Followers

Tuesday, April 7, 2009

DSA-Kejahilannya Semakin Jelas




Rakyat terbanyak semakin terkeliru dengan isu penggunaan nama Allah. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang sengaja memutarbelitkan isu ini, yang sudahpun diperjelas oleh pihak yang berautoriti termasuk para ilmuan dan ulamak, ternyata telah menyebabkan lebih banyak masalah. Di sisi undang-undang juga duduk isu sudah muktamad, malah telah dikuatkuasakan pula dengan tegas. Larangan sudah, teguran sudah, amaran pun sudah. Namun, isu ini sekali lagi diberi nafas baru oleh DSA.

Walaupun motif beliau jelas kepada kita, tetapi sungguh menyedihkan kerana beliau langsung tidak sensitif dengan perasaan kita sebagai penyembah unggul zat Maha Esa ini.
Ini zat agung yang paling tinggi dan paling suci. Tidak ada yang selain zat ini melainkan hanya Dia. Esa itu Satu, satu itu Tunggal. Wujudnya pasti dan tidak menyerupai apa-apa pun. Pasti. Ini Maha Besar yang mencipta segala isi petala langit dan segala isi petala bumi. Ini Empunya kita semua, dan kita semua, hanya yang beriman walau dengan sekecil-kecil iman sekalipun, yang berhak mengaku ke-Empunya-an-Nya ke atas kita semua.

Bila mufti bersuara akan hal ini, maka jelaslah, isu ini sangat-sangat serius. Mufti ini bukan sembarangan. Lebih ilmu, iman dan amalnya dari orang itu yang hanya tahu bercakap. Ini mufti taraf dan martabatnya sangat perkasa. Inilah orang yang perlu kita dengar dan patuh, bukannya orang itu. Imam Besar juga sudah bersuara. Semuanya sama, menuntut agar segera ditutup mulut yang bila bercakap langsung tidak memikirkan akibatnya.

Allah sesungguhnya kalimah paling terbaik dan paling termulia sekali dari sekalian kalimah dan perkataan yang ada dan dituturkan di setiap penjuru dan inci bumi dan langit. Inilah nama paling agung sekali di alam semesta. Keagungan Allah meliputi segala yang diciptakan-Nya, yang terlihat oleh kita ataupun yang tersembunyi. Dia-lah zat yang paling layak untuk disembah oleh hanya yang mengakui wujudnya, dan mengiktiraf ke-Esa-an-Nya, dan menafikan yang selainnya. Sungguh, tidak ada yang disembah selain Allah. Iban, Dayak, Kristian, Hindu, Buddha atau apa sahaja tidak layak untuk merebut nama ini, jika yang mereka sembah adalah yang selain-Nya.

Bila DSA mengizinkan selain yang berhak untuk merebut nama Allah, tanpa sebarang sebab dan tujuan yang kukuh seperti kita orang Islam yang mukmin, banyak khilaf faham yang akan timbul. Pertama, siapa dia ini untuk mengizinkan sedemikian? Bila dia cakap bahawa dia ada merujuk banyak ulamak, kita sekali lagi tertanya-tanya, siapakah ulamak-ulamak tersebut? Kita menyimpulkan orang ini bodoh agama.

Kedua, kenapa beliau terdesak untuk memodalkan isu ini ketika ini? Sejak Islam mula bertapak di Tanah Melayu, bangsa lain yang tidak menganut Islam tidak pernah menuntut untuk menyimpan nama Allah dalam kehidupan mereka. Kita ada ramai pencatat sejarah tetapi tidak pernah mereka mencatatkan peristiwa merebut nama Allah, kecuali pencatat-pencatat sejarah selepas ini yang pastinya akan menulis isu ini sebagai polemik penting bangsa.

Kita bertanya, lagi, jika DSA bercakap di hadapan orang Melayu Islam semuanya, adakah beliau berani untuk menyebut isu ini secara jantan? Orang ini putar belitnya sungguh licik. Orang ini pernah berkhutbah di mimbar. Maknanya, orang ini pernah menyeru kalimah wajib dalam rukun khutbah iaitu bertakwalah kepada Allah, yang bermaksud takutkanlah Allah. Kenapa ketika orang ini bercakap isu ini di hadapan Iban dan Dayak, tidak disebut kalimah tersebut dalam bahasa Arab? Bukankah itu lebih jelas maksudnya jika orang ini memang mahu berdakwah supaya penganut lain turut menyembah Allah dan bukan hanya tahu merebut nama-Nya sahaja tanpa sebab yang munasabah.

Kenapa DSA tidak menyatakan bahawa Tuhan-tuhan bagi Iban, Dayak, Hindu, Buddha dan lain-lain itu juga Tuhan bagi orang Islam? Bukankah orang ini menyeru kesamarataan? Tidakkan orang ini tahu bahawa Allah yang disebut dalam Quran yang disembah oleh kaum kafir semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w itu lain sekali konsepnya dengan situasi hari ini?

DSA juga berkata bahawa isu penggunaan nama Allah hanya timbul kerana UMNO telah melarangnya sejak sekian lama? Kenapa orang ini langsung tidak menyebut tentang PAS, sekutunya, yang selama ini juga terlalu taksub dengan perjuangan negara Islamnya? Apakah PAS akan membenarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan orang bukan Islam jika berjaya membentuk negara Islam ketika orang ini masih lagi bernyawa?

UMNO melarang atau UMNO memelihara kesucian nama Allah? DSA ternyata memutarbelitkan isu ini dengan sangat teruk. Maknanya, UMNO lebih Islam dari PAS. Maknanya, UMNO telah dengan yakin dan beraninya menegakkan syariat paling asasi iaitu memperkukuhkan seruan akidah. UMNO menyeru supaya takutkan Allah dan jangan disekutukan-Nya, itulah maksud orang ini yang sebenar. Ludah sudah dijilat.

6 comments:

NZTA said...

btu..btul..btul..bak kate upin n ipin..xtau la pe nak jd kan..smpaikan isu agama pun dipolitikkan..perlu ke??? terdesak nak menang kot..PKR bkn parti untuk rakyat..parti untuk anwar..keh keh keh

Anonymous said...

ets

BPN Haram said...

Aku rasa ko kot produk anak haram. konon macho. tapi awek ko ko cun la. pinjam semalaman bleh?

Anonymous said...

Apa masalahnya nama Allah untuk digunakan oleh semua makhluk??Allah adalah pemilik semua makhluk x kira mukmin ataupun tidak...kristian ke,islam lebih2 lagi boleh menggunkan nama Allah...dari sudut tu tiada khilaf...org UMNO je khilaf sebab bengong...x mengaji dengan ulama...Allah ni sesape pon boleh sebut...cumanya, jgn sebut sahaja...beriman la sekali...baru betul...soal beriman tu hidayah Allah la...kita berdakwah la supaya Allah buka hati mereka terima ISlam...baru sebut nama Allah sekali dengan iman yang jitu dan jelas...mengaji bagi habis dulu baru bercakap ya..

Anonymous said...

Anon 6.06,

Bagi tahu kat anak-anak anda, jika rumah ibadat Kristian dinamakan House of God, tolong katakan pada anak anda rumah ibadat Kristian sebagai Rumah Allah. Katakan juga Isa itu anak Allah... Ini soal akidah, jika mereka beriman suruh sudah lama mereka sujud pada Allah. Puak kristian sama macam PAS, PAS guna nama Islam untuk berpolitik. Kristian guna nama Allah unduk sesatkan anak cucu umat Islam.

Anonymous said...

Kenapa sibuk nak guna nama Allah, tuhan ada rabbi ada?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...