Followers

Thursday, January 21, 2010

Randau Pemimpin – Kami Tertipu!!

Saya dinasihatkan supaya tidak menulis tentang perkara ini, tetapi saya terpaksa menongkah arahan tersebut demi menegakkan demokrasi bersuara. Bukan berniat mencetuskan provokasi, bukan.

Ceritanya, semalam telah dianjurkan program Randau Pemimpin, satu aktiviti diskusi yang mungkin menghampiri format Sudut Pidato (atau speaker corner yang pernah dikuburkan selama lebih 30 tahun oleh AUKU) oleh Kelab Debat USM (tahniah Dee, Fuzah, Halim dan rakan-rakan). Tempatnya di tempat di mana bakal-bakal MPP akan berkempen kelak, di pentas yang sama Saudara Mohammad Syafiq pernah berucap sebagai calon yang berkaliber di samping barisan calon MPP yang lain pada sidang lepas semasa rapat umum diadakan.

(MPP USM untuk Sidang 2008/09 telah pun selamat dibubarkan. Tahniah buat anda semua!!)

Siapa yang dijemput? Ada tiga kelibat pemimpin. Wajah mereka telah pun dipampangkan secara sengaja pada kain rentang yang digantung di sekitar USM. Semuanya hebat-hebat. Ada yang bergelar mantan YDP MPP dan ada yang bergelar mantan NYDP MPP, dan yang seorang lagi, masih belum mantan, tetapi bukan sebagai MPP sebaliknya sebagai YDP sebuah persatuan yang gah. Beliau ialah YDP PMI USM Kampus Induk yang telah diundang khas, dicetak wajahnya di kain rentang sekali gus memberikan harapan yang tinggi kepada hadirin untuk melihat kesungguhan program ini dijalankan dengan jayanya.

Memang program ini berjaya pada saya. Kehadiran penggemar politik kampus sungguh mengagumkan, sekali gus membuktikan mahasiswa tidak pernah dihalang daripada berkumpul. Elok-elok sahaja semuanya, duduk di merata sudut, khusyuk menekuni program hingga ke akhir acara.

Kalau program ini dianggap menyalahi AUKU kerana menggalakkan mahasiswa berkumpul, seperti yang cuba dibuktikan oleh Pro-Mahasiswa selama ini bahawa mereka asyik saja dihalang daripada berprogram, nyatalah, makan ludah sendiri.

Kupasan tajuk semalam – Parlimen Mahasiswa : Satu Perjuangan – seharusnya lebih tajam jika orang yang sepatutnya datang berucap, datang. Malangnya, saudara YDP PMI gagal meletakkan dirinya di bangku panelis. Hanya seorang mahasiswi (khabarnya calon MPP) dihantar sebagai wakil kepada PMI. Perkara ini sungguh mengejutkan hadirin kerana ia adalah program julung kali, selepas 30 tahun lebih dihentikan, dan di buat atas semangat kebebasan untuk mahasiswa melontarkan pandangan mereka.

Walaupun sudah dikhabarkan oleh wakilnya beliau tidak dapat turut serta, namun rata-rata penonton berasa tertipu dengan permainan tersebut. Kalau pun tak boleh datang, hantarlah NYDP 1 atau 2, atau mungkin saf kepimpinan tertinggi yang lain. Ini tidak, hanya ahli-ahli biasa saja yang datang, yang belum faham pun situasi politik kampus di USM. Anda seharusnya berlaku adil kepada hak mereka, hak jemaah sebagai warga kampus yang memerlukan perkongsian info secara saksama, bukannya dari sebelah pihak sahaja.

Saudara Mohammad Shafiq selaku mantan YDP MPP pun boleh hadirkan diri meskipun ternyata beliau sungguh penat dengan jadual yang padat. Beliau hanya tiba di USM pada petang sebelum program tersebut dari Kuala Lumpur selepas menjadi tetamu bagi program Bicara Siswa secara langsung di RTM 1. Lihat betapa beliau sangat bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh memperjuangkan suara mahasiswa. Aspirasi beliau sungguh jelas, iaitu untuk melihat peranan mahasiswa yang lebih besar di dalam kampus bukan hanya sekadar berpersatuan tetapi mampu menjadi thinker kepada universiti. Mahasiswa harus menjadi pro atau pendukung kepada universiti, bukannya menentang melulu.

Motif ‘penyembunyian’ oleh YDP PMI dan sebahagian besar penyokong yang lain juga menimbulkan banyak persoalan. Asalnya, ramai yang menjangkakan hampir separuh ruang yang disediakan untuk penonton akan terisi dengan penyokong Pro-Mahasiswa kerana YDP PMI ketika ini ialah ketua gerakan tersebut. Selain itu, mereka juga sudah melaung-laungkan kegilaan untuk merampas MPP, menguasai majoriti dan melaksanakan perancangan Pro-Mahasiswa yang selama ini terhalang oleh sokongan padu pelajar kepada calon-calon yang menyokong universiti.

Sebaliknya, yang dihantar hanyalah bakal calon. Apa ingat ini pentas kempenkah? Bukan masanya lagi. Penamaan pun belum lagi. Ini adalah pentas berdebat mencari titik persefahaman terhadap isu yang hendak diketengahkan. Lihat semalam bagaimana wakil tersebut dilanyak ditaji dengan persoalan-persoalan yang kritis hingga satu tahap, beliau sendiri tidak sedar apakah standnya. Sekejap membantah AUKU, sekejap lagi pula bukan AUKU yang salah, tapi mahasiswa yang bersikap lesu.

Apa yang boleh saya simpulkan, jelas, PMI bukanlah pejuang suara mahasiswa yang tulen seperti yang dilakonkan selama ini. Saya bukan memusuhi PMI. Pada saya, ia harus berperanan sebagai persatuan persaudaraan mahasiswa. Mesej saya di sini jelas, jangan terus menyalak bukit, kelak diri tertimbus. Jangan terus meredah arus, kelak diri yang terhanyut. Berjihadlah dalam konteks yang sebenar. Perjuangan anda, kerja anda untuk agama cukup murni, jangan dikotorkan oleh perjuangan anasir tertentu yang cuba mempergunakan kewujudan anda semata. Apa-apa pun, kita tetap bersaudara, berkongsi akidah yang sama, kalimah yang sama.


Maaf, entri yang agak panjang.

10 comments:

Anonymous said...

PMI baguih join kalau nak cari jodoh saja.... yg lain tu hampeh sehampehnya.

C L J said...

Dah dibiasakan dengan budaya cakap belakang menuding jari ketika peluang yang ada hanya untuk bercakap tanpa ruang untuk ditanya atau dipersoalkan.

Maka apabila peluang itu terbuka begitu ia menyediakan peluang untuk apa sahaja dihambur lontar dan diucapkan (macam mana bergegar menggegar pun) dia terdedah kepada penerokaan soalan dan dipersoalkan. Tak beranilah dia. Maklum cakap sesedap mulut tanpa ada perancangan bersistem dan saintifik.

Tabiat orang2 yang terlatih membangkang. Selain membangkang dan menyalahkan tak pandailah dia.

isyaNIA said...

artikel yg menarik...

SeNjA said...

nice post sobat ^^
selamat malam....

Anonymous said...

salam..
hidayah bkn milik manusia,,malah mutlak milik Allah,,,,
sama2 kita brdoa spy Allah mmberi hidayah kpd kite sume,,,

Anonymous said...

salam..
aku rasa paling cerdik ialah ydp pmi...dia dah tau apa yg akan berlaku...dan kesian kpd shbt2 dari kelab debat...dah lah kena paksa oleh "org atasan"....syabas ydp pmi...kami sentiasa di belakang anda..pemimpin kena bijak,bukan jadi alat untuk dipermainkan...pk baik2..

peace said...

tah aku pon sokong..ntah apa2 lah diorg ni..bijak2 ydp pmi..
..ish2..ish2

Anonymous said...

haha bjak ke..ke takut..

PMI mang mcm ni ke , ske tuduh2 pastu syak wasangka lebih. Org buat baik pun difikirnya negatif. banyak pulak berdalihnye.

tak guna ckp pasai kebebasan bersuara kalau peluang diberikan x digunakan.

pmi hari nie dah tak mcm dulu.masa era kat Rogayah, abg azhari, ashraf agak brani la jugak.

aku pun dah rasa suram dgn pmi ni. buat program asyik muka yg sama saja join

Anonymous said...

tu maknanya saudara/i ni x pernah join prog pmi...
sy sbg bdk 1st years rasa tertarik dgn pmi ni,prog yg di jlnkan pun dpt smbutan...x pun nmpak muka sama je...
segalanya dihujung jari anda....nk tipu pun berpada2...maaf kasar bahasa...

cahaya said...

salam,,sebenarnya,,tak kisah kita di pihak yg mana,,asalkn kita dpt nilai yg mana haq dan yg mana bathil...
tp..
rasanya,,utk memilih yg betul first nilai yg zahir dulu,,&mmg fitrah manusia akn menilai ap yg dizahirkn krn ia akn menunjukkn yg batin,,

1 analogi mdh utk difikirkn,,
cnth seorg lelaki pki seluar pendek&singlet,seorang perempuan tk pki tudung&berbaju ketat,,itu zahirnya,,tp,,logik tak klu kt nk kata "ish,,dy tu sembahyang 5waktu,puasa penuh,bayar zakt,,hehe..
xdinafikn,ad org mcm ni tp org ni lg mlg,,sbb ibadah dy semuanya sia2 sbb tk mncegah dy dr fahsya'&munkar,,,so..klu nk tahu kt di pihak yg betul atau tidak,,nilai la persatuan msg2,,bukak mata tanya iman,,
jgn berjuang ikt nafsu,,brjuang krn Allah,,
sbb kat akhirat nnt Allah tk tny kita kt persatuan mn,tp Allah akn tny ap yg kita perjuangkn,,adkh keranaNya&untukNya atau semata2 kepentingan diri kita di dunia,,
rsnya,penulis blog lg hebat dn faham..

maaf,,skdr persinggahan...
salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...