Wednesday, June 17, 2009

Kebodohan YB (Yang Bodoh) Nizar



Tindak-tanduk YB Nizar sehari dua ini sungguh membingungkan. Malah, ada kalangan rakan saya yang sememangnya meluat dengan gelagat lelaki tua ini melabelkan beliau sebagai Yang Bodoh Nizar kerana tidak sanggup lagi mentafsir apakah motif setiap perlakuan yang sedang beliau tontonkan kepada dunia.

Rentetan kebodohan Yang Bodoh Nizar ini sebetulnya sudah lama. Kalau ditulis pun barangkali sudah berbuku-buku. Di Perak, lelaki tua ini agak terkenal kerana dia pernah menjadi MB walaupun hakikatnya, dalam tempoh yang sekejap sepanjang menjawat jawatan tersebut beliau hanyalah Menjadi Boneka sahaja, dan bukannya Menteri Besar.

Kemuncak kebodohannya itu berlaku pada tanggal 15hb Jun yang lepas (kalau tak silap saya). Pasti sejarah akan mencatatkannya. Saya memang bingung dan hairan. Lelaki ini ‘mereng’kah? Atau sewelkah? Tidak sekolahkah dia? Lebih hairan, betul anak Perakkah dia ini?

Lelaki ini nampak benar tidak tahu berpolitik, bahkan tidak layak untuk berjiran dengan ahli-ahli politik lain di Parlimen. Pada saya, mentaliti dan kewarasannya jatuh pada tahap terbawah. Lalu, maruah dan hormat orang padanya turut jatuh menimpa kebodohannya itu. Saya tidak berkata kosong kerana seluruh negara, bahkan barangkali dunia yang turut memerhati gelagat orang tua ini sudah pun melihat aksinya.

Saya tidak faham kerana pada saya, Yang Bodoh Nizar ini lagaknya cukup intelek. Layaklah jika dia bersikap lebih profesional dan rasional. Orang yang bodoh apabila melakukan sesuatu kadang-kadang akan hanya memperlihatkan kebodohannya walaupun selepas berfikir berulang-kali. Kenapa? Sebabnya, dia berfikir dengan emosi dan nafsu yang buta. Kononnya dia sudah membuat pertimbangan terbaik. Dan sudahnya tak ubah seperti Pak Kaduk sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...