Followers

Monday, June 11, 2012

Tuesday, May 22, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS PERLU SLOW DOWN, JANGAN EXCITED SANGAT


Saya fikir bukanlah salah membuat lawak. Guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah bahkan sesiapa saja, boleh buat lawak ketika menyampaikan sesuatu. Dengan cara itu, perhatian audien lebih mudah ditarik. Tapi biarlah bertempat.

Akan hal seorang ustaz ni, kelihatan dia makin seronok buat lawak. Apa saja cuba dilawakkan. Dia seronok barangkali melihat audien ketawa mengekek-ngekek. Soal lagho tolak tepi dulu. 

Lihat dalam gambar printscreen di atas. Soalan itu sudah betul. Tapi dijawab oleh ustaz ni merapu-rapu. Hukum harus itu sudah betul, tapi ulasannya macam orang sakit mental!

Apa kaitannya soalan itu dengan pilihan raya? Bagaimana kalau soalan ini benar-benar mustahak? Tidakkah ia mengelirukan orang yang bertanya?

Pernah sekali, ustaz ini mengeluarkan hukum secara melulu tentang status menggantung gambar keluarga di dinding rumah. Dibantainya haram terus. Tapi ulasan atau kupasan tidak diberikan, sehinggalah si polan yang bertanya itu merujuk kepada seorang lagi ustaz yang masyhur juga. Kupasan ustaz ini lebih baik dan hukumnya tidaklah haram mutlak. Ada kaedah-kaedahnya.

Apa pun inilah ustaz yang disanjung oleh mereka dari parti cap bulan. 

GHANI HARUN TIBAI SAIFUDDIN NASUTION


Saifuddin Nasution pun kena TIBAI.

Sebelum dia TIBAI, semalam dia sendiri pun kena tibai jugak. 

LEPAS MENGAMUK, TERHEGEH-HEGEH PULAK


Ini barah. Ini virus. Bahaya. UMNO jangan simpan sangatlah orang macam ni. Waktu dia marah, tak ingat apa dah. Elok dia masuk DAP. Elok dia masuk PAS atau PKR. Biar dia tahu rendah tinggi langit.

Saturday, May 19, 2012

SENAMAN PUNGGUNG BAKAL KE RUMAH KJ PULAK


Ini macam pun ada? Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ni perlu beristighfar dan bermuhasabah. Dalam bertindak, ada batas-batasnya. Kalau ya pun marahkan BERSIH dan Ambiga, tak perlulah sampai gini kot.

Lepas cemarkan nama baik kerajaan (yang tak ada kaitan pun dengan senaman punggung mereka tu), sekarang nak lawan dengan KJ pulak? Ini KJ bukan sebarangan. Lembik-lembik dia, ajak ke medan, dia turun!

Sebagai Presiden yang mewakili suara dan nama baik bekas-bekas tentera Melayu, Encik Mohd Ali sepatutnya menjaga kelaku kelayaknya dan anak-anak buah yang lain, bukan berterusan merosakkan imej bekas tentera kita. Nak berpolitik, terjun teruslah!

18 ABOVE ONLY!!! MACAM MANA TUN NGORAT ISTERINYA??


"Sebelum memasuki Kolej Perubatan, saya hanya belajar di sekolah lelaki tapi di kolej ada pelajar perempuan. Daripada tujuh penuntut Melayu dalam kumpulan kami, ada seorang penuntut perempuan bernama Hasmah yang bertocang dua. Penuntut lelaki berebut-rebut hendak membawa bukunya. Saya juga tidak mahu ketinggalan. Saya memberanikan diri untuk menolong membawa bukunya. Beliau sudi menerima seperti mana beliau menerima pelawaan penuntut lelaki lain. Saya berterusan menolongnya. Lama kelamaan kami semakin rapat."

-Hikayat Cinta Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah-

DOKTOR UMUM | Memoir Tun Dr. Mahathir

HOW SWEET YOU ARE TUN..hehe..

TOK GURU KU


Dulu saya kagum, dan sanjung Tuan Guru ini. Tapi sekarang ni rasa kagum dan sanjung itu mungkin dah berkurang.

Sudah berapa kali usaha bermuzakarah antara parti beliau dan parti UMNO gagal? Terbaru, hasrat bermuzakarah itu terbit dari mulutnya sendiri, tapi ia bertukar nada dari sehari ke sehari bila media pembangkang mengkritik usaha tersebut. Bagi saya, ia sengaja dijelmakan sebagai isu tetapi niat ke arah bermuzakarah memang tak ada pun!

Tuan Guru oh Tuan Guru..bakpo la mu jadi gininyo? Hok molek mu tolak. Hok kalut mu cari. Isle gapo dio kalu dok baloh sokmo samo sek sendiri?

Moh bace petikan berita dari Sinar ni. Mekomer nilaikan sendiri sapa Tuan Guru kita ni...

KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.


Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.


“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.


“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.


Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.


Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.


Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.


“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.


Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.

BUKTI ANWAR PERNAH KAWTIM DENGAN PAK LAH!!

Orang PKR, orang PAS dan orang-orang pembangkang yang lain, jangan terkejut video ni. Orang DAP lagilah.


Sibuk sebelum ini, sok sek sok sek sana sini, kata Anwar pernah kawtim dengan Pak Lah, memanda Perdana Menteri Malaysia kelima, untuk bawak dia masuk balik dalam UMNO. 

Syukur Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segala perancangan musuh-musuhNya. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT tak izinkannya berlaku seperti yang dirancang.  

NIZAR BAWAK BAKUL SAMPAH ANGKUT BEKAS NAIB KETUA PEMUDA UMNO

Sahabat baru saya di alam maya, Kapak Blog, mengulas sikit pasal isu Naib Ketua Pemuda Kampar, Perak yang ishtiharkan keluar dari UMNO sebab tak puas hati tak dapat projek pasir. Sikit punya hal, terus merajuk. Apa punya turrr la pemimpin macam ni. Klik SINI untuk ke Kapak Blog. 


Menurut sahabat saya ni, bekas Naib Ketua Pemuda yang meroyan sakan ini berjawatan besar dalam kerajaan (dan sahabat saya yakin dia seorang PTD kerana jelas dia sebut M48). Memang dasar tamaklah orang macam ni. UMNO bermasalah sebab ada orang-orang macam ni. Kalau ada lagi orang macam ni dalam UMNO, silahlah keluar. Istiharkan dalam majlis, panggil sekali Nizar Royan ni sebagai back up. Dia memang tengah takde keja nak buat tu.

Apa pun, untuk Nizar Royan, kamu memang mewakili bakul sampah PAS untuk pungut orang-orang macam bekas Naib Ketua Pemuda ni. Layak bebenor masuk PAS.

MB PERAK MURTADKAN ORANG??? GILA!!



Kenapalah MB ku sorang ni.. Kenapalah kamu buat masalah lagi. Kesianlah kat PAS tu.. Sepatutnya kerja dakwah macam ni PAS yang buat, tapi kamu pulak yang potong jalan. Bukan sedikit yang dah kamu Islamkan tu wahai MB, tapi 161 orang. PAS dah lama cuba tapi tak mampu..

Klik SINI untuk berita penuh. Saya tak nak tambahkan sakit hati PAS dalam soal ini. 

He he he.. Nizar meroyan tak?



NIZAR DAN ANWAR SETARAF DALAM KEGIATAN MENIPU


Orang kata Nizar ni dah gila. Tapi saya tak mahu ler kata macam tu. Bagi saya, dia cuma kemaruk akan kuasa. Penyakit ni tak jarang ada dalam kalangan politician, tapi tak selalu berlaku. Sebab tu kot orang kata dia gila. Maksudnya, penyakit kemaruk akan kuasa ni memang ada dalam kalangan politician seperti Nizar ni tapi bukan selalu berlaku.

Dalam kes Nizar ni je masalah ni selalu berlaku. Bukan sekali dua dia dikesan bermasalah dengan penyakit ni. Baru-baru ni dia claim kononnya ATM ada kawtim dengan PM untuk pastikan BN kekal berkuasa selepas PRU 13 kelak. Tapi bila dimintak bukti, menggagau dia nak jawab. Pusing punya pusing, lastly dia kata, dia pun dengar dari orang lain.

Boleh pulak dengar cakap orang pastu umum dalam ceramah. Ini kes berat. Janganlah lepas tangan.

Kemudian dia sekali lagi ditangkap mengkantoikan dirinya sendiri (also known as, menipu!) dalam twitternya. Kononnya dia berjaya menyergah penceramah UMNO dalam satu majlis ceramah di Kg. Tualang Sekah. Beriya-iyalah blog pembangkang main isu ni. Nizar dijulang kononnya berani dan jantan sebab masuk ceramah UMNO.

Tup-tup, keluar video penuh tentang peristiwa bersejarah tersebut. Maka kantoilah Nizar kali ini. Rupa-rupanya dia yang disergah sampai cabut lari! Nak tengok video tu? Cari di youtube je lah. Buat semak upload di sini je yob..

Dan terbaru lagi, kali ini Nizar kantoi menipu lagi di twitternya. Apa dia tipu kali ni? Moh klik SINI

Nizar oo Nizar...makin kamu melalut di twitter, makin jelaslah siapa kamu sebenar. Setaraf je, tak lebih kurang pun dengan Anwar Ibrahim kaki kelentong tuh.

ANWAR LARI LAGI

Gambar hiasan. Anwar sedang menipu pentaksub-pentaksubnya. 

Semalam Anwar Ibrahim berceramah di Larut ye? Dengor citer Anwar cabut awal sebab tak tahan telinga mendengor Ummi Hafilda yang turut berceramah di satu tempat berdekatan di Kampung Paya. Anwar di Kampung Perak, Ummi di Kampung Paya. Jaraknya kurang 100 meter.

Ini bukan kali pertama Anwar cabut awal setiap kali bertembung dengan Ummi Hafilda. Kenapa Anwar takut sangat ni?? 

Pentaksub-pentaksub yang mampu Anwar tarik dalam ceramahnya semalam juga dikhabarkan tak sampai 2000 orang, jauh sekali dari kebiasaan. 

Pleasa la Anwar. Rakyat mahu dengar kamu berdepan dengan Ummi HafildA. It is no way to run away each time you see her. Berdepan dan berdebatlah secara matang. Baru rakyat nampak kesungguhan kamu nak jadi PM. Kalau masalah peribadi macam ni kamu biarkan dijaja oleh musuh kamu, alamatnya hancur negara nanti kalau kamu betul-betul jadi PM.

Solve it like a man, and you'll gain the votes!

Friday, May 18, 2012

GAMBAR MAHASISWA USM MENYERANG PIHAK UNIVERSITI

Apakah yang membuatkan lelaki muda ini kelihatan hebat?

Gambar di atas diambil ketika mahasiswa-mahasiswi USM, Kampus Induk, Pulau Pinang (bukan mahasewel jalanan ye) berdiskusi dengan kepimpinan universiti baru-baru ini. Gambar ini amat menarik perhatian saya bukan kerana manusia lelaki yang berdiri itu hebat (sememagnya beliau seorang yang hebat!) tetapi kerana baju Alif Ba Ta yang menyarungi badannya itu. Saya fikir, baju itulah yang membuatkan beliau kelihatan lebih hebat pada malam itu, sebegitu rupa. 

Demi Alif Ba Ta, Kita Sudah Tiada Masa - Ia sangat besar ertinya buat saya dan mungkin sesiapa saja yang memakai baju ini (ada tapi tak pakai tak guna juga). Ada rasa kagum dan bangga yang terbit menjalar dalam diri kami apabila memakai baju ini. Insya-Allah, gelombang Alif Ba Ta ini akan disebarluaskan lagi pada masa akan datang. 

Seterusnya mari kita saksikan gambar-gambar lain yang sempat saya cilok dari FB rakan-rakan di USM ketika berlangsungnya program tersebut di Dataran Usahawan Siswa USM, Kampus Induk. Saksikan.. 





Nota : Nama lelaki muda yang memakai baju Alif Ba Ta dan berdiri itu ialah Mohammad Idzuan bin Jamaluddin, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sidang ini.

AMBIGA HANTAR WAKIL SAPU DUIT FELDA

1 Malaysia, UMNO berjasa! Kata pak cik BERSIH itu..hehe

Alalalala..pak cik BERSIH pun sapu juga ye? Hehe..duit punya pasal. Jari satu tunjuk atas. Selalunya jari yang diangkat begitu tandanya mengakui sesuatu. Dalam solat, jari telunjuk diangkat ketika baca tahiyyat sebagai tanda mengakui keesaan Allah SWT. Dalam kes ni tak bolehlah disamakan macam dalam tahiyyat, tapi nak bagitahunya, orang tua ni memang mengakui kebenaran bahawa Kerajaan 1Malaysia Barisan Nasional yang menguruskan Felda telah berjaya menafikan dakwaan pembangkang kononnya Felda sudah bangkrap. Terima kasih pak cik BERSIH!

KOMPLOT BN DALAM PILIHANRAYA PARLIMEN MESIR?


Gambar di atas ialah salah satu poster yang digunakan oleh seorang calon dari kem Ikhwanul Muslimin, sebuah pertubuhan persaudaraan Islam terbesar di Mesir dan Timur tengah, yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen Mesir tidak lama lagi.

Sekali pandang, tiada apa-apa yang istimewa dengan poster ini. Tapi cuba perhatikan betul-betul. Ada satu logo berbentuk dacing yang digunakan oleh calon ini. Kenapa dacing? Kenapa tidak bulan? Soalan ini tidak perlu dijawab sebenarnya. Sengaja saya muat naik di sini untuk perkongsian bersama. Selebihnya, terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Peace!

SELAMAT DATANG KE SELANGOR!

Sebelum apa-apa, mari layan video parodi di bawah :


Parodi Bangkang Dari Longkang semakin berapi. Jika sebelum ini ramai yang melatah terutamanya juak-juak pembangkang, tapi kali ini mereka pasti akan melatah lebih teruk dengan tersiarnya video berjudul Special Offer ini.

Apa tidaknya, parodi ini dengan beraninya menyinis Kerajaan PKR Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Khalid Gagap kerana tidak mampu bertindak mengatasi masalah rumah urut haram yang semakin bercambah di negeri tersebut.

Jika sebelum ini rakyat digula-gulakan dengan janji dan manifesto kononnya pembangkang boleh selesaikan masalah yang berlaku sejak zaman pemerintahan UMNO/BN itu lagi, tetapi hari ini masalah bukannya makin selesai tapi makin buruk.

Jadi tak hairanlah kalau lepas ni Selangor digelar Darul Maksiat. Mana PAS? Tak berketek* dah ke?

Glosari :

Berketek ialah istilah dalam loghat pattani yang bermaksud bersuara. Tak berketek pula bermaksud tak berani bersuara atau tak mampu berkata-kata lagi. 

VIDEO YANG AKAN MEMBUATKAN PAKATAN MEROYAN SAKAN

SAKSIKAN

Wednesday, May 16, 2012

Bersih 3.0 Itu Kotor - RTM


Video ini wajib ditonton dan disebarkan ke seluruh Malaysia supaya orang ramai tahu siapa puak kuning ini!

ORANG PAS KENDURI GUNA DUIT BR1M, HALAL KE?


Memang penganut PAS ni cerdik-cerdik belaka. Kalau tak pun, mereka selalu fikir yang mereka itu cerdik melalui tindakan-tindakan yang dibuat. Misalnya, dalam laporan Harakah baru-baru ini, bukan main lagi orang PAS mendabik dada berbangga kerana berjaya 'mengenakan' Najib.

Apa yang mereka buat tu? Macam yang dilaporkan, mereka guna duit BR1M yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk buat kenduri. Kemudian jemput pula TG Nik Aziz makan sekali.

Sebelum ni beriya-iya lagi kata duit tu haram diambil atau dimakan. Ini buat belanja bekwah halal pula. Atau Tuan Guru dah transferkan duit tu dalam Bank Islam untuk tukar status Haram ke Halal? Kalau orang bukan Islam kena masuk Islam dulu baru boleh kahwin dan 'main' maka samalah juga dengan duit RM500 tu barangkali. Kena masukkan dalam Bank Islam dulu baru jadi halal. Lagu tu? Hehe..PAs pIs pUS sungguh la puak ni.

Tuesday, May 15, 2012

HASAN ALI MENGAMUK DI SHAH ALAM

Yang berdekatan, apa lagi. Takkan nak biar Hasan Ali mengakuk sorang-sorang!

Ana Kembali Demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air Malaysia Ini

Bismillahirrahamanirrahim.. Dengan Izin-Nya, saya akan kembali menulis di sini. Demi Alif-ku, Ba-ku dan Ta-ku, aku akan mengetuk kembali kekunci ini. Semoga Islam akan terus gagah dan Melayu akan terus memerintah tanah bertuah ini.

Monday, February 6, 2012

Jalan Lain Untuk Hudud

“Golongan Yahudi dan Nasrani itu tidak akan berdiam diri hinggalah kamu mengikuti agama mereka”- (Al-Baqarah: 120)

Berulang-kali diasak, akhirnya seorang teman mengakui betapa dia terlalu berharap untuk melihat parti kesayangannya, PAS, memimpin sebuah daulah Islamiah di negara ini. Sedangkan, kata teman itu, harapan itu ternyata semakin pudar dan jauh untuk digapai.

Seperti teman itu, di luar sana masih ramai yang menyimpan harapan serupa. Lebih dari itu, setiap yang bergelar muslim mukmin pasti berharap sebuah daulah Islamiah akhirnya berdiri teguh di Malaysia dan di rantau Nusantara yang mempunyai komposisi penduduk Islam terbesar di dunia.

Daulah Islamiah adalah cita-cita dan harapan kita semua. Lantaran itu ia menjadi tanggungjawab setiap diri umat Islam untuk menegakkan cita-cita dan harapan tersebut melalui apa-apa sahaja kekuatan yang termampu.

Namun, dalam konteks muktahir, adakah benar parti kesayangan teman saya itu layak untuk mengemudi jemaah ke arah mendirikan sebuah kerajaan Islam sejati di negara ini?

Inilah yang saya cuba cari dan selidiki termasuk daripada teman saya itu, yang sejak awal akil balighnya hanya kenal PAS dan menjiwai sepenuhnya ruh parti itu dan dibawa hingga ke bumi Mesir. Sekembalinya, malah semangatnya semakin berkobar-kobar. Justeru menjadi sayugia di hati saya kalau-kalau dia boleh mencerahkan kekusutan saya ini. Adakah PAS jawapannya?

Teman saya itu hanya diam apabila saya bertanya tentang mekanisme atau kaedah yang boleh dilakukan oleh PAS dalam usaha menegakkan daulah Islamiah.

Putrajaya adalah simbol kuasa di negara ini. Sesiapa yang berjaya menguasai kota itu, maka dia punya segala kekuatan untuk melaksanakan cita-cita politiknya. Dan kerana daulah Islamiah adalah cita-cita politik PAS dan seluruh ahlinya, maka Putrajaya harus direbut terlebih dahulu. Menguasai Putrajaya, maknanya mendapat bantuan daripada Allah SWT dan PAS semakin hampir, katanya.

Dua persoalan saya lanjutkan. Adakah selama lebih 50 tahun ini Allah tidak membantu perjuangan murni PAS? Dan bolehkah sebuah daulah Islamiah didirikan melalui kaedah barat, iaitu sistem peti undi dalam konsep demokrasi berparlimen? Bolehkah ia dilakukan melalui Pakatan yang disertai PAS sekarang?

Teman saya itu ternyata tidak selesa dengan soalan pertama. Dan dia semakin rimas dengan soalan kedua. Kata teman saya itu, kita tidak boleh mengharapkan kerajaan yang ada sekarang (maksudnya tentulah UMNO) yang sudah 50 tahun berkuasa tetapi tetap tidak melaksanakan Islam. Jadi pilihan yang lebih baik ialah PAS!

Tetapi adakah dia lupa, siapa PAS hari ini?

Apa-apa pun hujah politiknya, saya teguh dengan pendirian bahawa jalan ke Putrajaya tidak boleh dilalui menggunakan tunjuk arah demokrasi yang disediakan oleh orang barat sekiranya kita mahu tegakkan sebuah daulah Islamiah di Malaysia. Kita harus mengambil arah lain yang bertentangan sama sekali. Mustahil? Tidak, sekiranya kita bersatu!

Jawapannya hanyalah melalui persatuan dan penyatuan yang tulen, kukuh dan teguh dalam kalangan umat Islam di negara ini. Tolak tepi kepentingan parti, hatta PAS sekalipun, kerana ia juga sebuah parti politik seperti juga UMNO.

Namun, jika dilihat pada reaksi para pemimpin tertinggi PAS hari ini, harapan asas iaitu penyatuan umat Islam (baca:Melayu) itu pun sudah gagal dicapai. Islam menganjurkan perpaduan, tetapi PAS menolaknya. Jadi bagaimana Islam akan menjadi kuat dan perkasa jika umatnya sendiri tidak mahu bersatu.

Kata teman saya itu, bersatu atas akidah, bukan untuk kuasa. Nah! Tahu pula dia. Seruan UMNO untuk bersatu itu bukan seruan akidah lagikah? Jika PAS bersatu dengan UMNO atas dasar akidah, PAS juga yang untung kerana ia akan mendapat hormat yang tinggi daripada ahli-ahli UMNO yang ternyata lebih ramai berbanding parti itu sendiri.

Dengan menjadi sekutu dalam Pakatan, hala tuju PAS sebenarnya semakin kacau bilau. Jika selama ini orang Melayu mengenali PAS sebagai sebuah parti yang teguh dengan agenda Islamiahnya, tetapi hari ini PAS tak lebih sebagai sebuah parti yess boss dalam Pakatan. Malah, saban hari pelbagai masalah dalaman terdedah. Kalau dulu PAS solid di luar dan di dalam, indah seperti khabar dan dihormati kawan dan lawan, tetapi hari ini ahli-ahlinya sendiri sudah mula tidak mempercayai kemampuan parti itu meneruskan agendanya.

Saya percaya, teman saya itu juga pasti menyedari hakikat ini. Cuma egonya sahaja yang masih membelenggu dirinya daripada keluar dan berpijak di bumi yang nyata.

Kepada teman saya itu dan ahli-ahli PAS yang masih berharap sebuah daulah Islamiah ditegakkan termasuk saya sendiri, percayalah, jalan untuk hudud bukan melalui sistem peti undi tetapi hanya melalui jihad fisabilillah. Usah buang masa dan keringat kita untuk sesuatu yang tidak pasti. Marilah bersatu bersama UMNO demi syiar Islam. Kita pegang amanah Allah SWT ini kuat-kuat untuk imarahkan alam dan negara kita sambil melebarluaskan lagi syiar Islam. Syariat pasti akan tertegak dengan izin Allah pada akhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...