak dikata mencari peluang dagang yang boleh membantu lonjakkan ekonomi negara, atau bahkan global, tidak pula nampak hasilnya. Di negeri pembangkang sendiri masih mengharap peruntukkan persekutuan.

Cuma yang menariknya, Anwar makin galak menjelang Julai. Ada yang cakap dia sedang gelabah dan dah tak tentu arah. Dia sengaja mencari jadual untuk ke sana ke sini supaya rakyat dan para penyokongnya tidak nampak yang dia sedang bergelut. Biarlah skuad peguamnya sahaja yang buat kerja. Dia mesti nampak tenang dan kalau boleh perlu terus ketawa di pentas ceramah. Egonya mesti tak boleh kurang.

Anwar sememangnya diketahui umum pandai berlakon dan penuh dengan helah psikologi. Dia pandai bermain dengan fakta dan bijak pula menanam keyakinan orang terhadap kata-katanya. Tapi Anwar mungkin terlupa ada yang lebih bijak. Dia mungkin sudah mengumpul banyak penyokong dan pentaksub, tapi Anwar juga tidak boleh lupa yang musuhnya juga sebenarnya semakin bertambah, bahkan semakin mengganas. Anwar pasti akan dilanyak.

Buat Anwar, ingatlah, setiap yang banyak itu pasti ada kekurangan.

...........................

Saya mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada semua rakan blogger yang mahu menentang Anwar Ibrahim sehingga terbukti segala kebenaran. Ayuh katakan yang benar meskipun pahit.

...........................

Ada sedikit keterujaan apabila berita tentang kemunculan sebuah filem songsang – Anu dalam Botol – diuar-uarkan. Mungkin ramai yang tidak suka dengan judul filem ini. Bahkan, para pensyarah ramai juga yang secara berseloroh semasa di dalam kuliah meminta pelajar tidak membayangkan lebih-lebih semasa menyebut judul filem ini.

Kisahnya tentang golongan songsang. Tak tahulah sesongsang mana ceritanya nanti sebab belum pun ditayangkan. Pun tentu, dalam ribut-ribut kalut pengulas dan pengkritik filem nasional (yang serba pakar mengkritik) tentang judul filem ini, moganya, jadilah ia diterbitkan kelak. Sebab kita tentu tertarik dengan jalan ceritanya, dan tentu juga dengan reaksi orang ramai.

Cumanya, dalam ribut-ribut itu, soal kesesuaian masa dan suasana mungkin jadi isu tersirat yang barangkali malu untuk dibahaskan, tapi demikian ia sebenarnya amat memberikan impak. Ketika ini, kisah songsang yang bakal dibicarakan (moganya jadi jugaklah nanti) seolah-olah memberikan sentimen yang kurang mesra kepada filem ini. Nasib badanlah nanti kalau ada yang memberontak. Moganya, taklah..

1 comment:

Jeffry said...

SALAM PERJUANGAN BRO
ANUWAR MUNAFIKUN WAJIB DITENTANG HABIS2AN. BY HOOK OR BY CROOK. KITA X NAK DIA TERUS MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT DGN DAKYAH SONGSANG. DH LA TOK GURU DIA PESONGKAN, INIKAN PULAK MELIWAT ANAK MELAYU!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...