Followers

Tuesday, October 5, 2010

Politik Kampus : Pro-Mahasiswa Semakin Biadap, Cabar Pihak Universiti!

Edaran flyers haram yang memuji kemurahan hati Khalifah Lim Guang Eng di USM.


Ketenangan suasana kampus induk USM hari ini sedikit berkocak dengan gelagat dan tindakan tidak bertamadun kumpulan mahasiswa haluan kiri atau lebih tepat lagi, Pro-Mahasiswa (Pro-M). Mereka bukan sahaja berani tidak bertempat tetapi biadap dengan membelakangkan undang-undang universiti apabila dengan sengaja menyebarkan risalah-risalah berbaur politik yang menghentam kerajaan pusat dan parti politik tertentu.

Jika mengikut aturan biasa, sebarang aktiviti penyebaran risalah, poster, flyers dan sebagainya lagi hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak universiti atau Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP). Setiap edaran tersebut diwajibkan memiliki cop pengesahan rasmi manakala sebarang pembukaan kaunter atau booth sehenti pula perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pembangunan USM. Secara umumnya para pelajar USM tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dengan prosuder-prosedur tersebut, kecuali Pro-Mahasiswa yang seringkali engkar dan seolah-olah hendak mencabar pihak universiti.

Inikah yang dikatakan sedia mendokong aspirasi mahasiswa? Hanya retorik kosong. Mereka hanya tahu mencipta isu dan jika tiada isu, mereka mencarinya pula dari luar lalu dibawa masuk ke dalam kampus. Semuanya bertujuan menonjolkan kumpulan mereka yang kononnya prihatin dengan kehendak mahasiswa. Kehendak mahasiswa atau kehendak pembangkang? Apa yang jelas ketara ketika ini ialah tindak tanduk mereka lebih dibayangi oleh kepentingan politik pihak luar. Lihat saja edaran mereka kali ini yang semuanya berbaur politik. Mereka dengan bebas mengutuk kerajaan Barisan Nasional dan memuji pula pihak kerajaan negeri yang kononnya lebih baik berbanding kerajaan pusat.

Soalnya, adakah ini hala tuju perjuangan Pro-Mahasiswa yang sebenar? Ia semakin tidak relevan dengan prospek mahasiswa itu sendiri. Elok saja kalau mereka sepakat menggugurkan nama Pro-Mahasiswa dan menggantikannya dengan Pro-Pembangkang supaya para pelajar lebih faham dan jelas dengan matlamat perjuangan kumpulan haluan kiri ini. Moto Sedia Mendokong Aspirasi Mahasiswa pula baik digantikan saja dengan moto yang lebih realistik iaitu Sedia Mendokong Aspirasi Pakatan Rakyat! Tidakkah itu lebih terhormat dan agung?

Pro-Mahasiswa bagi saya bukanlah kumpulan pejuang mahasiswa yang jelas hala tujunya. Terlalu banyak penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap mahasiswa itu sendiri. Misalnya, sewaktu pilihanraya kampus tahun lepas, mereka hanya menghantar beberapa orang wakil saja untuk bertanding. Usaha kumpulan mahasiswa yang menyokong aspirasi universiti (menyokong aspirasi universiti bermakna menyokong aspirasi mahasiswa keseluruhannya) pula diperlekehkan. Misalnya, Parlimen Mahasiswa yang kini berjaya direalisasikan hasil perjuangan mahasiswa Pro-Aspirasi, dipandang rendah. Ketua mereka juga hanya berani bersuara di belakang.

Adakah ini yang dikatakan Pro-Mahasiswa? Hanya retorik.

8 comments:

Anonymous said...

? mana dpt gambar ni? hari itu aku bersama brp kawan hanya terima risalh drp SPF yg nyata tentang pemindahan akta berkaitan pekerja, walaupun ada unsur politik tapi memang benefitkan ilmu pelajar. Langsung tak sama dgn ini yg sengaja promote parti ni.

Anonymous said...

1st, perati betul2..meja yg digunakan meja Jab. Pembangunan yg biasa diletakkan di foyer DTSP
2nd. tgk buku biru kat atas tu ade logo USM
3rd, risalah ni di PP dan gol sasarannye student- ini political strategies yg sasarannya tertentu saja iaitu mahasiswa. klu untuk sebaran luar, tak buat mcm ni

Anonymous said...

Apa sebenarnya aspirasi mahasiswa? Apa bedanya aspirasi dengan Pro-M? Aspirasi hanya menjalankan program yang telah di tentukan oleh pihak HEP. Kalau tidak, tidaklah banner di tulis dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan HEP. Bukankah sepatutnya HEP bersifat adil dan tidak berat sebelah menyokong aspirasi kerana HEP merupakan sebuah badan di universiti yang seharusnya menyokong mana-mana ideologi dalam kampus.

Jika Pro-M menyokong parti pembangkang, Aspira menyokong Kerajaan. Wang tajaan Aspirasi untuk Pilihan Raya bukankah datangnya dari kerajaan? Bukankah HEP menghantar pelajar secara senyap-senyap ke Bukit Mertajam untuk mendengar ucapan Hishamuddin dan pelajar di larang memakai pakaian/lambang universiti.

Kenapa perlu takut dengan mahasiswa berpolitik? Kenapa hak ini di sekat? Sampai bila mahasiswa mahu mengikut telunjuk kerajaan. Biarkanlah mahasiswa berfikir mengikut acuan mereka. Sudahlah rakyat di perbodohkan, mahasiswa juga mahu di perbodohkan juga?

Anda bukan mahasiswa politik. Sekadar membaca blog-blog yang entah apa-apa, tiada ilmu yang anda dapat.

Anonymous said...

Terima kasih saudara/i ano Oct 15, 9:01 am kerada komentar di sini.. Saya memang bukan mahasiswa aliran politik dan tak pernah dpt pendidikan formal ttg ilmu politik..tp itu tak menghalang sy untuk folow isu-isu semasa..ada bezanya di situ..bg sy, berteori sgt pun tak guna..nanti kita jd org yg terlalu banyak berfikir. Last2, itu tak kena ini tak kena jadinya..lihat pd realiti terus kerana ilmu2 politik yg diajar skarang ni pun, asal datangnya dr pemikir2 barat (tak semua tp mungkin kebanyakan..wallahualam).. sedangkan realitinya, apa yg berlaku di sini, begitu ramai ahli politik yg membelakangkan takrifan politik dan demokrasi itu sendiri spt yg berlaku dlm PKR skarang ni..

berkenaan aspirasi mahasiswa, ia terlalu luas dan subjektif..menyangkut kehendak dan keinginan, kepuasan, cita-cita dan harapan, matlamat dan hala tuju yg berbeza-beza...kalau nak hurai di sini, memang tak cukup..tp kalau nak faham, secara mudah, libatkan diri...itu saja kuncinya...bukan berkokok di belakang atau sembunyi2 bersuara..

saya tak nak sentuh berkenaan apa yg saudara/i bangkitkan ttg perjumpaan dgn hishamudin..sy tak tahu apa2 dan tak adil klu saya komen ttg sesuatu yg sy tak tahu..maaflah.

tp mungkin saudara/i juga tahu ttg perjumpaan sekumpulan pelajar tertentu yg kerap turun naik komtar bertemu pemimpin tertentu, dan juga perjumpaan lainnya dgn exco sebuah kerajaan negeri di hotel tertentu..
khabarnya banyak dana yg disalurkan..

mahasiswa tidak diperbodohkan, tp mahasiswa sendiri yg membodohkan diri mereka..saudara/i berpemikiran begitu kerana saudara/i masih bergelar mahasiswa..tunggulah 10 atau 20 atau 30 tahun lg, insya-Allah, saudara/i akan melihat perkara ini dr sudut pandang yg lebih luas. kalau nak cepat tahu, bacalah..ada banyak sumber.

akhir sekali, jawapan yg tak dak ilmu juga sy bagi - ttg blog2 yg saya baca, itu hak saya...saudara/i sendiri tak tahu apa yg saya baca, bagaimana saudara/i boleh ckp begitu?

rizuan mh.

Anonymous said...

Tunggulah 10 atau 20 atau 30 tahun lg, insya-Allah, saudara/i akan melihat perkara ini dr sudut pandang yg lebih luas - Sudut pandang yang lebih luas? Yang bercakap pun masih setahun jagung!

Anonymous said...

itulah gunanya berkawan biar seribu, dan berkawan pulak jgnlah dgn yg seusia atau sepemikiran saja..ilmu dtg dr pelbagai sudut, dr pelbagai sumber..kalau asek berdiskusi dgn rakan2 seusrah yg sama je pemikiran, memang tak nampak la dunia luar =)

Anonymous said...

usah persalahkan usrah...
tahukah saudara isi yg dibincgkan dlm usrah.. ap yg dibincngkan bkn shaja tntg persediaan hidup didunia sbg penentu hidup akhirat....

Anonymous said...

Je veux commencer un blog de mode mais n'ont aucune idée par où commencer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...