Sunday, November 1, 2009

MAHASISWA - Apa yang Tak Kena?

Ketika berbual-bual dengan beberapa orang rakan tentang peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi (di USM bermula 2hb November 2009), ada satu poin yang saya kira sangat menarik. Ia berkenaan dengan fenomena peralihan atau transisi yang ketara berlaku dalam kalangan mahasiswa hari ini khususnya dalam budaya belajar mereka. Apa yang tidak kena? Yang pasti ada yang tidak kena.


Dan antara yang dicadangkan oleh rakan-rakan termasuklah, menutup akses atau server internet sepanjang minggu ulang kaji hingga tamat peperiksaan, atau setidaknya, menutup sementara akses kepada laman-laman sosial tertentu bagi mengelakkan mahasiswa melebihkan masa ‘bersosial’ secara maya berbanding mengulang kaji pelajaran mereka. Satu lagi cadangan yang agak lembut sedikit, mewujudkan limitasi tempoh penggunaan protokol internet jalur lebar dalam kampus (tidak melibatkan yang berbayar) bagi setiap hari sepanjang tempoh peperiksaan. Misalnya, bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam.


Jadi apa isu sebenarnya di sini? Isu di sini ialah perubahan budaya belajar dalam kalangan mahasiswa, yang berlaku atas sebab-sebab tertentu dan saling berkait antara satu sama lain. Seperti yang kita sedia maklum, mahasiswa adalah kelompok pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah ataupun kolej-kolej tertentu dan juga politeknik (dan mungkin melalui saluran-saluran lain) dan sudah teruji kelayakan mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.


Justeru, kemampuan mereka sebagai penuntut sepatutnya tak jadi isu, bentak kawan saya seorang. Namun, apa yang tidak kenanya di sini ialah, bagaimanakah mahasiswa, setelah beralih suasana dari medium alam persekolahan misalnya, mampu mengurus budaya belajar cemerlang mereka di peringkat yang lebih tinggi? Saya memancing, cuba menduga hujahnya.


“Masalahnya, bukan mahasiswa, kerana individu tetap sama. Yang merobahnya ialah suasana dan kaedah. Kalau sikap jadi ukuran, maka persepsi adalah alat yang paling berkesan menilai kemampuan tanpa perlu melihat hasilnya”


Saya kurang setuju. Persepsi membenarkan bias.


“ Sebiji epal mungkin cantik dilihat dari luar. Pada biasan di cermin, kelihatan dua biji epal yang sama cantik dan anggun. Tapi tahukah kita di dalam apa ada? Mungkin seribu ekor ulat sedang gembira merobek isi..”


“Begitu juga mahasiswa. Mereka membawa rekod yang baik sehingga layak bergelar penuntut universiti. Tetapi sampai bilakah rekod itu mahu diusung? Ada kalanya, ia hanya akan kekal sebagai persepsi. Yang mungkin berubah, pastinya sikap, yang berlaku kerana wujudnya peralihan suasana, peralihan kaedah, peralihan tuntutan-tuntutan lain, yang tentunya berbeza sama sekali sewaktu di alam persekolahan dahulu”


Ada betulnya juga.


“Kita ambil contoh mudah, budaya belajar cemerlang. Sesetengah mahasiswa memang punya budaya belajar yang sangat baik. Sesetengah yang lain, agak biasa saja. Yang sederhana pun banyak. Tetapi setelah berada di universiti, perubahan atau transisi pasti akan berlaku. Ia berkenaan dengan sikap. Tetapi, persepsi terhadap inidvidu terbabit mungkin kekal, sama seperti sebelumnya. Balik ke kampung, orang kampung tetap akan anggap dia cemerlang, walaupun mungkin keputusan peperiksaan pertamanya sebagai mahasiswa tidaklah begitu cemerlang”.


Berat sebenarnya menggalas persepsi umum sebagai mahasiswa. Jadi apa yang tidak kenanya?


Tidak dinafikan, cabaran mengekalkan budaya belajar yang cemerlang bukanlah kerja yang mudah. Tidak sedikit yang terkandas. Mereka menghadapi masalah peralihan budaya belajar yang ketara sekali. Kegagalan mereka sebenarnya bermula daripada peringkat awal dalam mereka menentukan budaya belajar yang bagaimana perlu digunakan.


Ia bukan seperti memprogramkan semula manual pembelajaran, ataupun memilih mode auto sebaik masuk ke universiti. Tetapi lebih dari itu. Ia berkenaan dengan attitude. Ia adalah sesuatu yang perlu diselaraskan dengan manual tertentu, bermula sedari peringkat nawaitu dan perlu berakhir dengan istiqomah. Dalam tahap itu pun masih ada tahap-tahap lain lagi yang perlu diselaraskan.


Satu contoh yang baik ialah sikap berlengah masa. Menyediakan masa yang begitu banyak untuk hal-hal yang tidak perlu hari ini menjadi antara kekangan utama dalam mengekalkan budaya belajar yang cemerlang. Tanyalah, berapa lama masa untuk berblogging, atau melayani teman-teman sosial di facebook atau twitter. Rata-rata akan menjawab dengan jawapan yang sungguh ‘mengagumkan’.


Pada saya, ia berlaku utamanya kerana mahasiswa sekarang gagal memahami konsep pengurusan masa sebagai ibadah. Misalnya, tidak ramai yang tahu, apakah sebenarnya juzuk-juzuk masa yang dikatakan sebagai ibadah, dan apakah pengisian yang perlu dilakukan dalam memenuhi juzuk-juzuk atau spaces tersebut.


Hari ini, mahasiswa, dan mungkin juga orang lain, telah menggunakan teori pengurusan masa yang dianggap cemerlang yang dikemukakan oleh konsep-konsep moden tanpa mengetahui nilai sekularisme didalamnya. Ramai yang terikut dengan konsep guna masa neo-kolonialis, yang membahagikan juzuk masa kepada aktiviti-aktiviti tertentu seperti untuk ulang kaji, untuk bersosial dan untuk beribadah. Tapi adakah ia sesuai dan tepat dari jurus pandang Islam? Sedangkan, seluruh 24 jam dalam sehari itu wajib di isi dengan ibadah?


Pada saya, ia juga berlaku kerana kegagalan sesetengah dari kita membezakan dua istilah ini, iaitu ‘alam’ dan ‘dunia’. Ini juga contoh betapa halusnya minda neo-kolonialis cuba menjajah pemahaman kita tentang konsep sebenar kehidupan. Alam harus difaham sebagai sesuatu yang berbeza dari dunia, sedang dunia itu wujudnya dalam alam. Neo-kolonialis selalu cuba menyembunyikan konsep alam, sebaliknya menggunakan hanya dunia sebagai rujukan, sekali gus melekakan kita daripada satu lagi alam iaitu akhirat, yang abadan abada. Maka kita perlahan-lahan semakin lari daripada ibadat, termasuklah dalam membudayakan sistem belajar yang cemerlang.


Jadi kesimpulannya?


“Budaya belajar cemerlang sememangnya satu cabaran yang besar bagi mahasiswa hari ini, dan lebih besar jika ia dipatahkan daripada pohon ibadat sebagai salah satu cabang penting untuk menuai hasil yang terbaik iaitu buah kejayaan yang diredhai”.




SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER BUAT RAKAN-RAKAN DI USM DAN IPTA LAIN..DENGAN IRINGAN DOA UNTUK KEJAYAAN BERSAMA, INSYA-ALLAH.

4 comments:

Ahmed Fauzan said...

Salam..
Idea nk tutup sekejap wireless dengan idea nk buat limitasi tu...Dua-dua saya x sokong...hehehehe...

kelambuharimau said...

belajar rajin2..untuk buat jasa kepada negara ok bro!

jelikweyh said...

halu3 ...
cik antoo dtg m'jengah ...
caya lh wan dh tuko karpet br ...
cun & nmpk t'susun blog ko nih ...
x rs t'sentap langsung dgn entry nih sbb ak slalu bz ...
bila dpt ms t'luang , ak mula lh m'lenggang kt alam maya ...
huhuhu ...

sometime , yg bukak social site tuh , nk lps kn tension ... bdk2 uitm rmi lh wat gitu ... at the same time , ad gak kita org bincang cemn nk wat assgnmnt tuh , lecturer tuh cemn pangainya , senarai2 assgnmnt yg perlu d'submit ... bg ak , t'pulang kpd individu tuh sndr utk m'manfaat kn teknologi yg sedia ad ... km punya lecturer pn men fesbuk ok & km add , so x der lh nk m'rapu sgt sbb kita tahu saper audience kita ... lg pn , social site dpt connect kn kita dgn kwn2 yg dh lm x jumpa , dgn sedara mara yg jauh d'mata ... saper yg gila b'kwn tuh , no comment lh ...

bila kita rs susah , kita update status cth "alahai , esk paper susah" ... kita sbg kwn mesti lh rs nk kasi morale support kt kwn kita tuh ... at least dpt kurengkn stres / gabra kwn yg nk exam td klu walaupun kita ucap "good luck"

klu wat mcm UiTM pn ok gak ... blh on social site dr lps maghrib smpi 11.45PM ... tp ak on kt h/p jerk sng citer ... hahaha ... leh jimat krdt h/p skali sbb x yah nk bazir krdt msg @ call org yg kita x add dlm 8pax @ active5 ... terjah jerk kt fesbuk guna h/p ... RM1/week unlimited ... huhuhu

betol lh kata ko , tgk attitude ... klu + , + lh jd nya ... tp klu ikut kn , bdk pompuan nih dlm social site galak nk cr kwn br , bdk laki plak sebok nk declare war mafia wars ...

P/S : nih hanya pandangan ak yg br p'tama kali m'jelmakan diri dlm social site ... s'lm nih dok m'hentam org kt YM ... ahahaha

jelikweyh said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...