Followers

Wednesday, June 17, 2009

PAS, tolonglah nasihatkan orang tua ni..

Perbincangan atau muzakarah antara PAS dan UMNO tidak pernah disenangi oleh banyak pihak yang melihat perkara ini sebagai satu usaha yang berbahaya. Kita perlu bertanya, apakah yang tidak bolehnya jika muzakarah ini hendak dilakukan? Apakah yang bahayanya sedangkan dalam situasi sekarang perpaduan merupakan satu tuntutan yang sangat mendesak?

Sejak Haji Hadi selaku Presiden PAS mengusulkan idea ‘perpaduan’, saya melihatnya secara peribadi sebagai satu pelahiran keinginan yang tinggi daripada jiwa pemimpin yang sedang cuba melunaskan tuntutan Islam. Haji Hadi telah pun membuka pintu dan ini mungkin kerana beliau juga sudah terbuka hatinya untuk memegang kembali tuntutan Islam yang sebenar, yang menganjurkan kepada keamanan, kesejahteraan dan perpaduan sesama umat.

Namun apabila Nik Aziz menyifatkan idea ini sebagai mengarut dan bersifat menurut kemahuan UMNO semata-mata, saya fikir orang tua ini tidak selari lagi dengan keteladanan yang pernah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Rasulullah yang sentiasa mahu umatnya bersatu-padu. Lebih memalukan apabila beliau mendakwa pihak dalam PAS sendiri yang menyokong idea tersebut telah jatuh hukum sebagai “boneka UMNO”. Pada saya sudah tiba masanya orang tua ini dinasihatkan pula agar lebih buka mata.

6 comments:

shonzu said...

Baru la hari ini kita nampak rupa sebenar seorang tok guru yang disanjung2 oleh penyokong PAS. Ketika orang lain mahukan perpaduan sesama Melayu dan sesama Islam, N.Ajis pula asyik dengan menyatakan itu lontaran / idea / pendapat peribadi.

Jika benar itu lontaran peribadi, tak mungkin Presiden dan Timb. Presiden boleh sependapat mengenai kerajaan perpaduan ni. Apakah seperti yang dikatakan oleh N.Ajis yang mereka berdua dan penyokong kerajaan perpaduan ini 'boneka UMNO'??

N.Ajis harus bermuhasabah diri, jangan kerana dendam lama bersama UMNO di bawa sampai ke mati. Mungkin juga ada 'suara-suara' belakang N.Ajis yang bencikan perpaduan sesama Islam, tetapi lebih suka perpaduan bersama musuh Islam.

Dan hari ini juga bersaksilah kita yang kata2 N.Ajis sudah menjadi seorang DIKTATOR. Subhanallah...

Anonymous said...

Nik Aziz tidak layak sebagai tok guru jika hatinya penuh dengan kebencian dan dendam.

Agaknya tak boleh tidur nyenyak bila penuh kebencian.

Tak sedar ke kuncu2 dia tu boneka Anwar,tak sedar ke yang kerajaan perpaduan menyatukan orang Islam.

Tak faham ke anak dia telah memainkan peranan menyedarkan orang2 PAS ujudnya boneka Anwar dalam PAS.

Nik Aziz ni bangang betul

Anonymous said...

SETUJU! LEBIH BAIK JADI BONEKA UMNO DARI BONEKA DAP!!!!!!!!!

HIDUP MELAYU!

Muhammad Azli Shukri said...

Nik Aziz makin mengarut dalam hal ini

siangmalamhairan said...

peribadi? nik aziz terkhilaf apabila mengatakan ini adalah lontaran peribadi kerana yang melontarkannya adalah seorang Presiden (dan bukannya UMNO yang memulakan). sudah tentu Presiden bercakap dan melontarkan sesuatu pandangan atas kapasiti kedudukannya, yang menjadi ketua kepada para ahlinya.

rizuan mh said...

saya suka melihat apakah reaksi dalam kalangan ahli PAS dan PKR di peringkat akar umbi dalam isu ini.

harap ada yang sudi berkongsi pendapat dan melontarkan buah fikiran, baik secara peribadi mahupun perkumpulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...