Followers

Thursday, January 7, 2010

Tahniah USM FC!!!

Utusan Malaysia, terbitan 6hb Januari dalam kolum Sukannya melaporkan berita tentang kejayaan pasukan bola sepak USM menyertai Liga Malaysia pada musim ini. Pasukan yang diberi nama USM FC dijangka akan menentang pasukan POS Malaysia dalam perlawanan pertama mereka pada 11hb Januari ini jam 8.45 malam sementara Stadium USM bakal menjadi venue rasminya.

Pada saya, berita ini cukup membanggakan. Pada awalnya, seperti kebanyakan warga kampus yang lain, saya sendiri berasa kurang yakin dengan kemampuan pasukan USM FC. Pun begitu saya tetap kagum dengan kesungguhan para pemain dan barisan jurulatih menggapai impian mereka menjadi pasukan IPTA pertama beraksi dalam Liga M. Salah seorang jurulatih USM FC merupakan kenalan rapat saya walaupun berbeza usia yang agak jauh.

Justeru saya ingin mengambil ruang dan peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan USM FC di atas kejayaan tersebut. Teruskan langkah anda, kami pasti dibelakang anda semua.



Team USM FC. Melestarikan Bola Sepak Malaysia.


Banner yang dipasang di sekitar USM.


Kancah yang bakal digegarkan, Insya-Allah.

1 comment:

10 BUDAK HITAM said...

Salam sejahtera saudara,

Saya dengan ini secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

http://10sibudakhitam.blogspot.com

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...