Followers

Tuesday, November 9, 2010

RM 150 ribu Untuk Seunit Rumah Mampu Milik?


Rumah mampu milik di Pulau Pinang bakal berharga RM 150 ribu? Jika perkara yang diumumkan oleh KM PP sendiri dalam belanjawan negerinya baru-baru ini menjadi kenyataan, maka piawaian perumahan di negeri ini khususnya di bahagian pulau akan berubah secara drastik!

Menurut beliau, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM 60 juta bagi membina sekurang-kurangnya 400 buah unit kediaman mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah di bahagian pulau, atau dalam istilah matematiknya, RM 150,000 untuk setiap unit.

Berdasarkan satu kaji selidik yang belum diumumkan dapatannya, yang mana saya sendiri terlibat secara langsung dalam menganalisa kajian tersebut, unit rumah pada harga RM 150,000 diklafikasikan sebagai rumah kos sederhana. Ia jarang sekali didiami oleh golongan berpendapatan rendah khususnya di Pulau Pinang ini.

Justeru berita ini pastinya akan menimbulkan lebih banyak persoalan kelak. Kerajaan negeri pimpinan KM sekarang terlalu banyak mencetuskan isu dan kontroversi ke atas rakyatnya sendiri berbanding berusaha secara ikhlas menyelesaikan setiap masalah yang dibangkitkan.

Pada harga RM 150 ribu, adalah jelas, ia bukan suatu penyelesaian yang bijak terhadap masalah tempat tinggal yang membelenggu golongan berpendapatan kecil di sini. Masyarakat gelandangan juga masih belum mampu ditangani secara efektif sebaliknya semakin serius terutamanya di kawasan Komtar dan sekitar Georgetown. Malah, ia boleh dilihat di mana-mana.

Bukanlah nak pertikaikan usaha murni beliau kerana sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyediakan penempatakan kepada rakyat yang tidak berkemampuan, tetapi biarlah realistik. Ini tidak, belum apa-apa lagi, sudah timbul pelbagai andaian termasuk yang menyentuh hal-hal berbaur perkauman sekali gus menjelaskan lagi keraguan rakyat terhadap kemampuan urus tadbir dan perancangan kerajaan negeri sekarang.

Kerajaan negeri sepatutnya lebih jelas dengan permasalahan golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang kerana di sini, semuanya mahal. Diharap slogan kerajaan berkebajikan yang dimanifestokan dahulu benar-benar direalisasikan.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha lawak tp baguslah kalau nak bantu org susah utk milik rumah harga RM150K...mcm tu barulah betul slogan Rakyat didahulukan...bukan mcm Kerajaan BN pimpinan UMNO yg hanya tahu berslogan tp majoriti rakyat terutama org melayu di bandaraya tinggal dlm sarang merpati....Rumah Mampu Milik Versi UMNO.

Anonymous said...

Ya Allah, selamatkanlah Islam daripada menjadi mangsa politik hamba-hamba-Mu yang tamak dan rakus dengan keindahan duniawi, kembalikanlah Islam kepada mereka yang berjiwa kental dan dermawan.

Siapa yg tamak dn rakus dgn keindahan duniawi ini??? Bagaimana kehidupan para menteri kita, bagaiman kehidupan para pemimpin UMNO dan kroni2 mereka...fikir2kan lah.

Agak2nya komen saya ni saudara lulus ke tidak? Sbb saya pn pelik coz xde pun komen2 kat sini.

email saya: papialo@hotmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...