Followers

Wednesday, April 8, 2009

Bukit Gantang By-election – Kekalahan PAS dan Kemenangan UMNO

Bahagian Dua

Pertama, Ismail dari UMNO dan BN kalah kepada Nizar dari PAS dan Pakatan. Demokrasi terjunjung di sini walaupun nampak jelas ada isu hantu-hantu yang didakwa berkeliaran. Jika Nizar kalah dan Pakatan tersungkur, pasti hantu-hantu ini akan dijampi serampah diseret keluar dengan pelbagai cara. Namun, hantu-hantu tidak muncul. Tapi orang-orang Nizar ada yang bersorak berkata tangan-tangan Malaikat telah membantu mereka. Boleh gelak sekarang.

Ismail kalah dan UMNO serta Barisan kalah kepada Nizar dan Pakatan. Nizar dari PAS tapi lebih berimejkan Pakatan keseluruhannya. Jika HH umumkan PAS keluar dari Pakatan malam ini, ke mana Nizar? Ikut ketua atau ikut saudara-saudaranya? Jasa saudara yang mengangkatnya setinggi sekarang jelas lebih bernilai dari jasa yang dihulur oleh ketua. HH tidak buat apa-apa untuk menangkan Nizar berbanding NN.

NN sudah boleh menuturkan bicara Allah semata-mata untuk menangkan Nizar. Doa NN juga barangkali yang memenangkan Nizar. Barangkali Allah mendengar doa mereka berdua. Barangkali, orang-orang PAS fikir, Allah terpesona dengan kesungguhan perjuangan PAS dalam Pakatan sehinggakan NN sudah mampu menuturkan bicara-Nya walaupun ada pelat jelas. You-Tube jadi saksi.

Ismail kalah. Itu faktanya. Tapi lihatlah, kesatuan dan perpaduan telah kembali kepada UMNO. PRU12 dan Bukit Gantang adalah cerita yang tidak sama. UMNO sudah diuji. Siapa yang menguji? Allah juga, melalui rakyat.

Ismail adalah vektor yang membawa aura positif kepada UMNO. Ismail menjadikan harapan dan impian seluruh rakyat kembali bertaut nyata. Di Bukit Gantang UMNO berjaya memupuk semangatnya yang pernah hilang. Semangat itu pergi ketika UMNO sangat memerlukannya. Bila beliau pergi UMNO seolah hilang arahnya sendiri. Tapi di Bukit Gantang, beliau kembali.

Ismail adalah wira yang telah berjaya memangsakan dirinya untuk survivor UMNO. Ismail tahu bertanding di Bukit Gantang banyak halangannya. Bertanding di sebuah Parlimen kecil seperti Bukit Gantang dalam by-election umpama berdepan dengan kegilaan Pakatan dari seluruh Malaysia. Itu belum kira sokongan dari orang asing. Memang benar dan itu yang terjadi. Nampak jelas deretan kenderaan dengan nombor pendaftaran sejauh Pantai Timur dan sejauh pantai di Selatan. Jalan menjadi sesak kerana kegilaan ini.

Tapi Ismail mengambil jalan ini. Tanpa nama yang boleh dimodalkan namun Ismail berjaya juga bersemuka dengan calon MB Pakatan secara demokrasi. Ismail tiada nama yang boleh digahkan. Bantuan dan sokongan datang membantu kempen Ismail. Itu jika dilihat dari sudut demokrasi. Tapi hakikatnya, Ismail adalah simbol wadah kepada perpaduan UMNO yang baru selepas dilanda kepayahan PRU12.

Ismail meneruskan kepulangan semangat yang hilang itu selepas PAU. Mesej yang dibawa dalam PAU bahawa UMNO akan berubah telah diterjemahkan di Bukit Gantang apabila seluruh gerak kerja UMNO bersatu di bawah payung Barisan. Memang benar Ismail bukan mewakili UMNO semata sebaliknya Barisan, tetapi peranan UMNO dalam by-election ini sangat tinggi berbanding PAS kepada Nizar.

Barisan telah lama berpakat dalam satu kesepakatan. Pakatan dalam Barisan malah sah dan teruji sejak sekian lama. Pakatan dalam Barisan memupuk perpaduan seluruh rakyat di Malaysia. Inilah pakatan yang sebenar dalam arus demokrasi.

Ismail membawa mesej jelas bahawa UMNO akan kembali kepada rakyat. Adanya harapan kepada UMNO. Ismail barangkali akan dilupakan selepas ini. Tetapi detik penyatuan yang berlaku ini akan meninggalkan impak yang sangat besar. DSN merupakan individu yang telah mengembalikan harapan ini kepada UMNO dan rakyat. Kepulangan semangat itu, dan sokongan mantan yang padu akan menjadikan tugas DSN lebih mudah.

Bukit Gantang hanya lapangan kepada agenda yang lebih besar selepas ini. UMNO tidak kalah tetapi yang kalah ialah PAS. Kepada Nizar, tahniah. Tapi ingat, berlaku adillah kepada rakyat kerana yang mengundi anda hanyalah 21 ribu ketika 19 ribu yang lain mengundi TIDAK kepada anda. Mereka juga rakyat kamu di Bukit Gantang. Politik hanya politik.

36 comments:

Anonymous said...

agak menarik.memungkinkan aku untuk kembali berfikir

Anonymous said...

camne dgn calun bebas???

Anonymous said...

apa pun, Nizar dah menang laa..

gaji double la dia pasni.siut..

rakyat jugak yg susah.bangsat..

yang undi nizar perderhake tu nanti tunggulah apa nizar leh bagi kat hampa.

aku nak gelak je

Anonymous said...

sudahlah , kalah cakap kalah , jangan banyak cari "reason"

umnoisshit said...

PUI!
umno umno....
sudah kalah, salahkan semua pihak selain diri sendiri.
Bukankah kerana umno hilang sokongan dan keyakinan RAKYAT yang menjadi sebab umno kalah, bukan 1, bukan 2 tapi 4 kali di PRK?
Polis, FRU, EC semua bantu umno, tapi yg paling penting - RAKYAT sokong PR.
Janganlah bangkitkan soal Tuhan semata2 untuk menutup malu umno.

pergilah umnoooo.

Anonymous said...

Respectlah pilihan rakyat, tidak kira mereka CIna, melayu atau India..asalkan rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Pelikkan?

Kalau BN menang, memerintah negara, Kelantan disisihkan. Kenapa disini tak berlaku adil, Awak jadi PM untuk satu negara juga kan?.

Sudahlah....cukuplah 50tahun kami bersabar. Kini tiba masa untuk kerajaan yg lebih adil dan saksama bukannya penuh dengan rasuah dan C4.

1Vote4Malaysia

Anonymous said...

Jawapannya BN tetap kalah walaupun berapa banyak alasan yg diberikan..
PR hanya berbekalkan usaha & semangat untuk menang, tetapi BN telah mengunakan gaya lapok untuk menang. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah cerdik untuk menilai prestasi Bn selama 51 tahun memerintah. BN adalah bongkak,penipu,prasuah & banyak lagi yg telah mereka buat supaya rakyat membenci mereka..

ahmadsofian said...

Mungkin itulah harapan & angan-angan anda, Ismail sebagai satu harapan baru bagi UMNO. Tapi hakikatnya tidak begitu. Harus di ingat PR berjuang di padang yang tidak sama rata dengan BN. BN memperguna dan memperkudakan terlalau banyak jentera kerajaan untuk menghadapi PR. Apa yang ada pada PR? Akhbar mereka pun kena ban sebelum pilihanraya, namun rakyat tetap memileh mereka.

Usahlah di persoalkan mereka yang bukan Islam menggunakan ayat-ayat Quran selagi mereka menghormatinya. Tidak salah orang yang bukan Islam membaca dan memahami Quran. Bukankah lebih baik dengan demikian, agar mereka lebih rapat dengan agama islam dengan harapan satu hari nanti akan membuka hati mereka terhadap Islam? Sememangnya UMNO sentiasa berfikiran sempit terhadap Islam. Perlu diingat Yusof Islam telah membaca dan memahami Al-Quran sedalam-dalamnya sebelum memeluk Islam. Begitu juga yang lain-lain itu. Sedarlah wahai penyokong-penyokong UMNO.

Sayanik said...

Sedarlah UMNO...berpijaklah kat bumi nyata... parti kamu hanya tunggu untuk dikuburkan sahaja.. takkan ada kerajaan akan memerintah hingga selama-lamanya (baca sampai kiamat)... kerajaan yang dalamnya ada najis rasuah, mungkinkahkah akan bertahan?

Wong Pencen said...

rizuan mh

"... ni antara produk anak melayu DEB paling memalukan bangsa. sanggup dicucuk dan diheret ke mana sahaja arah..menconteng maruah keluarga.mensia-siakan darah dan keringat ibu yang mengandung dan melahirkannya..."

Begitulah susunan ayat tulisan rizuan mh dalam satu ulasan di laman blog yang rizuan mh sendiri sepatutnya tahu.

Berhati-hati apabila menulis. Jangan hanya kerana marah maka cacian dan makian dilemparkan merata-rata kerana cacian dan makian itu boleh jadi bertaraf FITNAH kerana ianya tidak benar.

Kalaupun ada di antara cacian yang dilemparkan bersifat benar, cukuplah satu yang tidak benar yang menyebabkan rizuan mh telah menFITNAH seorang Muslim.

Kajilah sendiri apa hukum seorang Muslim melemparkan FITNAH ke atas seorang Muslim yang lain. Saya kira, sekiranya rizuan mh tahu, rizuan mh akan lebih berhati-hati sebelum menaipkan sesuatu huruf, perkataan, ayat dan perenggan selepas ini.

srikandi bangsa said...

saudara,

kebanyakan blog yang ditulis oleh saudara samar-samar belaka..saudara xde bakat dalam bidang penulisan politik..saudara x mampu mengeluarkan hujah sendiri dengan kritis, hanya memanipulasi pendapat org lain..saudara juga x perlu memperkatakan lagi tentang PRK bukit gantang..rakyat sudah memutuskan calon pilihan mereka..
nasihat saya, bergurulah pada yang benar sebelum menulis sesuatu berkaitan politik yang saudara sendiri tidak jelas tentangnya..

Sayanik said...

hang baca tu rizuan mh..jangan tulis ikut nafsu serakah hang... pakai otak..jangan pakai kepala lutut..

putri36liya said...

kenapelaa korang ni melenting sampai mcm ni..saudara rizuan mh ada hak untuk menulis di blognya.respeklaa ok..we are malaysian..we livin in democratic sosiety

jiman said...

bravo brader hensom..tulis lagi.kite telanjangkan PKR

hahahahaha dan ha lagi

senior kecik said...

sokong putri36liya.

saya kenal benar dgn saudara rizuan.beliau sangat berbakat dalam penulisan.tugasan ilmiahnya sering mendapat pujian termasuk yang disemak oleh sasterawan negara Muhammad Haji Salleh.beliau juga tidak suka menulis kosong dan sangat mementingkan sumber.bibliografinya tidak pernah sedikit.bagaimana saya tahu semua ini? kerana saya mengambil jurusan yg sama dgn beliau malah pernah sekelas dengannya.

beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang penulisan.bagi saya, blog ini hanya manifestasi pemikiran dan pandangannya sahaja.orang yang rapat dengannya pasti tahu cara dia berfikir.

nasihat saya lagi, tak perlu melenting sekarang.jika anda kenal tuan punya blog ini, anda akan setuju dengannya kelak.

warisan said...

yupp..rizuan mh truskan penulisan n idea anda untuk kte kongsikan bersame..bg saya produk seperti anda la yg akan membawa cita2 negara..syabas anak muda!!!

warisan said...

buat sayanik..saya telah pun bace blog anda..hmmm hampeh gak pikiran awak tu..sdg kan kte nak islam yg dah tau bce quran pun isau tkut2 de salah tajwid..inikan kafir yg confirm2 xtau ilmu tajwid..b4 tls hang pun pk dulu nooo..jgn ltak otak kat lutut..ckap ikt perasaan..mengata org die yg lebih..

Sayanik said...

alah warisan...bacalah betul2..buka minda tu luas skit... kalau depa berusaha nak sebut sebutan wlaupun telor..kita ni tegurlah akibat kesilapan dia tu... bukannya terus cop dia persenda agama.. sedangkan banyak lagi perkara-perkara yg terang2 senda agama..tp apasal senyap?tak plak saman..

sains politik said...

sayanik, nak tegur ye...hehe kelakar laa..

kalau nak tegur, kalau itulah niatnye, nik ajiz patutnya lama dah tegur.bukan sekali due NN baca quran tunggang langgang kan.nampak sangat berteraburnye..suke2 petik ayat then terjemah.

nape ulamak2 poooolitik pAs tak tegur? kenape biler isu ni timbul baru sume ckp nak tegur? kenape nak tuding jari kat yang dah lodge report? buat report sbb x nak terus salah berleluase..patutnya sayanik, ngan nik ajiz amek masa ni tegur NN ngan puak2 dia supaye perbetulkan dulu lenggok tajwid tu..

ingat Quran tu bukan boleh sape2 suke terjemah..setiap ayat ade sbb diturunkan.

kalau dah nik ajiz sendiri ckp dia punya pasallah, then what else yg kite leh harapkan..

mufti dah tegur..tp nik ajiz ckp xpe lantak laa...so makin galak la puak2 NN ni..

sayanik, awak tu muda lagi kan..belajar dulu ok.poooolitik pAs semakin tersepit..harap cepat sedar ye.

as'kum

Sayanik said...

dan jangan lupa..politik umno juga semakin sempit..sedar ye..

Anonymous said...

rizuan mgkn berbakat dalam bidang penulisan, tapi saye tekankan di sini x berbakat lgsg dlm bidang PENULISAN POLITIK..sy pn knl rizuan, slalu ponteng kuliah tu kan

Anonymous said...

ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian,ku bangga mndengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu kerana pngkhianatan,ku bangga andai dikau syahid dari dikau hidup tanpa islam,kita mulia hanya kerana islam...

member rizuan mh said...

oppsss..ponteng kuliah?? at least pointer die mantap..org yg ckap nih dean list ker??

Anonymous said...

tu la pelik aku pun mmber die gak..xde la ponteng pun..bese la klu skip skali skala..tpi aku tgk die bleh ketchup blk klu die tertinggal klas pun..lg pun byk lecturer ske kat die ni..aku pun nak blaja kat die gak huhu..bese la tu org dgki kot die x dpt tulis cam rizuan mh tulis..manusia PhD(perasan hasad dgki) mang x bleh tinggal kan klu tgk org lbih dr die cket..jgn peduli ckap org k..

Anonymous said...

lec syg ke..
lec pendidikan x syg die..
ari2 pontg tutor..
aku 1 kls tutor ngan die la..haahaha

Anonymous said...

ye kerrr...aku ase rizuan dah jmpe doc setelkan prob tu..n ok jer doc tu ngan die..de prob sbb masalah klas tuto n group asaimen jer..terpecah then xtau nak g tuto ne satu..coz group die tuto len..hmmm fitnah btol laa org kat ats nihhh..saba la ok..tumpu untk exam final keh..org yg mengate tu tah2 paper penddkn pun truk..tah2 lecturer pun lgsg x knal die..sbuk sgt jga tepi ken org..ne way 4 rizuan mh gud luck 4 final exam..jgn peduli ckap org len..kte blaja untuk balas jasa mak n ayah kan...dgr kate dah ditawarkan amik master?? congrate!!

Anonymous said...

weh komen entry dah laaa

Anonymous said...

backup2 ni ntah2 gf die..
anon 10.50, are sure?
it's ok...
hmmm, the truth is out there..
hahahhaa..
tgk la result dpt ape nnt..
biar lec x knl, tp knl sbb student byk prob xde makne gak..
bye22222222

Anonymous said...

backup2 ni ntah2 gf die..
anon 10.50, are sure?
it's ok...
hmmm, the truth is out there..
hahahhaa..
tgk la result dpt ape nnt..
biar lec x knl, tp knl sbb student byk prob xde makne gak..
bye22222222

Anonymous said...

fuh..btul3..sokong 200 peratus entry ni

Sayanik said...

alo...jangan dengar hujah sebelah pihak...kalau anda semua nak tahu penjelasan Nik Aziz atas isu ini..pegi blog Cina Islam...ada penjelasan Nik Aziz panjang lebar..baca sampai habis..fahamkan betul2!!

aki ajim said...

berdasarkan komen oleh warisan itu, saya dapat memahami maksudnya.

agama memang bukan sebahagian daripada politik, tapi politik itu ada dalam agama.maknanya, politik tidak boleh dipisahkan oleh agama.maknanya juga, agama itu meliputi politik.

PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan membawa agama dalam perjuangannya haruslah melaksanakan konsep ini dengan penuh amanah.

selaku ahli dalam Pakatan yang berbeza-beza matlamat, cita-cita dan kaedah, PAS sepatutnya mengambil tanggungjawab apabila ada rakannya yang terpesong apabila memetik atau merujuk sumber agama.PAS sepatutnya menegur dan malah kalau perlu, meminta supaya dihentikan dahulu sehingga mereka jelas dengan konsep politik dalam Islam.bukannya menunggu mereka memahami sendiri.

respon oleh Nik Aziz itu agak kurang sesuai dan mencerminkan sikap tidak mahu mengambil tanggungjawab.kita tidak hirau akan akibat individu, tapi kita bimbang dengan akibat kepada seluruh rakyat terbawah yang masih ada kurang pemahamannya dalam hal-hal politik mengikut lunas Islam.

hari ini, nampak benar sikap nik aziz yang tidak profesional ketika memberi respon kepada soalan wartawan sehingga jawapannya menimbulkan masalah dan menjadi polemik.kemudian, beliau dengan mudah membuat penjelasan panjang lebar melalui surat terbuka dan sebagainya.pesan kita, hati-hatilah.

warisan jugak said...

warisan, kau ni mst kroni rizuan. mane2 entry rizuan mesti kau backup.kau ni gf die ke warisan. nbaik kau ngaku..

hikhik

Anonymous said...

tak kira la dia tu cina ka india ka melayu orang planet marikh ka, saturn ka, zuhal ka.. tapi kalau dia doa kat allah pasti allah makbulkan selagi dia tak ancam orang-orang islam... lain kali baca al-Quran baru tahu dalam surah al-Baqarah...

Anonymous said...

ape la anon kat atas ni komen. dah terang-terang dlm Quran jelaskan bahawa hanya Bumi sahaja ada makhluk..fil ardh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...