Followers

Sunday, November 15, 2009

Inikah Sahaja Yang Mampu?

Ketika jenguk-jenguk ke beberapa laman blog mahasiswa baru-baru ini, saya sempat singgah ke satu blog yang agak menarik. Mahasiswakini kalau tak silap. Ada satu catatan isu yang mungkin menarik barangkali kepada penulisnya. Memang menarik sehingga saya sendiri tergelak. Isu yang diberi kepala tajuk - kalau tak silaplah – “Inikah Saja Imej Malaysia?”, benar-benar membuatkan saya tergelak sekejap dan geleng sekejap. Lucu.


Inikah saja yang mampu dibangkitkan? Saya tertanya-tanya. Kenapa isu yang begitu remeh nak dibahaskan. Penulis blog tersebut melaporkan tentang usaha kementerian tertentu menjana industri pelancongan negara. Promosi yang dibuat di luar negara tersebut, Kota London rasanya – maaf, ingat-ingat lupa – antara lain melibatkan persembahan tarian kebudayaan rakyat Malaysia di pentas yang disediakan. Banyaklah mata orang asing yang melopong melihat tarian tersebut.


Namun, penulis blog yang saya ziarah ini melihat dari perspektif yang jauh amat berbeza. Beliau nampak akan sisi negatif, kononnya pihak kementerian cuba mempromosikan sesuatu yang tidak global sekaligus mencerminkan imej negara yang penuh hibur-hiburan. Masakan tidak, di Kota London di pentas yang begitu internasional, kita hanya mampu mempersembahkan tarian tradisi untuk ditatap orang luar yang dah tinggi tamadunnya. Begitulah barangkali maksud penulis blog ini.


Yang saya rasa lucunya, konteks apakah justeru penulis itu menilai sedemikian? Inikan pentas kebudayaan. Inikan promosi pelancongan kebudayaan negara di tempat orang. Memang kita mahu tunjukkan kita juga punya aset yang perlu dibanggakan kepada dunia. Takkan pula hendak diheret semua benda alah tentang imej negara ke pentas sebegitu. Tak kenalah konteksnya. Silap-silap, digelakkan orang luar kononnya kita tak tahu beradab. Berseranah penganjur sebab tak ikut konteks acara yang ditetapkan. Malu.


Imej negara tak terjejas, bahkan makin melonjak melalui persembahan tersebut. Itulah kepelbagaian Malaysia yang jarang ada di tempat lain. Di Kota London, Malaysia memang sudah dikenali. Tak perlu pun ditarikan tarian-tarian sebegitu kalau kita berhajat nak promosikan nama negara semata. Di sana, Dato’ Lee Chong Wei bukan nama asing. Amirul Hamizam. Hafiz Hashim. Azizul Hasni. Ada banyak lagi nama atlet yang cukup terkenal di sana… Itu dalam bidang sukan. Konteksnya, sukan.


Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik muda USM pun dah memahat nama Malaysia di luar negara melalui hasil penyelidikan mereka yang menang tempat pertama. Itu dalam konteks kejuruteraan. Bidang sains dan teknologi. Tidak lama sebelum itu, dari USM juga, sekumpulan pelajar Pusat Pengajian Komputer turut menggapai anugerah terbilang melalui penyelidikan mereka. Itu pula dalam konteks pengkomputeran. Bidangnya, ICT. Tahun lepas, pelajar USM juga terpilih untuk kembara di kutub dunia melalui program Discovery. Dari IPTA lain pun sudah barangkali banyaknya.


Justeru, saya cukup terkilan sebenarnya dengan laporan penulis blog tersebut. Saya hormat hak beliau menulis. Itu adalah penilaiannya, tapi biarlah kondusif. Sudahlah tidak konklusif, tiada pula solusi yang diusulkan. Apa yang dapat saya simpulkan, kalau sudah ditarbiyah dengan doktrinisasi kepembangkangan, maka membangkang sahajalah golongan ini walapun terhadap usaha baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan memberikan manfaat yang besar kepada negara dan seisi rakyat.


Ketika ini, rezeki melimpah ruah masuk ke Malaysia melalui pelbagai usaha menarik pelaburan asing ke dalam pelbagai sektor dan industri. Buletin Utama hampir tiap malam melaporkan PM bercakap tentang pelaburan-pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk ke dalam negara. Kita tengok apa pula yang nak dilaporkan oleh penulis-penulis blog ini. Mungkin akan didakyahkan bahawa kementerian yang tertentu ini pula tidak cekap menguruskan sumber ekonomi negara. Lucu lagi. Geleng-geleng.

10 comments:

Che Leh Jangok said...

Hamba teringat kepada tahun tahun 70an. Jepun sibuk sibuk memperkenalkan negaranya ke dunia barat. Mereka datang dengan pamiran seni tampak (visual art) karya2 kejepunan dibawa dan diperkenalkan.

Mereka mengejutkan dunia barat dengan kejepunan mereka yang halus teliti dan cermat. Kemudian mereka datang pula dengan Kabuki suatu bentuk teater jepun yang teramatlah jepunnya.

Kekaguman barat terhadap kehalusan jepun dengan seninya bersemarak berkembang. Keadaan itu digunakan untuk kemudiannya sebagai pembuka kepada kemasukan kereta2 jepun.

Jepun kemudian berjaya menakluk pasaran dengan keuntungan lumayan sehingga kemudian berjaya mengambil alih syarikat2 pengeluaran kereta eropah dan ameroka.

Boleh kah kita belajar dari situ. Atau kita memang enak berbalah mencari salah yang boleh disalak.

rizuan mh said...

terima kaseh che leh untuk komen yg sgt membina bg kami golongan mahasiswa..

Muhammad Syukri Sa'adon said...

salam saudara..

apabila singgah di blog yg telah disetkan utk menentang kerajaan maka itulah yg akan kita perolehi..

sewajarnya blog menjadi medium sebagai menyumbang idea yg kritis.. kritik la apa jua usaha kerajaan mahupun pihak lain tetapi perlulah disertakan dengan alternatif yg rasional..

kalau setakat menentang tanpa disertakan dengan idea bernas saya rasa penghuni tetap hospital tampoi & tanjung rambutan pun boleh mengkritik..

tah pa pa said...

habis, apa pemikiran atau solusi daripada saudara pula?

rasanya, entry ini lagi sampah.

fargowin said...

The Barisan government has achieved 0% in reversing the trend of racism.

While South Africa has disbanded racism through the government initiative after the global news onslaught, our government leaders are propagating FACISM and RACISM in every way.

In term of racism, we are the most uncivilised country in the world. Look into our neighbouring countries of Asia, they are advancing economically on a straight forward objective, for their citizens.

Whereas we are moving in deviationist path, widely off the international economic theory for the sole objective, of propelling the well being of a supreme race.

Mahathir era is over, then we have Badawi. Is he changing the trend? Not a single sign of it.

How about the future under Najib? Sad, sad. They have more camouflage in readiness.

konek said...

Khairy is the worst of the lot. I can understand that most of the Umno Youth members are dropouts/morons who cannot think, but this Oxford chap behaves like a scumbag and talks like a slime ball, totally at variance with what he was taught at that institution.

vesewe said...

Morons read moronic news!
So UMNO is made up of 99% morons without an iota of intelligence - so Utusan is the paper for them.
Without Utusan, they die off……….

romsam said...

According to the Malaysian Employers Federation (MEF) quoted in the story, there are 785000 Malaysians who work overseas, and an estimated two out of every three among them are likely to be professionals.

Now we can quantify brain drain.

1000 experienced engineers equates to RM10 billion investment. 2 out of 3 of 785000 professionals working overseas is ~ RM5400 billion.

What was Najib budget for 2010? RM200 billion?

So, it is equal to 25 times of national budget.

Boleh said...

This country was all along a land for Orang Asli. The Chinese originated from China, Indians originated from India, malays originated from Indonesia etc. China get to give priority to the Chinese, India get to give priority to the Indians, and the malays are just freeloading from the Orang Asli land by claming it is bumi land.

This is because they are doing what Allah said……….Allah told malays to come from Indonesia and steal the land from Orang Asli and use Orang Asli as slaves. So when is Malaysia giving priority to Orang Asli?

The only time Malaysia is not a racist country is when an Orang Asli becomes the prime minister of Malaysia – which is never – it is a genocide in the name of Allah!

yuking said...

But in Malaysia, MACC, police, Umno and judiciary are one team – united against law, order, rule and justice - to intimidate the people, to jail the innocent, to oppress the opposition and to defend the criminal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...