Followers

Saturday, November 21, 2009

Banjir Di Selama Terburuk Dalam 13 Tahun

Ketua Pemuda Larut bersama dengan YB Dato' Hamzah, Ahli Parlimen Larut sedang melawat mangsa banjir.


Salah sebuah rumah di Kg Sg Bayor yang roboh dibawa arus banjir.

Realiti kemusnahan akibat banjir yang berlaku.





Situasi ini memerlukan langkah segera untuk memulihkannya. Larut merupakan kubu kuat UMNO dan BN sejak zaman merdeka lagi namun masih ketinggalan dalam banyak segi.



Ketika ini saya sedang bermesyuarat bersama-sama Penggerak-penggerak Aspirasi USM. Dalam kehangatan berhujah dan berdebat, sempat juga saya menziarah blog Pemuda UMNO Larut yang mana saya merupakan anak jati parlimen ini. Berita yang dipaparkan sungguh menyayat hati iaitu berkaitan dengan masalah banjir yang sedang melanda kawasan Selama, daerah termundur di Perak yang juga merupakan tanah kelahiran saya. Berikut merupakan petikan laporan daripada blog tersebut ;

13 Nov. Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun . Saya telah pergi melawat ke sekitar kawasan yang terlibat bersama - sama ahli parlimen . Terlalu banyak kerugian dan kemusnahan telah dialami oleh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kali ini . Saya dan YB Dato Hamzah yang pergi melawat ke beberapa rumah turut sempat melihat sebuah rumah di Kpg Tapah yang runtuh kerana dilanda arus deras banjir . Mujurlah tuan rumah tersebut sempat terjun dan menyelamatkan diri. begitu pun sebahagian rumahnya ranap menyembah bumi .

Sebuah jambatan gantung di Sg Seputeh juga turut musnah sama sekali akibat arus deras sungai . YB Dato Hamzah telah mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan berkenaan di uruskan segera oleh Jabatan Saliran Daerah . Saya percaya lebih 300 keluarga yang terlibat dengan banjir , walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipindahkan . Menurut rakan - rakan di Selama , mereka terpaksa berenang ke sebuah rumah warga tua untuk menyelamatkannya daripada dihanyut arus banjir pada awal pagi khamis . Tahniah dan syabas atas kesungguhan mereka menyelamatkan ramai keluarga yang tiba - tiba diterperangkap dalam banjir yang naik mendadak .

YB Dato Daud juga hadir pada malam kejadian , saya difahamkan beliau hanya pulang pada jam 6 pagi tadi . Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian Larut , saya sempat menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga dan pusat perpindahan yang dibuka . Insallah , Pemuda UMNO Bahagian akan terus membantu seberapa yang mampu kepada mangsa banjir dari masa ke semasa . Kerajaan BN sekarang sedang mengkaji kaedah yang perlu untuk menghalang banjir ini dari berulang . Perbelanjaan dianggarkan melibatkan puluhan juta ringgit demi kesejahteraan rakyat. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah swt , agar bencana seperti ini tidak lagi melanda kawasan kita .

1 comment:

Che Leh Jangok said...

Kami pernah ada pengalaman dimana satu kawasan di Terengganu dilanda banjir yang mungkin lebih parah ketika PAS baharu sahaja menjadi kerajaan disana.

Ketika itu JKK dan JSR masing masing buat kajian dan senarai keluarga terlibat serta kerugian. Beza yang ketara kelihatan dalam kedua2 kajian dan senarai yang patut menerima bantuan.

Dalam keadaan rakyat jelata yang miskin menanggong musibah tidak tertanggong itu kelompok kelompok politik masih serang menyerang sesama mereka dan cuba menyatakan diri sendiri adalah benar dan pihak lain tidak betul dan tidak adil.

Ketika itu kami telah berjaya mengumpulkan sekumpulan mahasiswa dari sebuah universiti swasta dan mengaturkan kajiselidik bebas melalui satu NGO.

Akhirnya saranan bantuan kumpulan inilah yang telah diterima pakai oleh Kerajaan Pusat.

Ini adalah satu kes contoh yang mungkin boleh diamati untuk menghasilkan satu cetusan menubuhkan gerakan perjuangan ikhlas bagi mengharmonikan keadaan serta mengelak berbagai pertuduhan tidak sihat terhadap pihak tertentu yang merupakan finomina biasa dalam kehangatan politik berebut kuasa kini.

Semuga dapatlah kita mengelak daripada perbezaan dan perselisihan sesama kita untuk menghadapi parah derita rakyat marhain menanggung musibah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...