Wednesday, September 29, 2010

UMNO Mesti Lawan di Galas!!

UMNO mempunyai pilihan yang lebih baik untuk membuktikan ia parti yang ikhlas membantu orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar berbanding menerima cadangan daripada Mursyidul Am PAS supaya tidak bertanding di Galas kelak.

Kalau pun UMNO menerima cadangan tersebut dan memberikan kemenangan percuma kepada PAS, tidak mungkin PAS dan PR akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh UMNO dan BN, lebih-lebih lagi dalam keadaan geopolitik kita sekarang dan ia pula terbit dari mulut Nik Aziz sendiri.

Banyak risiko yang terpaksa diambil oleh UMNO semata-mata untuk menyahut pelawaan tersebut. UMNO perlu menjelaskan kepada rakan-rakan parti komponennya akan niat PAS yang kononnya demi perpaduan Melayu. Hal ini tentu saja bukan tugas yang mudah apatah lagi jika ia dilakukan demi perpaduan orang Melayu!

Sebaliknya, jalan paling baik ialah UMNO meletakkan calonnya di sana, dan berjuang habis-habisan. Ini penting kerana UMNO perlu mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada parti ini, dan juga sebagai platform membina kembali struktur sokongan sebelum menghadapi PRU-13. UMNO perlu yakinkan orang Melayu bahawa inilah parti terbaik untuk orang Melayu dan Islam di negara ini, bukannya PAS atau PKR yang semakin banyak melacurkan agama dan bangsa sendiri.

Saya percaya, banyak keuntungan yang mampu dipungut oleh UMNO dan ia bakal menyeluruh dalam segenap aspek, bukan semata-mata tentang kerusi Galas sahaja. Seluruh negara akan menyaksikan kemampuan UMNO. Ketika keyakinan rakyat kembali kuat kepada kerajaan DS Najib, inilah masanya UMNO mengaut segala untung tersebut dan bukannya terus terpedaya dengan mainan musuh.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Jangan terpedaya dengan mainan politik PAS.Daripada awal lagi Nik Aziz tidak mahu berkompromi dengan UMNO dengan pelbagai alasan dan tuduhan menghina dan melulu.Sekarang katanya untuk perpaduan Melayu.Apakata kita bagi tahu pada Nik Aziz demi untuk perpaduan bangsa melayu,PAS KENA BERKORBAN dan beri pada UMNO kemenangan percuma.Bolehke Nik Aziz berfikiran seperti gitu.Ini namanya "real sacrifices".Adake orang dalam parti PAS yang ada pemikiran sebegini.
Kalau tidak kita turun gelanggang dan bersilatlah setakat terdaya..tengok siapa sebenarnya yang jaguh memperjuangkan hak hak orang melayu...??

Anonymous said...

Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

Cepat sebelum tawaran ini habis..
- Anak jati Kelate di perantauan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...