Friday, April 3, 2009

HaRapAN BaRu RakyAt MaLaySia


PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003. BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

tahniah DSN..

takziah DSA..

terima kasih DSAAB

geng peng yu said...

alhamdulillah..siang td DSN dah pun dimahsyurkan sebagai PM yg baru.ada hrapan insya-Allah yg boleh disandarkan kpd beliau..semoga Malaysia terus makmur dan maju

geng peng yu said...

alhamdulillah..siang td DSN dah pun dimahsyurkan sebagai PM yg baru.ada hrapan insya-Allah yg boleh disandarkan kpd beliau..semoga Malaysia terus makmur dan maju

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...