Followers

Wednesday, November 10, 2010

Khidmat Pejuang Bahasa Dituntut Segara!

Masih membisu?

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan daripada Tokoh Akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berhubung cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

Menurut Nik Safiah, hanya Bahasa Melayu yang layak diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini, tidak ada yang kedua atau yang ketiga. Pada masa yang sama, bahasa-bahasa lain termasuk bahasa ibunda diberikan ruang dalam perlembagaan untuk dipraktikkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

Justeru beliau secara jelas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang diutarakan oleh Jagdip Singh Deo, seorang wakil rakyat berstatus peguam terkemuka, yang sepatutnya lebih celik perlembagaan negara ini.

Soalnya sekarang, ke mana pergi semua pendokong-pendokong bahasa seperti Datuk Hassan dan A. Samad Said? Mana pergi pejuang-pejuang bahasa yang sanggup bertempur dahulu dengan pihak keselamatan semata-mata hendak membantah PPSMI?

Allah Maha Adil. Dalam masa yang cukup singkat, ia dibalas. Hari ini, sudah timbul cadangan yang secara jelas jika dilaksanakan, akan cuba menyaingi status perundangan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi di Malaysia.

Ini jauh lebih berbahaya berbanding PPSMI. Ia bakal mewujudkan persaingan secara total meliputi segenap bidang, bukan hanya pendidikan. Bahasa Melayu bakal lenyap atau disisihkan secara perlahan-lahan sementelah penggunaannya hari ini pun minimal di negeri ini. Ia hidup pun kerana masih ada orang Melayu di sini.

Justeru, bangkitlah wahai pejuang-pejuang (kononnya) Bahasa Melayu. Jangan bersikap terpilih dan tak usahlah berhujah-hujah lagi. Ini soal survivor bahasa kita yang sebenar!


Hanya bahasa Melayu bahasa rasmi - Nik Safiah

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak pernah melarang penggunaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat malah menggalakkan mereka menguasai bahasa antarabangsa itu.

"Kita juga telah menjadikan bahasa Inggeris selaku bahasa pengantar kedua di sekolah-sekolah selepas bahasa Melayu.

"Adakah ini masih belum mencukupi sehingga bahasa itu (Inggeris) juga perlu dijadikan bahasa rasmi?," soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Safiah berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan wakil parti DAP dari Datuk Keramat, Pulau Pinang, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di negeri itu.

Menurut Jagdip, ia selaras dengan hasrat menjadikan negeri itu sebagai bandar antarabangsa pada masa depan.

Cadangan wakil DAP itu disuarakan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Dalam pada itu, Nik Safiah menambah, penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa kedua dilihat seakan-akan memberi persaingan terhadap bahasa kebangsaan itu.

"Justeru, saya sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa rasmi kedua walaupun di Pulau Pinang," tegasnya lagi.

7 comments:

Megat Alam Gempita said...

Tok janggut putih ni tak der telo harap janggut jer panjang dengan DAP takut menikus pirah hang! Kami nak tengok hang beserta 10 ribu orang beraksi menentang DAPig mengenai isu bahasa ni di Penang. Ayuh balun!!!

Gerakan Timur said...

ToK janggut kena terus berjuang dan konsisten. Buktinya perjuangan anda. ajak sekali ibrahim ghaffur (berbaju batik) dan suruh dr. ibrahim ni ajak Dr Rani (YB pas Meru) ikut berdemo.. ada brani? hahaha...

Kenn said...

Berdasarkan kes Mark Koding, usul B.I. sebagai bahasa rasmi adalah 'seditious'.

Anonymous said...

Nilah jenis Melayu yang emosinya tak stabil. Kita buat dasar sebab nak martabatkan bangsa kita, supaya berdaya saing dipasaran. Kalau setakat tok janggut dan rakan rakan tu di malaysia pun tak berapa laku. mujur ada usaha usaha pemerintah nak memartabatkan mereka ini. Bull shitlah tok janggut, ingat kita boleh maju dan berjaya setakat perjuangkan bahasa aje ke????? kalau dinegara sendiri pun bahasa orang dah tak peduli, hiduplah kamu dengan puisi kamu... hiduplah kamu dengan berfalsafah je.... berapa puluh tahun dah kamu perjuangkan bahasa melayu ni? cuba sesekali jenguk ke sekolah sekolah, cari , berapa ramai rakyat malaysia yang masih buta bahasa melayu, nama sahaja lahir di malaysia, cakap bahasa melayu pun tak boleh... poooorah pejuang pejuang bahasa,, lebih baik kita fikirkan survival bangsa kita dan bukan survival bahasa kita semata mata.. celik sikit lah tok janggut

Mat tak da janggut

Anonymous said...

Tok jangGOAT bullshit.......
Pejuang bahasa konon....
Ni bahasa yang kau dapat.....
"LANCAU LA KAU".......

Anonymous said...

from today onwards A.Samad Said wil be called "ASS"...amacam okay tak??

cyda said...

ke mana p nye pjuang bahasa?

sbnrnya A.samad said dh nampk bende2 ni..dh lm kt penang ni bhs Melayu dianak tirikan....cuma nak "dirasmikan jer" bt pe nk sensasi kan isu"
soal bhs kedua @ pertama xtimbul isu....

pasal ppsmi..tindkn a.smad said btoi..klu trus dibiar...di th pe akn jd..xtimbul dia kn pengruh sape2....

cb tgk sastera melayu kita?
kt mn kdudukan?
sdngkn sastera kt "induk' kpd bhsa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...