Followers

Thursday, November 26, 2009

SELANGOR HARAMKAN BTN - TAKUT BAYANG-BAYANG RUPANYA

Tersenyum dalam kepenatan. Kisahnya, Kerajaan Pakatan Pembangkang telah memutuskan untuk mengharamkan sebarang aktiviti atau kursus yang dikelolakan oleh Biro Tatanegara atau glamornya, BTN, di negeri tersebut.

Kebetulan , saya dan rakan-rakan baru sahaja pulang dari mengikuti Kursus BTN Lanjutan - Kepimpinan Mahasiswa. Tidak dinafikan, BTN mempunyai hubungan yang rapat dengan mahasiswa IPTA seluruh negara. Modul-modul yang dirangka oleh biro di bawah Jabatan Perdana Menteri ini telah berjaya merobah minda dan persepsi mahasiswa kita khususnya dalam isu-isu politik dan kenegaraan.

Sama ada yang terobah itu lebih menjurus kepada persepsi politiking atau persepsi personal terhadap BTN sendiri, saya tidak mampu menjawab secara tepat. Malah, ada yang langsung menyokong pembangkang selepas sekali mengikuti kursus BTN. Setiap peserta pastinya mempunyai penilaian masing-masing. Saya percaya di luar sana masih ramai yang tidak tahu apakah peranan BTN. Malah yang takut-takut dan bimbang dengan kesan akibat menyertai kursus BTN juga masih ramai.

Berdasarkan pemerhatian umum, ternyata mahasiswa rata-ratanya belum dapat menerima kerelevan program sebegini. Tidak semua mahasiswa di mana-mana IPTA berpeluang terpilih menyertainya. Ruang keelitan ini kemudiannya bercambah menjadi satu lagi persepsi kononnya BTN mempunyai agenda tertentu yang halus lagi berbahaya terhadap mahasiswa. Yang langsung menuduh BTN sebagai alat propaganda UBN juga tidak sedikit. Semua ini secara tidak langsung akan memalitikan imej yang negatif terhadap BTN.

Antara tuduhan paling biasa didengar ialah, BTN telah digunakan oleh UBN sebagai medium kempen dan penerangan dan juga sebagai alat menyebarkan pengaruhnya terhadap mahasiswa. Sudahlah AUKU juga dituduh menyekat kebebasan mahasiswa, kini BTN pula dijadikan gandar memasang pengaruh UBN dalam kalangan intelektual muda. Justeru ketika Buletin Utama sebentar tadi melaporkan tentang berita pengharaman ini, lantas saya merumuskan bahawa ia dibuat sebagai respon langsung kepada tekanan demi tekanan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang ketika ini. Alasan kononnya kursus –kursus BTNmenyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat pada saya sangat dangkal dan tidak cerdik sama sekali.

Saya tidak pasti apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Kerajaan Selangor melalui alasan tersebut. Jika ia adalah strategi reverse psychology terhadap tekanan politik yang dikenakan oleh UBN, maka saya kira keputusan tersebut tidak dibuat secara menyeluruh sebaliknya lebih bersifat membalas dendam politik semata-mata. Ia adalah keputusan semerta yang lebih bersifat seperti lelaki besar yang takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Siapa lelaki besar itu? Tentunya penasihat mereka sendiri yang sebenarnya menjadi antara pengasas kepada BTN suatu ketika dahulu sebelum disepak keluar daripada UMNO dan kerajaan BN.

Strategi menyerang balas dengan pukulan maut seperti ini sebenarnya sudah diduga. Pengharaman BTN di Selangor yang meliputi semua peringkat termasuk staf kerajaan telah disusuli dengan penubuhan SPIES yang diumumkan oleh salah seorang Anggota Exco Kerajaan Negeri. Ketika mendapat berita ini, senyum saya semakin lebar. Mahu saja ketawa. Kenapa begitu mendadak? Nampak benar wujudnya nilai-nilai permusuhan dalam strategi yang digunakan. Namun seperti biasa, apalah yang nak dihairankan kerana mereka adalah pembangkang UBN. SPIES yang kononnya lebih komprehensif dicadangkan dengan hujah bahawa ia tidak akan memupuk sebarang unsur perpecahan dalam kalangan peserta. Saya tertanya-tanya apakah justifikasi yang digunakan untuk mendakwa BTN telah menyebabkan rakyat Malaysia berpecah selama ini.

Sepanjang saya menyertai kem atau kursus sebelum ini, saya tidak pernah dihadapkan dengan modul-modul yang berbentuk perkauman dan sebagainya. Sebaliknya, setiap fasilitator akan bercakap berdasarkan fakta yang kadang-kala diselitkan dengan unsur sejarah, moral dan keagamaan. Tidak pernah kami disuruh membenci mana-mana kaum, sebaliknya, patriotism menjadi semakin tebal dan toleransi juga berjaya dipupuk dengan lebih baik. Beberapa kem dan kursus yang saya sertai sebelum ini juga disertai oleh pelajar bukan Melayu. Mereka sendiri mengakui program sebegini mempunyai nilai-nilai yang sangat positif dalam membina satu bangsa yang berkongsi pelbagai citra iaiti bangsa Malaysia yang bertunjangkan perlembagaan.

Kesimpulannya, saya yakin dan percaya kursus-kursus BTN akan terus relevan dalam suasana sosio-politik dan ekonomi negara yang semakin mencabar ini. Rakyat perlu difahamkan dengan tatanegara. Bahkan, kitab-kitab besar karangan ulama tersohor pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu dahulu juga banyak berbicara tentang adab bernegara. Justeru tiada salahnya jika hal yang sama turut dipraktikan pada masa ini.

BTN juga banyak membantu membentuk set kepimpinan peringkat pelajar dan NGO lain. Melalui BTN, budaya fikir, budaya kerja dan budaya bersosial dalam kalangan pemimpin pelajar contohnya, berupaya dibentuk dan dijadikan panduan. Justeru kenapa masih mahu melebihkan penilaian terhadap sisi negatifnya sahaja jika nilai-nilai baik masih lagi banyak? Saya dimaklumkan bahawa pihak PMI sendiri mempunyai kursus yang mirip BTN tetapi lebih dikenali sebagai Tamrin. Modul-modulnya menurut bekas peserta yang saya kenal lebih tebal dengan nilai rasis dan mengajar pelajar membenci pemerintah. Begitu juga, pihak SPF, PBT, DEMA dan sebagainya lagi turut mempunyai program mereka sendiri yang lebih banyak memupuk kebencian terhadap pelajar Melayu di kampus-kampus. Justeru, siapa sebenarnya yang rasis?

8 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya ada juga mengulas isu BTN yang jadi mangsa boikot.

Mungkin ia menunjukkan program BTN itu berkesan mendedahkan fakta sebenar Pakatan Rakyat ?

saya tak sangka tuan dapat menghuraikannya dengan lebih mendalam..

tahniah !

Wong Pencen said...

Bukan ke Dr Halimah selaku mewakili kerajaan Selangor mengeluarkan kenyataan menghentikan penyertaan program kelolaan BTN? Adakah larangan sebegini sama tarafnya dengan perkara HARAM?

Anonymous said...

Salam perjuangan semua,

Nak komen sikit mr wong pencen...kalu dah larang tu maknya tak boleh buat, kalu tak boleh buat tu maknanya jgn la buat dan pendek kata haram la tu...jgn nak berdalih dengan guna "bahasa"..kita tgk niat dia kenapa dia "hentikan" penglibatan??

mr wong pencen pernah pegi BTN?? apa pendapat mr wong?? ada perkauman diterapkan ke??? ada kata suruh benci pembangkang??

Terima kasih.

Nik
Daejeon

ks30069 said...

Salam..

Ok bro....mmg tunggu tulisan kali ni....

Harap yg kritik BTN boleh buka minda skit....

Wassalam...

syafiqnazmi said...

salam tuan,

mohon untuk paste entry tuan di blog sy..

terima kasih..

Anonymous said...

BTN perlu di mansuhkan segera....rakyat bukannya bodoh untuk menerima dakwah politik BN "cuci otak". BN sudah mula takut pada bayang bayang nya sendiri....

Wong Pencen said...

Anonymus November 25, 2009 10:38 PM

"...kalu dah larang tu maknya tak boleh buat, kalu tak boleh buat tu maknanya jgn la buat..."

Saya setuju setakat itu tetapi sama sekali tidak setuju dengan sambungannya.

"...dan pendek kata haram la tu..."

Kalau begitu, bagaimana kita sebagai MUSLIM yang berbahasa MELAYU mahu membezakan antara larangan ALLAH dengan larangan yang diolah olah manusia? Saya pasti kedua-duanya mempunyai tahap yang berbeza. Wajarkah kita berlaku salah semata-mata untuk memendekkan kata?

Bukankah yang HARAM itu jika dibuat juga akan mendatangkan DOSA.

"...jgn nak berdalih dengan guna "bahasa"..."

Bukan berdalih namanya tetapi penggunaan bahasa melambangkan kefahaman kita terhadap sesuatu perkara. Penggunaan bahasa yang tidak tepat menggambarkan kita sebagai manusia yang mengambil mudah atas sesuatu perkara dan pada perkara HARAM kita tidak wajar mengambil mudah.

Anonymous said...

weh bro aku penah p BTN..BTn ni memang anti pambangkang..memang patut d haramkan pun..tak yah nak berdolak dalih...khoikkkkkk puihhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...