Followers

Thursday, October 28, 2010

T-Shirt Alif Ba Ta - Kita Sudah Tiada Masa Kini Di Pasaran!


Dapatkan Segera T-Shirt Istimewa Alif Ba Ta - Kita Sudah Tiada Masa
Harga Tawaran RM 21.00 *untuk warga kampus USM.

Berminat Untuk Memilikinya?

Hubungi Saudara Hamdan 013-4556323

Tuesday, October 26, 2010

Memorandum Pengecaman Penganjuran Festival Busana Muslim Atau (IFF) daripada Parlimen Mahasiswa USM.

Nota : Saya memilih untuk bersama sahabat-sahabat saya di USM dalam usaha mengecam Penganjuran Festival Busana Muslim (IFF) yang sedikit sebanyak telah mencetuskan kekecohan di negara ini. Walaupun saya mempunyai pandangan sendiri dan dikuatkan pula selepas meneliti pelbagai sumber laporan, namun sebagai menunjukkan kesatuan suara mahasiswa khususnya di USM, saya menyokong memorandum ini dan berdoa ia sampai ke tangan pihak berkenaan walau dengan apa jua cara sekali pun.

Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri,

Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia merupakan Parlimen Mahasiswa pertama di Malaysia telah bersidang buat kali yang pertama pada 23 Oktober 2010 yang lalu. Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia ini diwakili oleh 39 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia dan 19 ahli yang terpilih daripada Yang Di-Pertua persatuan-persatuan/ kelab-kelab/ sekretariat-sekretariat yang berdaftar di bawah Universiti Sains Malaysia telah bersetuju sebulat suara tanpa perbahasan iaitu menerima usul tergempar mengecam penganjuran Festival Busana Muslimah atau dikenali Islamic Fashion Festival (IFF).

Pengecaman Festival Busana Islam ini juga meletakkan kami, Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia antara senarai Badan Bukan Kerajaan (Non-Government Organization), parti politik dan orang perseorangan lain yang turut membuat kecaman dan bantahan atas isu tersebut.

Pertamanya kami mengecam penganjuran ini adalah kerana konsep yang dibawabertentangan dengan syariat Islam dan menghina agama Islam. Jelas terpampang di dada-dada akhbar online, dalam salah satu fesyen yang diketengahkan didapati bahawa terdapatnya nama Nabi Muhammad S.A.W pada pakaian yang tidak menepati syariat Islam dengan pendedahan aurat. Pada festival tersebut, beberapa perkataan “Muhammad” dalam tulisan Arab ditulis secara terbalik dan dicatit di dada pakaian salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat dan tindakan ini sememangnya menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Justifikasi kami yang kedua adalah berkenaan Festival Busana Islam yang memperagakan fesyen yang tidak sesuai dengan budaya penganjuran festival ini secara terang melanggar Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu antara lain menetapkan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

Justifikasi Dewan Perundingan Pelajar yang ketiga adalah berdasarkan kenyataan yang jelas Al-Quran dalam Surah An-Nur Ayat 31 yang bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

dan Surah Al-Ahzab Ayat 33 dengan terjemahan ringkas :

“..dan janganlah mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah zaman dahulu..”

Perlaksanaan Festival Busana Islam jelas tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam ayat Al-Quran yang diutarakan. Justeru pihak Dewan Perundingan Pelajar Universiti Sains Malaysia menuntut agar:

  1. Pihak penganjur tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, memberi penjelasan atas penganjuran Festival Busana Islam dan mengistiharkan bahawa festival yang dianjurkan itu bukanlah ‘islamik’
  2. Mendapatkan khidmat panel penasihat syariah untuk Festival Busana Islam yang terdiri daripada Ulama’ dan Mufti-Mufti agar fesyen yang diketengahkan tidak bertentangan dengan syariat Islam sekiranya mahu diteruskan penganjuran.
  3. Memastikan Festival Busana Islam ini diketengahkan dengan cara yang berbeza bukan seperti pertunjukan fesyen yang kerap kali diadakan. Wanita dalam Islam adalah golongan yang harus dipelihara dari pelbagai aspek dan bukan untuk dipamerkan dihadapan khalayak ramai.
  4. Memastikan segala etika dan tuntutan-tuntutan syarak berkenaan dengan aurat lelaki atau wanita dipenuhi dalam penganjuran Festival Busana Islam dengan tiada percampuran diantara lelaki dan wanita.
  5. Sekiranya perkara tuntutan diatas tidak dipenuhi, pihak penganjur mesti menggugurkan perkataan ‘ISLAM’ dan tidak mengaitkan Fetival Busana ini dengan Islam.

Harus ditegaskan bahawa Dewan Perundingan Pelajar tidaklah menolak sebarang penganjuran festival yang ingin dianjurkan namun ianya haruslah dipastikan selari dengan syariat yang telah ditetapkan. Bahkan kami menyokong dan akan berusaha mempromosikan mana-mana festival islam yang berada diatas landasan syariat.

Yang menjalankan tugas,

MOHAMMAD SHAFIQ BIN ABDUL AZIZ

Speaker,

Dewan Perundingan Pelajar sidang 2010/2011,

Parlimen Mahasiswa

Universiti Sains Malaysia.

sk. YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Senator Mejar Jeneral(B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama Islam)

YB Datuk Seri Mohd Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Datuk Raja Rezza Shah, Pengerusi Festival Fesyen Islam.

Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.

Tuesday, October 19, 2010

Janganlah Mengada-ngada sangat..

Bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dikatakan tidak mesra dengan kakitangan kerajaan berbanding untuk golongan lain. Ramai yang sembab dan tidak berminat lagi untuk bercakap mengenainya berbanding sehari dua sebelum pembentangan dibuat.

Kakitangan kerajaan seharusnya faham, walaupun tidak ada durian yang runtuh untuk mereka, tetapi bajet kali ini lebih menyeluruh dan mempunyai impak yang cukup baik untuk rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang sosial mereka.

Kakitangan kerajaan juga perlu sedar, sudah banyak keistimewaan yang mereka nikmati hasil pengurusan ekonomi yang baik oleh Barisan Nasional sejak negara merdeka lagi. Mereka juga mendapat peluang untuk berkerja dengan pelbagai tawaran skim dan perkhidmatan yang cukup efisien dan menjamin masa depan walaupun selepas bersara kelak.

Justeru adalah tidak adil untuk mendakwa pihak kerajaan mengabaikan hak dan kebajikan kakitangannya pada tahun 2011 sedangkan, dari masa ke masa, ada saja pengumuman yang menggembirakan untuk mereka dibuat. Duit raya tempoh hari pun sebagai contoh adalah simbol kebertanggungjawaban pihak kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah di negara ini yang berkerja dalam sektor awam.

Mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan mainan politik pihak pembangkang kerana itu sudah menjadi tugas hakiki pembangkang untuk membangkang apa saja usaha daripada kerajaan BN. Rasionalah, jangan sampai rakyat meluat dengan perangai mengada-ngada kakitangan kerajaan di negara ini. Mutu perkhidmatan pun selalu menjadi bahan rungutan.

Puisi Untuk Menteri Pelajaran Malaysia

The Minister for Exams.


When I was a child I sat an exam

The test was so simple

There was no way I could fail.


Q1. Describe the taste of the moon.


It tastes like creation, I wrote

it has the flavour of starlight.


Q2. What colour is Love?


Love is the colour of water which a man

lost in the desert finds, I wrote.


Q3. Why do snowflakes melt?


I wrote, they melt because they fall

onto the warm tongue of God.


There were other questions.

There were as simple.


I desrcibed the grief of Adam when he was expelled from Eden.

I wrote down the exact weight of an elephant's dream.


Yet today, many years later,

For my living I sweep the streets

or clean out the toilets of the fat hotels.


Why? Because I consistently failed my exams.

Why? Well, let me set a test.


Q1. How large is a child's imagination?

Q2. How shallow is the soul of the Minister for Exams?


-Brian Patten, The Armada. 1996.



I was born intelligent, but educations ruined me.

Tuesday, October 5, 2010

Politik Kampus : Pro-Mahasiswa Semakin Biadap, Cabar Pihak Universiti!

Edaran flyers haram yang memuji kemurahan hati Khalifah Lim Guang Eng di USM.


Ketenangan suasana kampus induk USM hari ini sedikit berkocak dengan gelagat dan tindakan tidak bertamadun kumpulan mahasiswa haluan kiri atau lebih tepat lagi, Pro-Mahasiswa (Pro-M). Mereka bukan sahaja berani tidak bertempat tetapi biadap dengan membelakangkan undang-undang universiti apabila dengan sengaja menyebarkan risalah-risalah berbaur politik yang menghentam kerajaan pusat dan parti politik tertentu.

Jika mengikut aturan biasa, sebarang aktiviti penyebaran risalah, poster, flyers dan sebagainya lagi hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak universiti atau Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP). Setiap edaran tersebut diwajibkan memiliki cop pengesahan rasmi manakala sebarang pembukaan kaunter atau booth sehenti pula perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pembangunan USM. Secara umumnya para pelajar USM tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dengan prosuder-prosedur tersebut, kecuali Pro-Mahasiswa yang seringkali engkar dan seolah-olah hendak mencabar pihak universiti.

Inikah yang dikatakan sedia mendokong aspirasi mahasiswa? Hanya retorik kosong. Mereka hanya tahu mencipta isu dan jika tiada isu, mereka mencarinya pula dari luar lalu dibawa masuk ke dalam kampus. Semuanya bertujuan menonjolkan kumpulan mereka yang kononnya prihatin dengan kehendak mahasiswa. Kehendak mahasiswa atau kehendak pembangkang? Apa yang jelas ketara ketika ini ialah tindak tanduk mereka lebih dibayangi oleh kepentingan politik pihak luar. Lihat saja edaran mereka kali ini yang semuanya berbaur politik. Mereka dengan bebas mengutuk kerajaan Barisan Nasional dan memuji pula pihak kerajaan negeri yang kononnya lebih baik berbanding kerajaan pusat.

Soalnya, adakah ini hala tuju perjuangan Pro-Mahasiswa yang sebenar? Ia semakin tidak relevan dengan prospek mahasiswa itu sendiri. Elok saja kalau mereka sepakat menggugurkan nama Pro-Mahasiswa dan menggantikannya dengan Pro-Pembangkang supaya para pelajar lebih faham dan jelas dengan matlamat perjuangan kumpulan haluan kiri ini. Moto Sedia Mendokong Aspirasi Mahasiswa pula baik digantikan saja dengan moto yang lebih realistik iaitu Sedia Mendokong Aspirasi Pakatan Rakyat! Tidakkah itu lebih terhormat dan agung?

Pro-Mahasiswa bagi saya bukanlah kumpulan pejuang mahasiswa yang jelas hala tujunya. Terlalu banyak penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap mahasiswa itu sendiri. Misalnya, sewaktu pilihanraya kampus tahun lepas, mereka hanya menghantar beberapa orang wakil saja untuk bertanding. Usaha kumpulan mahasiswa yang menyokong aspirasi universiti (menyokong aspirasi universiti bermakna menyokong aspirasi mahasiswa keseluruhannya) pula diperlekehkan. Misalnya, Parlimen Mahasiswa yang kini berjaya direalisasikan hasil perjuangan mahasiswa Pro-Aspirasi, dipandang rendah. Ketua mereka juga hanya berani bersuara di belakang.

Adakah ini yang dikatakan Pro-Mahasiswa? Hanya retorik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...