Followers

Thursday, April 8, 2010

PM Yang Buat Keputusan, Ikut sajalah

Jika dihitung dicongak, BN sudah pun tewas di Hulu Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan blogger, orang Hulu Selangor mahu BN letakkan calon dari kompenan UMNO, bukan MIC seperti yang diumumkan. Tetapi calon sudah ditetapkan dari kompenan mana, jadi apa yang akan berlaku ialah pertandingan. Lawan tetap lawan.

Agak menarik bila PM selaku ketua BN berani meletakkan ‘calon bukan pilihan’ dalam PRK ini tatkala sokongan sudah dilihat kembali kepada BN. Ia dilakukan selepas Presiden MIC terlebih awal bersuara, diikuti kemudiannya walkabout mesra PM sendiri ke Parlimen tersebut.

Yang menuntut ialah Presiden MIC, yang mengumumkan ialah TPM dan yang memutuskan ialah PM. Ini kerja pemimpin-pemimpin tertinggi negara. Sudah pasti mereka tahu implikasinya. Dalam pertandingan sebegini, antara dua saja yang sedang menanti, kalah atau menang. Tak mungkin PM mahu kalah, sama juga PKR. Yang kita pasti, PM kita orang cerdik dan berkuasa mengemudi strategi yang bakal dilaksanakan kelak.

PM tentu juga akan mengoptimumkan penggunaan senjatanya - 1Malaysia. Parlimen ini adalah kawasan majmuk yang ketara sekali nisbah komposisi penduduknya. Justeru hanya idea dan gagasan 1Malaysia yang akan menguatkan perjuangan BN dalam PRK kali ini, pertama seumpamanya di Selangor pasca PRU 12. Sudah tentulah PM bersedia bila diputuskan MIC yang akan bertanding.

Kuatnya BN adalah kerana ia mewakili sejumlah besar parti kompenan. Bayangkan jika kekuatan ini benar-benar digunakan di Hulu Selangor. Bayangkan jika MIC disokong secara padu oleh UMNO, MCA, Gerakan, dan parti-parti lainnya. Makkal Sakti mampu menjulang BN pastinya.

Jadi pada saya, kalau UMNO tak bising-bising, eloklah para blogger yang lain pun tak bising-bising. Kita seharusnya mewajarkan sebab musabab pilihan PM ini. PM adalah ketua kita, pemimpin negara ini. Kalau cakap PM kita tak hendak dengar, cakap siapa lagi? Susahlah kalau semua nak bertegas dengan pendapat masing-masing.

5 comments:

hilbert said...

Salam 1Mlaysia brader,

betul jugak tu...kalau bukan cakap PM kita tak mahu dengar, cakap sape lagi...

...walaupun pahit harus kita telan juga..demi BN. MIC dan MCA tak pernah berpegang kepada prinsip setiakawan dalam BN bila menyentuh soal kerusi.

walau apa2pun harap BN tak akan rebah buat kali kedua di Hulu Selangor nanti.

..kalau nanti MIC vs PKR saya tak akan sokong sape2 tapi kalau MIC vs PAS saya akan melihat PAS.. ;-)

Anonymous said...

MIC vs PKR.
LEBIH BAIK TAK PI MENGUNDI.

UMNO vs PAS.
KENA PI MENGUNDI, SEBAB JULAT KEDUA-DUA PARTI 49 vs 51

IKUT PULUT, MELEKAT
RASMI GAM, MELEKAT

PAKAT-PAKAT BOIKOT CALON MIC

kahhh...
kihh...

Ketua minum madu..
UMNO main taik...
Sokong..
sokong...
sokong...
sokong sampai mampos..

yg setia pd BN said...

berfikirlah secara matang..kita ni majmuk.dlm talam ada resipi semua kaum, sama-sama makan..tak elok kita ckp bukan2..apa kata hati kaum India dlm hal ini??

yg kita nak lwn ialah PR..itu yg patut kita tumbangkan tak kira mcm mana sekali pun. Kemerdekaan negara tak tercapai klu kaum India tak sokong..

Jgn kerana seorang yg buat taik, semua India dlm MIC kita hukum. Kaum India sudahpun hukum org tu..jd kali ni, mari kita bergerak ke arah perubahan..

sama-sama makan, sama-sama kenyang..

Ingat UMNO, klu India dan MIC tak sokong kemerdekaan negara dulu, UMNO tak akn berkuasa hari ini mcm skrang.

kt negara ni mana nk cari kawasan parlimen yg 51 peratus lebih kaum india..kita kena terima hakikat ini.atas dasar tu la jugak, kita kena bertolak ansur.

mcm mana kalau UMNO bertanding dan kalah jugak? apa implikasinya kpd UMNO?

ini medan ujian buat semua supaya kembali menguatkan jentera sblm PRU 13..

strategi PM seharusnya difahami dgn mudah.

Samy Velu diharap patuh pd janjinya.kembalikan MIC kpd kaum muda India..masa anda sudah tamat. berundur sajalah secara terhormat..apa lagi yg dimahukan??

BUYONGBOSI said...

wahai penyokong hamPAS, kata2 anda takde ciri2 ISLAM.. ini ke yang tuan-tuan hamPAS ajarkan?? Sedar la diri tu, melukut dengan Parti Kencing Rakyat dan diperbodohkan dek DAPigs...

Ingat la, PAS tu Melayu, UMNO tu ISLAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...